Set lengkap untuk pelajar yang terdiri daripada Examo CKM 500, Examo CKM 500 Plus dan Matsa.
Keterangan Lanjut:
Examo CKM 500 (MAL20032551T)
Dijadikan sebagai amalan dan sesuai untuk semua peringkat umur. Adalah disarankan pengambilannya mengikut ayuran seperti tertera di label atau sesetengah pengguna mendapati kesannya lebih optimum dengan pengambilan 3 kali sehari
Examo CKM 500 Plus (MAL07031098T)
Rumusan yang bertindak sebagai pemangkin kepada kesan Examo CKM 500. Adalah disarankan pengambilannya mengikut aturan seperti yang tertera di label atau sesetengah pengguna mendapati kesannya lebih optimum dengan pengambilan 1 kali seminggu atau dikerapkan sebanyak 2 kali seminggu apabila semakin menghampiri peperiksaan.
Matsa (MAL09032077T)
Berfungsi mengaktifkan aktiviti otak di hemisfera kiri. Disarankan kepada para pelajar dan individu yang mengalami masalah lemah dalam subjek Matematik & Sains. Diamalkan bersama Examo CKM 500. Disyorkan pengambilannya mengikut aturan seperti yang tertera di label.
EXAMO CKM 500 pilihan terbaik ibu bapa yang prihatin untuk memastikan anak lebih bersedia menghadapi cabaran pembelajaran. C. K.M ialah gabungan mineral penting yang memberikan manfaat berikut:
Meningkatkan Fungsi Otak membantu meningkatkan daya tumpuan, ingatan, dan pemahaman.
Mengurangkan Stres dan kebimbangan menjadikan anak-anak lebih tenang dan bersedia menghadapi cabaran harian.
Meningkatkan Tenaga dan Kecergasan membantu tubuh menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk kekal fokus sepanjang hari.
Sokongan Untuk Sistem Saraf memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik, menyokong perkembangan minda anak-anak.
✅ Dapatkan EXAMO CKM 500 hari ini untuk pelaburan masa depan anak-anak anda!”
Tidak ada tegahan atau larangan secara mutlak (tak boleh langsung) untuk mengambil apa-apa ubat, minuman atau makanan jika mengamalkan produk Examo. Ini termasuklah Durian atau meminum kopi
Walau bagaimanapun, anda disarankan menggunakan kaedah jarakkan masa anggaran 1 jam sama ada sebelum atau selepas makan.
Tip:
Pengambilan Examo sebaiknya sebelum makan (keita perut tidak kenyang). Jika sebelah pagi, anggaran 1 jam sebelum mengambil sarapan.
.
Harap perkongsian ini dapat merungkai persoalan & keraguan.
EXAMO untuk minda merupakan antara produk yang telah lama berada di pasaran. Pada tahun 2009, produk EXAMO telah genap 30 tahun diperkenalkan kepada masyarakat.
EXAMO-CKM500, atau lebih dikenali sebagai EXAMO, merupakan produk yang diformulasikan oleh Allahyarham Dr. Azizan Ismail (Dr. Azizan). Selain EXAMO, beliau juga dikenali dengan formulasi produk SALINDAH untuk ibu hamil dan bersalin.
Artikel ini berkongsi beberapa fakta mengenai sejarah EXAMO, peranannya sebagai pemakanan tambahan untuk minda serta kepentingan gabungan pemakanan strategik dan latihan dalam usaha menyokong pembelajaran dan kecemerlangan minda.
Video: Kecemerlangan Minda Melalui Pemakanan
Dalam satu program “Apa Kata Wanita” di RTM1 yang disiarkan pada 29 Mei 2010 dengan tajuk “Kecemerlangan Minda Melalui Pemakanan”, beberapa fakta berkaitan EXAMO telah dikongsikan. Program tersebut turut menampilkan Dr. Hjh. Hamsiah binti Ismail, yang ketika itu merupakan Pengurus Besar EEMSB, salah sebuah syarikat dalam kumpulan Dr. Azizan.
1. Sejarah EXAMO dan Kajian Mengenai Minda
Allahyarham Dr. Azizan Ismail mempunyai pengalaman sebagai pembina soalan, pemeriksa skrip jawapan dan terlibat dalam proses pemarkahan. Berdasarkan pengalaman tersebut, beliau memberi perhatian terhadap faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian pelajar serta aspek ingatan, lupa dan kecerdasan.
Beliau kemudiannya mendalami bidang perubatan Biokimia Schuessler pada tahun 1978. Kajian dan pengalaman tersebut menjadi antara asas kepada usaha beliau membangunkan formulasi yang memberi tumpuan kepada pemakanan tambahan untuk minda.
Perkembangan produk ini mengambil masa beberapa tahun sebelum EXAMO diperkenalkan kepada pengguna. Sejak itu, EXAMO terus menjadi salah satu produk yang dikenali dalam kalangan pengguna yang mencari pemakanan tambahan untuk menyokong keperluan minda dan pembelajaran.
2. Mengapa EXAMO Kurang Dikenali Walaupun Telah Lama di Pasaran?
Pertama: Perkongsian Maklumat yang Terhad
Antara faktor yang mungkin mempengaruhi tahap pengenalan sesuatu produk ialah maklumat mengenainya hanya berlegar dalam kelompok tertentu. Apabila pengalaman atau maklumat positif tidak dikongsikan secara meluas, ramai yang mungkin tidak mengetahui kewujudan produk tersebut.
Kedua: Salah Faham Mengenai Produk untuk Minda
Terdapat juga individu yang mempunyai tanggapan negatif apabila mendengar istilah seperti “ubat pandai” atau produk untuk minda dan otak. Tanggapan seperti ini boleh menyebabkan seseorang membuat kesimpulan sebelum memahami tujuan sebenar sesuatu produk.
EXAMO bukan pengganti kepada usaha belajar. Peranannya perlu dilihat dalam konteks pemakanan tambahan yang diamalkan bersama amalan pembelajaran, pembacaan, latihan dan gaya hidup yang sesuai.
3. Mengapa Pemakanan Tambahan untuk Minda Mungkin Diperlukan?
Makanan harian memainkan peranan penting dalam membekalkan nutrien kepada tubuh. Namun begitu, keperluan pemakanan setiap individu adalah berbeza mengikut usia, gaya hidup dan corak pemakanan masing-masing.
Ramai yang mengetahui bahawa makanan seperti buah-buahan dan kekacang merupakan sebahagian daripada diet yang berkhasiat. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan seimbang, tidur yang mencukupi, aktiviti fizikal dan latihan mental juga merupakan faktor penting dalam menyokong kesihatan serta fungsi minda.
EXAMO diperkenalkan sebagai pemakanan tambahan untuk minda dan diamalkan mengikut cara penggunaan yang disyorkan. Ia tidak seharusnya dianggap sebagai pengganti kepada pemakanan seimbang atau usaha pembelajaran.
4. Salah Tanggapan EXAMO sebagai “Ubat Pandai”
Salah satu salah faham yang sering berlaku ialah menganggap EXAMO sebagai “ubat pandai”. Sebenarnya, kecemerlangan dalam pembelajaran tidak boleh dicapai hanya dengan mengambil sesuatu produk tanpa usaha.
Untuk menghadapi peperiksaan, seseorang pelajar masih perlu belajar, membaca, membuat latihan, mengulang kaji dan mengurus masa dengan baik. Pemakanan pula merupakan salah satu aspek yang boleh diberi perhatian sebagai sebahagian daripada gaya hidup yang menyokong proses pembelajaran.
Ia boleh diibaratkan seperti seorang ahli bina badan. Untuk mencapai tahap kecergasan yang diingini, seseorang memerlukan gabungan pemakanan yang sesuai dan latihan yang konsisten. Pemakanan sahaja tanpa latihan tidak mencukupi untuk mencapai matlamat kecergasan.
Begitu juga dalam pembelajaran. Pemakanan yang baik perlu disertai dengan latihan mental dan usaha yang berterusan. Pelajar perlu membina rutin pembelajaran yang konsisten bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.
EXAMO untuk Pelajar dan Persediaan Peperiksaan
Jika anda atau anak-anak sedang membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan, perancangan awal adalah penting. Selain memberi perhatian kepada jadual belajar dan latihan, pastikan keperluan pemakanan serta gaya hidup harian turut diberi perhatian.
ADAKAH ANDA ATAU ANAK-ANAK SEDANG MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN?
Ketahui pilihan EXAMO dan panduan yang sesuai mengikut keperluan pengguna.
EXAMO untuk minda telah berada di pasaran sejak sekian lama dan diperkenalkan sebagai pemakanan tambahan. Bagi pelajar dan individu yang ingin meningkatkan kualiti pembelajaran, pendekatan yang lebih menyeluruh adalah penting.
Amalkan pemakanan seimbang, tidur yang mencukupi, gaya hidup aktif serta pembelajaran dan latihan yang konsisten. Kecemerlangan memerlukan usaha berterusan dan tiada jalan pintas untuk menggantikan proses belajar.
Examo CKM 500 membantu proses penyuburan ramisaraf dendrit otak. Ramisaraf ramisaraf ini berfungsi mengumpul dan menghantar maklumat dalam otak menerusi sentuhan sinaps. Kesimpulannya, semakin subur pertumbuhan ramisaraf dendrit ini, semakin banyak maklumat dapat disimpan dan semakin pantas proses penghantaran maklumat. Secara ringkasnya, Examo CKM-500 bertindak mewujudkan infrastruktur yang baik agar lebih banyak maklumat dalam disimpan dan disusun teratur serta dapat dihantar dengan lebih pantas.
2. Kekuatan Ingatan
Tidak seperti komputer, maklumat di dalam otak tidak boleh dipadam atau dihapuskan. Ingatan melibatkan 3 proses; pendaftaran, penyimpanan dan penampilan semula maklumat. Jika salah satu proses ini bermasalah, akan wujudiah komplikasi terhadap ingatan. Setiap maklumat yang didaftarkan akan dihantar melalui sentuhan antara sinaps (neural pathway) untuk penyimpanan atau penampilan semula. Jika jaringan ramisaraf dendron dan dendrit dalam keadaan kurang subur atau terputus, maka wujudiah fenomena yang dinamakan lemah daya ingatan atau lupa. Namun, fenomena ini dapat dikurangkan dan dielakkan dengan pengambilan Examo CKM-500 yang bertindak membentuk jaringan yang lebih subur antara neuron otak.
3. Tenaga Mental
Seperti juga anggota fizika! yang lain, otak memerlukan dan menggunakan tenaga untuk berfungsi. Tenaga mental ini adalah dalam bentuk tenaga elektrik dan boleh dicas semula melalui proses tindakbalas elektrokimia. Unsur kimia seperti kalsium, kalium, magnesium dan fosforus diperlukan bagi melengkapkan tindakbalas ini. Kesimpulannya, Examo CKM-500 berfungsi sebagai penjana semula tenaga mental.
4. Mendatangkan Ketenangan
Otak adalah organ elektrokimia; mampu menjana sehingga 23 watt kuasa elektrik ketika terjaga. Aktiviti otak dipaparkan dalam bentuk gelombang. Ketika beraktiviti yang melibatkan mental seperti belajar dan bekerja (berfikir), otak akan menjana gelombang terkuat iaitu Beta. Walaupun gelombang beta ini disifatkan sebagai keadaan ketika penggunaan minda yang kuat, namun ia harus berada di dalam julat keseimbangannya untuk mengelakkan komplikasi seperti tekanan mental (stres), sakit kepala, hilang rasional, gemuruh dan kesukaran untuk mendaftarkan makiumat. Kalium dan magnesium yang terkandung di dalam perumusan Examo CKM-500 (dalam juzuk yang tepat) merupakan unsur penting dalam mengekalkan keseimbangan gelombang otak dan mengelakkan tekanan mental untuk prestasi otak yang optimum.
Dijadikan sebagai amalan dan sesuai untuk semua peringkat umur. Adalah disarankan pengambilannya mengikut aturan seperti yang tertera pada label atau untuk kesan lebih optimum, ikut aturan seperti saranan berikut;
Pengambilan disarankan 3 kali sehari iaitu waktu pagi, petang & malam
EXAMO CKM-500 PLUS (MAL07031098T)
Rumusan yang bertindak sebagai pemangkin kepada kesan EXAMO CKM-S00. Adalah disarankan pengambilannya mengikut aturan seperti yang tertera pada label atau untuk kesan lebih optimum, ikut aturan seperti saranan berikut;
Pengambilan disarankan 7 kali seminggu atau dikerapkan sebanyak 2 kali seminggu apabila semakin menghampiri peperiksaan.
MATSA (MAL09032077T)
Berfungsi mengaktifkan aktiviti otak di hemisfera kiri. Disarankan kepada para pelajar dan individu yang mengalami masalah lemah dalam subjek Matematik & Sains, Diamalkan bersama EXAMO CKM-S00. Adalah disarankan pengambilannya mengikut aturan seperti yang tertera pada label atau untuk kesan lebih optimum, ikut aturan Seperti saranan berikut;
Pengambilan disarankan 1 kali sehari iaitu pada waktu pagi.
Delirium merupakan keadaan di mana pesakit mengalami kekeliruan atau kurang kesedaran secara akut dan sementara. Pesakit juga mengalami gangguan sementara pada fungsi kognitif iaitu cara mereka berfikir, gangguan psikomotor dan juga emosi.
Dementia
Dementia / Nyanyuk adalah penurunan fungsi intelektual yang berlaku sehingga boleh menyebabkan pesakit tidak berupaya melakukan aktiviti harian yang biasa. Penurunan daya ingatan merupakan ciri utama dementia / nyanyuk. Berbanding delirium, dementia adalah kekeliruan dan penurunan fungsi intelektual yang berlaku secara perlahan-lahan dalam tempoh masa beberapa bulan atau tahun, progresif dan kebanyakan perubahan adalah kekal.
Artikel:
Orang muda juga boleh nyanyuk (Berita Harian, 31/10/2015)
Nyanyuk bukan gejala normal (Kampus Kesihatan, USM, 5/3/2017)
Penyakit nyanyuk sukar dikawal, namun boleh dikurangkan (Sinar Harian, 21/5/2019)