TERMA & SYARAT
Bayaran Balik
Semua produk yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan kecuali jika berlaku kecuaian daripada pihak kami, seperti produk yang rosak melebihi 70% sebelum dihantar. Dalam kes ini, produk akan digantikan dengan produk baharu.
Maklumat Peribadi untuk Pembelian Secara Online
Sekiranya membuat pembelian secara dalam talian, pastikan maklumat seperti nama, alamat, poskod dan kuantiti diisi dengan betul pada borang pesanan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan maklumat yang diberikan semasa proses pesanan.
Selepas Membuat Pembayaran Online
Sila sertakan bukti pembelian sama ada dengan memuat naik melalui borang yang disediakan atau menghantarnya melalui WhatsApp. Ini bagi memastikan urusan pembelian berjalan dengan lancar. Maklumat pembelian akan disemak dan disahkan dalam tempoh 24 jam. Sekiranya tiada maklum balas selepas tempoh tersebut, sila hubungi pihak HQ.
Jaminan Penghantaran Produk
Pihak kami menjamin semua produk berada dalam keadaan baik sebelum dipos. Walau bagaimanapun, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan produk yang berlaku semasa proses penghantaran oleh pihak perkhidmatan kurier.
Ketiadaan Stok
Sekiranya produk yang dipesan kehabisan stok selepas pembayaran dibuat, pelanggan akan diberikan pilihan sama ada:
- Menunggu beberapa hari untuk stok baharu; atau
- Meminta pemulangan wang penuh.
Demi menjaga integriti dan kredibiliti kami sebagai HQ, pemulangan wang akan dibuat selepas mendapat persetujuan pelanggan. Pastikan alamat yang diberikan adalah sah dan wujud, serta terdapat individu yang boleh menerima bungkusan. Sekiranya tiada penerima, pelanggan perlu menuntut barang di pejabat perkhidmatan kurier yang berkaitan. Jika terdapat bayaran lebih, baki akan dipulangkan sama ada melalui sampul pos atau pemindahan dalam talian, dan pelanggan akan dimaklumkan.
Cash on Delivery (COD)
TIADA KHIDMAT COD DISEDIAKAN.
Pembayaran secara online membolehkan kedua-dua pihak (pembeli & penjual) dikenalpasti. Ini penting bagi mengelakkan penipuan, kerana kebanyakan scammer menggunakan kaedah COD untuk menyembunyikan identiti mereka sekiranya berlaku masalah pada produk (rosak/palsu).
Penipuan oleh Pelanggan
Sekiranya terdapat cubaan penipuan oleh pelanggan untuk mendapatkan pemulangan wang tanpa bukti yang sah, pihak kami berhak membuat laporan polis serta membawa kes ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) bagi mengambil tindakan sewajarnya.
Pindaan Terma & Syarat
Semua terma & syarat di atas tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis. Pelanggan dinasihatkan untuk menyemak halaman ini secara berkala bagi mendapatkan maklumat terkini.


