Tahukah anda bahawa Malaysia mempunyai ratusan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang berdaftar dan diiktiraf oleh kerajaan? IPTS memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar tempatan dan antarabangsa, seiring dengan perkembangan pesat sektor pendidikan negara.
Apa Itu IPTS?
IPTS ialah institusi pendidikan tinggi yang ditubuhkan oleh pihak swasta dan dikawal selia oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Semua IPTS yang sah mesti berdaftar di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). Ini bagi memastikan kualiti pengajian, pensyarah, dan infrastruktur berada pada tahap yang ditetapkan.
Antara IPTS terkenal di Malaysia termasuk Multimedia University (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT), dan banyak lagi.
Kepentingan Menyemak Status Pendaftaran IPTS
Sebelum memilih IPTS, pelajar wajib menyemak status pendaftaran dan akreditasi kursus yang ditawarkan. Langkah ini penting bagi mengelakkan anda tersilap memilih institusi yang tidak diiktiraf atau tidak memenuhi syarat akademik.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian:
Perakuan pendaftaran IPTS – pastikan ia tersenarai secara rasmi di portal KPT.
Akreditasi kursus – semak sama ada program pengajian diiktiraf oleh MQA (Agensi Kelayakan Malaysia).
Yuran dan pembiayaan – fahami struktur bayaran dan semak sama ada pinjaman atau biasiswa disediakan.
Kemudahan kampus dan penginapan – lihat fasiliti pembelajaran, makmal, dan sokongan pelajar.
Peluang kerjaya selepas tamat pengajian – pilih bidang yang mempunyai prospek pekerjaan yang baik.
Mengapa Penting Mengetahui Senarai IPTS Berdaftar?
Mengetahui senarai terkini IPTS berdaftar membantu pelajar membuat keputusan yang tepat dan selamat. Dengan pelbagai pilihan yang ada — daripada universiti, kolej universiti hingga kolej swasta — pelajar boleh memilih institusi yang sesuai dengan minat, bajet, dan laluan kerjaya masing-masing.
Sebelum membuat keputusan menyambung pengajian, pastikan anda menyemak kesahihan dan reputasi institusi. IPTS yang berdaftar bukan sahaja menjamin kualiti pendidikan, malah membuka lebih banyak peluang masa depan yang cerah untuk pelajar Malaysia.
IPTA atau Institusi Pengajian Tinggi Awam ialah institusi pendidikan tinggi yang ditubuhkan dan dibiayai oleh kerajaan Malaysia. Berbanding dengan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), yuran pengajian di IPTA lebih rendah dan banyak bantuan kewangan disediakan untuk pelajar yang layak.
Pendidikan di IPTA bukan hanya untuk mendapat ijazah tetapi juga menekankan pembentukan sahsiah diri, kemahiran kepimpinan, dan penyelidikan berkualiti tinggi. Kerajaan melalui kementerian berkaitan sentiasa memastikan kualiti pendidikan di IPTA berada pada tahap kompetitif global.
Kategori IPTA di Malaysia
IPTA di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa kategori utama agar memberikan pilihan yang sesuai kepada pelajar dengan minat dan aspirasi berbeza:
Universiti Penyelidikan (RU) – fokus kepada aktiviti penyelidikan dan inovasi.
Universiti Komprehensif – menawarkan pelbagai bidang pengajian.
Universiti Berfokus – memberi tumpuan kepada bidang tertentu saja.
Universiti Teknikal (MTUN) – khusus dalam bidang teknikal dan kejuruteraan.
Politeknik & Kolej Komuniti – tertumpu kepada pendidikan teknikal dan vokasional.
Berikut adalah senarai komprehensif IPTA yang terdapat di Malaysia, termasuk tahun penubuhan dan lokasi utama kampus:
Bil
Nama IPTA
Tahun Penubuhan
Lokasi Utama
Kategori
1
Universiti Malaya (UM)
1949
Kuala Lumpur
Universiti Penyelidikan
2
Universiti Sains Malaysia (USM)
1969
Pulau Pinang
Universiti Penyelidikan
3
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
1970
Bangi, Selangor
Universiti Penyelidikan
4
Universiti Putra Malaysia (UPM)
1971
Serdang, Selangor
Universiti Penyelidikan
5
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
1975
Skudai, Johor
Universiti Penyelidikan
6
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
1983
Gombak, Selangor
Universiti Komprehensif
7
Universiti Utara Malaysia (UUM)
1984
Sintok, Kedah
Universiti Berfokus (Pengurusan)
8
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
1992
Kota Samarahan, Sarawak
Universiti Komprehensif
9
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
1994
Kota Kinabalu, Sabah
Universiti Komprehensif
10
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
1997
Tanjung Malim, Perak
Universiti Berfokus (Pendidikan)
11
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
1998
Nilai, Negeri Sembilan
Universiti Berfokus (Pengajian Islam)
12
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
1999
Shah Alam, Selangor
Universiti Komprehensif
13
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
1999
Kuala Terengganu, Terengganu
Universiti Berfokus (Sains Marin)
14
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
2000
Durian Tunggal, Melaka
Universiti Teknikal
15
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
2001
Arau, Perlis
Universiti Teknikal
16
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
2002
Pekan, Pahang
Universiti Teknikal
17
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
2000
Batu Pahat, Johor
Universiti Teknikal
18
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
2006
Kuala Terengganu, Terengganu
Universiti Komprehensif
19
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
2006
Kota Bharu, Kelantan
Universiti Berfokus (Keusahawanan)
20
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
2006
Kuala Lumpur
Universiti Berfokus (Pertahanan)
Peranan IPTA dalam Pembangunan Negara
IPTA memainkan pelbagai peranan penting seperti:
Pemacu penyelidikan dan inovasi yang menangani isu tempatan dan global—contohnya dalam bidang teknologi, makanan, kesihatan.
Menyediakan graduan yang berkualiti untuk menyumbang kepada sektor ekonomi, sosial dan pembangunan negara.
Memupuk perpaduan nasional melalui pelajar dari pelbagai latar belakang etnik, budaya dan lokasi di seluruh negara.
Tip Memilih IPTA yang Sesuai
Beberapa faktor yang disarankan untuk dipertimbangkan oleh calon pelajar:
Sesuaikan dengan minat dan kecenderungan anda — pilih bidang yang benar-benar anda gemari.
Semak kekuatan akademik IPTA dalam bidang yang anda minat.
Lokasi kampus: mahu dekat rumah atau mahu pengalaman jauh dari rumah.
Kemudahan kampus seperti makmal, perpustakaan, sukan, kemudahan kolej.
Jaringan alumni dan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.
Apa itu Burnout? Burnout ialah keadaan keletihan fizikal, mental dan emosi yang kronik akibat tekanan berpanjangan, terutamanya dalam persekitaran kerja. Ia bukan sekadar rasa penat biasa, tetapi satu sindrom yang boleh menjejaskan prestasi, motivasi dan kesihatan keseluruhan seseorang.
Tanda-Tanda Burnout:
Rasa letih dan tidak bertenaga hampir setiap hari
Tidak berminat atau hilang semangat terhadap kerja
Prestasi kerja merosot
Sering berasa kecewa, mudah marah atau murung
Sukar tidur atau tidak nyenyak
Masalah fizikal seperti sakit kepala atau masalah perut
Punca Burnout:
Beban kerja yang berlebihan
Tempoh kerja yang panjang tanpa rehat mencukupi
Kurang sokongan daripada rakan sekerja atau majikan
Ketidakseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi
Harapan yang tidak realistik terhadap diri sendiri
Cara Menangani Burnout:
Ambil rehat secukupnya – Cuti seketika boleh membantu menyegarkan semula minda dan tubuh.
Tetapkan sempadan kerja – Elakkan membawa kerja ke rumah jika tidak perlu.
Kongsi masalah – Bercakap dengan rakan sekerja, majikan atau kaunselor boleh memberi kelegaan emosi.
Lakukan aktiviti sihat – Senaman ringan, meditasi, atau hobi dapat membantu mengurangkan tekanan.
Tidur mencukupi – Tidur berkualiti penting untuk keseimbangan emosi dan fizikal.
Kesimpulan: Burnout bukan tanda kelemahan, tetapi petunjuk bahawa tubuh dan minda memerlukan perhatian. Penting untuk mengenal pasti tanda-tanda awal dan mengambil langkah pencegahan sebelum ia menjejaskan kesihatan dan kehidupan seharian. Menjaga kesejahteraan diri adalah tanggungjawab semua.
Selepas menduduki SPM, pelajar mempunyai pelbagai pilihan untuk menyambung pengajian. Berikut adalah lapan laluan utama yang boleh dipertimbangkan:
1. Program Matrikulasi KPM
Program persediaan selama 1–2 tahun untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi, atau sastera ikhtisas. Terdapat empat jurusan utama: Sains, Kejuruteraan, Perakaunan, dan Perakaunan Profesional.
2. Asasi (IPTA/IPTS)
Program pra-universiti yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta sebagai laluan ke peringkat ijazah. Kebanyakan pelajar Asasi akan melanjutkan pengajian di institusi yang sama.
3. STPM/STAM (Tingkatan 6)
Pengajian selama dua tahun di sekolah menengah terpilih, diakhiri dengan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi aliran agama. Laluan ini sesuai untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di dalam atau luar negara.
4. Diploma Universiti/Politeknik
Program diploma menawarkan pengajian yang lebih spesifik dalam bidang tertentu dan biasanya mengambil masa lebih lama berbanding program persediaan lain. Sesuai untuk pelajar yang ingin mendapatkan kemahiran praktikal sebelum melanjutkan ke peringkat ijazah.
5. TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional)
Program berasaskan kemahiran yang menekankan latihan praktikal dan pendedahan industri. Ditawarkan oleh pelbagai institusi seperti MARA, Kementerian Belia dan Sukan, dan lain-lain.
6. International Baccalaureate (IB)
Program pra-universiti antarabangsa selama dua tahun yang ditawarkan di Kolej MARA terpilih. Sesuai untuk pelajar yang bercita-cita melanjutkan pengajian ke luar negara.
7. A-Level
Program pra-universiti berdasarkan sistem pendidikan United Kingdom, ditawarkan di institusi seperti Kolej MARA dan INTEC. Tempoh pengajian antara 12 hingga 24 bulan.
8. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Program selama lima tahun di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi pelajar yang berminat menjadi guru sekolah rendah.
Untuk membantu pelajar menentukan hala tuju yang sesuai, mereka boleh menggunakan e-profiling di portal UPU. Melalui e-profiling, pelajar dapat mengenal pasti kerjaya yang sesuai berdasarkan minat dan kecenderungan mereka, serta mendapatkan cadangan kursus dan universiti yang sesuai.
Anda sendiri sebenarnya boleh menganggarkan tarikh bayi anda dijangka bersalin dengan mengira dari hari pertama haid terakhir anda.
Kehamilan anda seharusnya mengambil masa selama sembilan bulan dan tujuh hari, atau bersamaan 40 minggu. Ini boleh dilakukan dengan mengira dari hari pertama haid terakhir (last menstrual period – LMP).
Agak sukar untuk mendapat tarikh yang tepat dengan cara ini. Pengiraannya lebih tepat jika kitaran haid anda tetap dan berlaku setiap 28 hari.
Andaikan bahawa kitaran anda tetap dan boleh dijangka, jika LMP anda bermula pada 26 Januari dan persenyawaan berlaku pada 9 Februari, maka tarikh bersalin anda ialah 2 November. Anda boleh gunakan Kalkulator Tarikh Bersalin Onlineuntuk membantu anda menganggarkan tarikh anda dijangka bersalin.
Doktor anda akan mengira tarikah bersalin anda semasa temu janji antenatal anda yang pertama. Anda mungkin melihat tarikh tersebut ditulis sebagai tarikh dijangka dijangka bersalin(expected date of delivery – EDD).
Ramai wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza tempohnya. Oleh itu, mengira dari hari pertama LMP mungkin tidak memberikan anda tarikh yang boleh dipercayai. Imbasan ultrabunyi (ultrasound) anda yang pertama akan memberikan tarikh bersalin yang lebih tepat.
Menurut satu kajian oleh Universiti Malaya mengenai kemurungan ibu lepas bersalin di Malaysia, didapati faktor risiko yang berkaitan rapat dengan kemurungan lepas bersalin ialah ibu muda (umur kurang 30 tahun), ibu yang kurang berpengalaman (anak pertama atau kedua), ibu yang tidak berkerja dan ibu yang mengandung tak terancang.
1. MASALAH SUKAR TIDUR
Wanita yang mengalami masalah postnatal depression seringkali menghadapi masalah sukar untuk tidur dan sentiasa mengalami kepenatan.
Hal ini kerana mereka terlalu banyak berfikir perkara-perkara negatif mengenai banyak perkara. Ia secara tidak langsung akan menjejaskan kesihatan diri dari segi mental dan fizikal.
2. KAWALAN EMOSI YANG RENDAH
Wanita yang mengalami kemurungan ini akan mempunyai emosi yang tidak menentu. Mudah marah, menangis dan berasa rendah diri berkaitan banyak aspek.
Perubahan emosi mereka akan berlaku secara tiba-tiba dan orang sekeliling mereka mungkin runsing dan terganggu dengan perubahan tersebut.
Bertambah teruk lagi apabila mereka mula mengabaikan keperluan bayi yang baru dilahirkan itu. Ia akan mengganggu proses tumbesaran bayi tersebut.
3. MENOLAK UNTUK MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM DENGAN PASANGAN
Mereka yang mempunyai kemurungan ini juga turut menjauhi hubungan seksual dengan suami malah membencinya.
Suami mungkin menganggap isteri berubah laku bukan kerana penyakit postnatal depression tetapi semulajadi.
Keadaan akan menjadi semakin teruk apabila suami tidak memahami keadaan tekanan emosi isteri seperti kurang memberi perhatian, seterusnya emosi si isteri akan menjadi lebih serius kerana terasa diabaikan.
FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA TEKANAN EMOSI POSTNATAL DEPRESSION
Sebenarnya terdapat banyak faktor psikologi yang boleh membawa kepada postnatal depression ini berlaku.
Antaranya, berkemungkinan anak yang dilahirkan adalah jantina anak yang tidak seperti yang dihajati.
Ini kerana kehamilan yang tidak terancang, tidak bersedia, tidak rela atau tidak dikehendaki adalah faktor risiko utama yang boleh membawa kepada kemurungan lepas bersalin.
Selain itu, tekanan dan kesakitan ketika bersalin turut menyumbang kepada masalah ini. Kesakitan melahirkan anak diharap dapat difahami bersama oleh suami, tetapi sebaliknya suami menganggap isteri telah biasa dengan kelahiran.
Tekanan emosi dan perasaan isteri akan lebih tertekan apabila suami tidak cuba memahami kepayahan dan kesakitan isteri.
Rutin kehidupan yang berubah selepas kelahiran bayi antara faktor yang membawa kepada kemurungan ini. Ini membuatkan isteri tidak dapat menikmati masa rehat yang cukup kerana merasakan ia sebagai tugas yang bosan dan membebankan.
.
TIPS TANGANI KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN
Banyakkan berehat
Makan makanan yang sihat dan berkhasiat salah satunya adalah produk Hamda Aqua Herbs
Berurut dan bertungku
Sentiasa berfikiran positif
.
HAMDA AQUA HERBS
Produk Hamda Aqua Herbs dirumus dari 10 herba terpilih. Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan. Formula baru menggantikan produk lama Salindah L11.
PBKD: MAL16120017T
Boleh didapati secara tunggal atau dalam 2 pakej pilihan:
Perlukah wanita hamil mengambil sebarang vitamin ataupun suplemen kesihatan sepanjang kehamilan?
Adakah bakal ibu masih tercari-cari apakah vitamin atau suplemen kesihatan yang sesuai semasa kehamilan?
Apabila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu hamil ialah berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan.
Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Justeru itu, ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.
Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan. Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.
Apakah vitamin dan suplemen kesihatan yang penting bagi ibu hamil?
Secara amnya, ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen mengikut keperluan dirinya atau saranan daripada doktor dan ahli farmasi. Beberapa vitamin dan suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu hamil adalah:
Asid Folik
Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.
(Sumber: American Medical Association 2011)
Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.
Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:
Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu.
Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik.
Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis.
Zat Besi
Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.
Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.
Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.
Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.
Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.
Kalsium
Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).
Asid Lemak Perlu
Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.
Vitamin D
Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.
Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.
Tanda awal kehamilan penting kepada para wanita khususnya yang pertama kali mengandung bagi membolehkan perancangan kehamilan dilakukan sejak awal lagi. Berikut merupakan antara simptom atau petanda menunjukkan seseorang wanita itu hamil dan bakal bergelar ibu.
Salindah: Rencana Pemakanan & Rawatan Ibu Hamil
Setelah menyedari pelbagai permasalahan dan komplikasi yang dihadapi oleh wanita hamil, maka Prof. De. Hj Azizan bin Hj Ismail (Allahyarham) telah mengkaji secara mendalam tentang pelbagai aspek kehamilan. Hasil kajian yang begitu lama, maka Salindah telah berjaya diformulasikan sebagai rencana pemakanan kesihatan dan rawatan ibu hamil yang lengkap bermula se awal kandungan berusia 12 minggu hinggalah 40 hari dalam waktu pantang.
Alhamdulillah, Salindah terbukti mampu mengubah persepsi ramai wanita tentang kehamilan dengan memberikan pengalamab mengandung dan melahirkan anak dengan lebih mudah tanpa komplikasi.
InsyaAllah, pengambilan dan pengamalan Salindah mampu menghindarkan perasaan takut, gemuruh dan trauma, terhindar daripada segala jenis komplikasi ketika hamil, di saat melahirkan dan selepas bersalin.