Artikel

Kalkulator Tarikh Bersalin

Anda sendiri sebenarnya boleh menganggarkan tarikh bayi anda dijangka bersalin dengan mengira dari hari pertama haid terakhir anda.

Kehamilan anda seharusnya mengambil masa selama sembilan bulan dan tujuh hari, atau bersamaan 40 minggu. Ini boleh dilakukan dengan mengira dari hari pertama haid terakhir (last menstrual period – LMP).

Agak sukar untuk mendapat tarikh yang tepat dengan cara ini. Pengiraannya lebih tepat jika kitaran haid anda tetap dan berlaku setiap 28 hari.

Andaikan bahawa kitaran anda tetap dan boleh dijangka, jika LMP anda bermula pada 26 Januari dan persenyawaan berlaku pada 9 Februari, maka tarikh bersalin anda ialah 2 November. Anda boleh gunakan Kalkulator Tarikh Bersalin Online untuk membantu anda menganggarkan tarikh anda dijangka bersalin.

Doktor anda akan mengira tarikah bersalin anda semasa temu janji antenatal anda yang pertama. Anda mungkin melihat tarikh tersebut ditulis sebagai tarikh dijangka dijangka bersalin (expected date of delivery – EDD).

Ramai wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza tempohnya. Oleh itu, mengira dari hari pertama LMP mungkin tidak memberikan anda tarikh yang boleh dipercayai. Imbasan ultrabunyi (ultrasound) anda yang pertama akan memberikan tarikh bersalin yang lebih tepat.

Semak Tarikh Bersalin anda sekarang di sini!

.

X