Posted on

Menguji Kehamilan

Pemeriksaan kehamilan (urine pregnancy test atau UPT) menggunakan air kencing adalah cara menentukan kehamilan yang popular kerana ia:

  • Mudah dilakukan
  • Mudah didapati
  • Murah (dari RM 5.00 ke atas sahaja)
  • Ada ‘privacy’
  • Keputusan segera

 

Perkara-perkara yang perlu disediakan

 

1. Alat untuk menguji air kencing

Ada beberapa jenis di pasaran dengan harga serendah RM 5.00 untuk setiap unit. Setiap alat ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Ada 3 jenis utama :

  • Sehelai kertas yang anda celupkan di dalam air kencing yang telah ditakung.
  • Alat yang memerlukan anda menitis beberapa titisan air kencing ke atasnya
  • Alat yang tidak perlukan anda menakung air kencing, sebaliknya hanya mengenakan bahagian tertentu alat tersebut pada air kencing semasa anda membuang air kecil.

 

2. Air kencing

Penggunaan air kencing yang pertama pada pagi hari adalah yang terbaik kerana kandungan hormon yang paling tinggi dalam air kencing pada masa tersebut.

 

Kalkulator Obstetrik (untuk menguji tarikh bersalin)

Uji kehamilan / tarikh bersalin anda online, klik di sini

 

Persolan-persoalan yang sering ditimbulkan

Tepatkah keputusan yang diperolehi ?

  • Ketepatan ujian ini adalah dalam lingkungan 97% sekiranya teknik yang dilakukan adalah mengikut arahan yang diberikan. Sila baca arahan yang ditulis pada label produk sebelum melakukan ujian tersebut.

Macamana boleh timbul line / garisan pada alat tersebut ?

  • Garisan yang terbentuk adalah hasil tindakbalas hormon yang ada di dalam air kencing dengan antibodi yang telah diletakkan di atas kertas.

Apa makna garisan-garisan yang keluar tersebut ?

  • Garisan yang paling hampir dengan tempat air kencing anda diletakkan memeriksa kandungan hormon di dalam air kencing anda. Kehadiran garisan di tempat ini menunjukkan bahawa anda hamil. Manakala garisan yang terletak lebih jauh daripada tempat air kencing diletakkan bertindak sebagai ‘control’ untuk memastikan bahawa peralatan yang anda beli itu dalam keadaan yang baik.
  • Sekiranya ada dua garisan yang muncul, anda disahkan mengandung. Sekiranya hanya satu garisan sahaja yang timbul, iaitu di garisan ‘control’, anda tidak mengandung.Sekiranya tidak ada langsung garisan yang timbul, alat yang anda beli tersebut mungkin tidak berfungsi dengan baik. Dapatkan gantian dari tempat anda membelinya.

Apakah hormon yang dikesan ?

  • Hormon yang dikesan kehadirannya di dalam air kencing dinamakan human chorionic gonadotropin (hCG). hCG juga sebenarnya boleh diukur di dalam darah, tetapi ia perlu dilakukan di makmal.
  • hCG dalam badan manusia hanya dihasilkan oleh plasenta. hCG dari plasenta ini dikeluarkan sebaik sahaja telur yang telah disenyawakan berada di dinding uterine.
  • Alat UPT yang sensitif boleh mengesan kehadiran hCG di dalam air kencing seawal 8 hingga 9 hari setelah proses ovulasi (pengeluaran telur).
  • Kandungan hCG dalam plasma darah meningkat dua kali ganda setiap sekurang-kurangnya 2 hari. Ia akan mencapai takat maksimum pada hari ke 60 atau 70. Selepas hari tersebut, kandungannya akan menurun dalam masa lebih kurang 10 minggu. Kandungan hCG akan berada di tahap tersebut sepanjang anda mengandung. Kandungan hCG juga mungkin masih boleh dikesan sehingga sebulan dua selepas melahirkan bayi.

Bilakah saya boleh melakukan ujian kehamilan ini ?

  • Alat yang ada di pasaran berupaya mengukur kandungan hCG di dalam air kencing serendah 20mIU/ml. Kandungan sebanyak ini boleh dikesan dengan baiknya dalam masa sehari dua selepas anda tidak datang haid pada hari yang sepatutnya.

Haid saya tidak menentu, bagaimana saya ingin memastikan hari sepatutnya haid saya datang supaya saya boleh melakukan ujian ini ?

  • Anda harus merujuk kepada kitaran haid yang paling panjang sekiranya kedatangan haid anda selalunya tidak menentu. Gunakannya sebagai pengukur dan lakukan ujian sehari dua selepas tarikh tersebut. Sekiranya anda tidak berpuas hati kerana jawapannya negatif (tidak mengandung), lakukan ujian kedua selepas beberapa hari atau seminggu dari tarikh ujian pertama.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya keputusan ujian menunjukkan saya mengandung ?

  • Anda patut merujuk kepada doktor sakit puan dengan segera dan mengambil langkah-langkah yang perlu seperti pengubahsuaian dalam cara kehidupan seharian anda.

Keputusan ujian saya positif (saya mengandung) tetapi haid saya keluar !

  • Sekiranya anda mengalamai keguguran yang awal, ada kemungkinan kandungan hCG masih boleh dikesan, menyebabkan keputusan ujian positif. Anda juga dinasihatkan mendapatkan rawatan lanjut dan melakukan ujian lanjutan dengan segera.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya keputusan ujian menunjukkan saya tidak mengandung?

  • Anda dinasihatkan melakukan ujian lagi dalam masa seminggu sekiranya haid anda masih juga tidak datang. Sekiranya keputusan yang sama diperolehi, iaitu anda tidak mengandung, anda dinasihatkan mendapatkan rawatan dengan segera.
  • Ada beberapa keadaan kesihatan yang menyerupai kehamilan tetapi memberikan keputusan yang negatif seperti ovarian cysts, pendarahan tanpa ovulasi, dysfunctional uterine bleeding, pelvic inflammatory disease (PID), polycystic ovary disease, kanser ovarian dan menopause. Sila rujuk kepada doktor sakit puan anda segera.

Bagaimana sekiranya saya membuat ujian dan ia negatif, tetapi kemudiannya saya melihat garisan yang agak malap muncul pada kertas ujian tersebut ?

  • Anda mungkin mengandung. Kandungan hCG yang rendah menyebabkan kehadiran garisan tidak begitu terang. Anda perlu membuat ujian lagi sekali. Anda juga perlu membaca arahan yang diberikan dengan teliti. Sebagai contoh, anda diperlukan menitik sebanyak 3 titis air kencing, tetapi anda mungkin hanya menggunakan 2 titis sahaja. Begitu juga, anda mungkin tidak menggunakan air kencing pada waktu yang disarankan.

Sekiranya saya tidak menggunakan air kencing pada waktu pagi, adalah keputusan yang didapati itu tepat ?

  • Kandungan hormon yang tinggi adalah dalam air kencing pertama pada waktu pagi. Ini memberikan keputusan ujian yang terang.
  • Sekiranya anda tidak boleh melakukannya pada masa tersebut, anda boleh mengambil air kencing pada masa-masa lain. Bagaimanapun anda dinasihatkan tidak membuang air kencing 4 jam sebelum ujian dilakukan. Anda juga dinasihatkan tidak mengambil air terlalu banyak kerana ia mencairkan air kencing, oleh itu kandungan hCG juga menjadi cair.

Adakah pengambilan ubat-ubatan akan mempengaruhi bacaan ?

  • Ubat-ubatan yang mengandungi hCG akan menyebabkan keputusan positif yang palsu. Sila tanyakan doktor atau ahli farmasi.

Adakah kemungkinan saya mengandung tetapi keputusan ujian saya negatif.

  • Ada kemungkinan, walaupun sangat jarang berlaku. Sekiranya anda percaya anda mengandung walaupun ujian kehamilan UPT menunjukkan anda tidak, dapatkan nasihat lanjut dari doktor sakit puan anda.

Selain daripada menentukan kehamilan, bolehkah UPT menentukan kehamilan yang normal?

  • Tidak, ujian UPT hanya mengesan hCG yang dikeluarkan oleh plasenta. Ia tidak mengesan ketidak-normalan di dalam kehamilan seperti kehamilan di luar rahim, dsb. Ini kerana kehamilan seperti ini juga menghasilkan hormon hCG yang sama.
Posted on

Loya, Muntah Ketika Hamil

Loya, muntah ketika hamil hanya sementara

Soalan:

SAYA hamil anak sulung dengan usia kandungan mencecah enam minggu. Saya mengalami alahan yang teruk, loya dan muntah setiap pagi dan langsung tidak berselera menjamah makanan. Saya juga tidak mengambil apa-apa ubat atau vitamin seperti asid folik hingga kini.

Apa yang membimbangkan saya, pada minggu-minggu pertama dulu, ada darah keluar dari faraj dengan jumlah yang kecil tapi berulang kali. Selain itu saya sering berasa sakit di sebelah kanan perut. Kesakitan yang sama akan saya rasai juga ketika bersama suami.

Apa sebenarnya yang berlaku?

FAZIHAN,
Melalui e-mel

Sumber: Berita Harian, Ruangan Tanya Doktor

Jawapan:

MASALAH pertama puan ialah loya dan muntah ketika mengandung. Puan harus sedar, banyak pertukaran akan berlaku kepada badan kita apabila sudah mengandung.

Bolehkah puan bayangkan mana-mana keadaan lain di mana ada sesuatu benda yang sedang hidup di dalam badan kita – memerlukan unsur-unsur dari kita untuk ia hidup dan terus berkembang?

Oleh itu, memang banyak pertukaran yang akan berlaku untuk kita membiasakan diri dengan insan yang menumpang di dalam badan kita untuk seketika itu.

Loya dan muntah memang sering berlaku, tetapi ia sementara saja, biasanya rasa loya dan muntah ini akan mula reda selepas tiga bulan.

Ia disebabkan oleh sejenis hormon ‘human chorionic gonadotrophin’ yang sangat penting untuk memastikan perjalanan fungsi permulaan mengandung.

Hormon ini naik ke paras yang maksimum di dalam tiga bulan ini dan surut selepas itu.

Kemudian, hormon lain yang dikeluarkan oleh uri akan menguruskan pembesaran bayi seterusnya dan pertukaran lain yang diperlukan.

Buat masa ini, makanlah apa yang boleh dan digalakkan makan sedikit-sedikit, tetapi lebih kerap, supaya perut tidak kosong.

Kalau tak boleh makan nasi, cuba bubur, sup atau makanan yang kurang berminyak. Minyak boleh menyebabkan rasa mual dan senang muntah.

Jikalau muntah terlalu kerap sehingga tidak dapat menahan apa yang diminum atau makan, puan perlu mendapat bantuan untuk mengurangkan rasa mual dengan memakan ubat, atau diberi cecair melalui salur darah. Ini perlu untuk memastikan kandungan air dalam badan mencukupi supaya tidak memudaratkan.

Dari kajian, vitamin yang perlu diambil semasa mengandung ialah asid folik. Ia telah didapati mengurangkan kejadian masalah kecacatan saraf tunjang dan otak.

Vitamin lain tidak menunjukkan apa-apa faedah yang lebih sama ada kepada pembentukan bayi atau tumbesarannya, jika diambil atau tidak diambil.

Jadi, kalau puan dapat makan secara seimbang, nutrisi dari pemakanan puan sudah mencukupi untuk menampung puan dan bayi. Bagaimanapun, jika diambil, ia mungkin menolong atasi kekurangan zat-zat mineral yang tiada dalam pemakanan kita.

Masalah kedua berkaitan perdarahan dan sakit. Demam, sakit, bengkak adalah contoh gejala-gejala yang terjadi bila ada sesuatu yang tidak kena dalam badan dan ia tidak boleh diabaikan.

Setiap masalah perlu diteliti untuk mengetahui apa sebabnya untuk mengelak dari terjadi keadaan yang lebih teruk.

Ada beberapa masalah perubatan yang boleh memberi sakit yang puan ceritakan. Ia boleh disebabkan oleh masalah seperti apendiks yang bengkak, masalah usus, atau ia mungkin berkaitan dengan kandungan itu sendiri.

Kandungan yang normal tidak akan menyebabkan perdarahan atau sakit. Masalah yang paling merisaukan di dalam kandungan peringkat awal ialah terjadinya kandungan di luar rahim.

Jika dibiarkan ia akan menyebabkan perdarahan di dalam badan dan membahayakan diri. Puan mesti berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan dengan segera.

Posted on

Lawatan Ke Kilang Homeopati

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar

Perkongsian oleh: Abdullah bin Ismail

 

Pada Sabtu 2hb. April 2010 lalu, saya telah menyertai rombongan usahawan Era Edar Marketing Sdn Bhd (ERA EDAR) dari Kuala Lumpur ke Jitra, Kedah sempena sambutan 10 tahun syarikat ERA EDAR.

Saya menyertai rombongan tersebut sebagai wakil rasmi perniagaan EDARAN SALINDAH yang merupakan wakil jualan produk keluaran ERA EDAR seperti Salindah & Examo.

Satu daripada aktiviti rombongan kami adalah melawat kilang Homeopati pertama di Asia Tenggara milik Kumpulan Syarikat Dr. Azizan (KUSDA) yang terletak di Taman Industri KEDA, Napoh, Jitra, Kedah.

Kilang tersebut adalah Homeopathic Laboratories (M) Sdn. Bhd (HOMEOLAB). ERA EDAR & HOMEOLAB merupakan sebahagian dari subsidari KUSDA. HOMEOLAB adalah kilang yang mengilangkan produk Salindah & Examo serta rangkaian produk lain.

Berikut adalah beberapa foto yang saya rakamkan dari kamera compact saya.

 

PERJALANAN

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar
Masjid Al-Muttaqin, Bandar Baru Darulaman, Jitra,Kedah – lokasi pertama kami semasa sampai ke Jitra pada awal Subuh.

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar

 

UCAPAN ALUAN

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar
Rombongan kami adalah yang ke-131 melawat kilang HOMEOLAB.

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar
Lokasi HOMEOLAB dari foto satelit.

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar
Dr. (H) Hj. Jamaludin bi Mat Piah , Pengarah Urusan ERA EDAR sedang menyampaikan ucapan aluan & sejarah HOMEOLAB. Ringkas tapi penuh dengan kata-kata motivasi.

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar
Sebahagian dari rombongan luar negara yang pernah melawat HOMEOLAB.

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar
HOMEOLAB; kilang bertaraf GMP (Amalan Pengilang Baik) & Sijil Pengiktirafan ISO 9001: 2000

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar
HOMEOLAB bermula dengan pelaburan tunai tanpa sebarang pinjaman sebanyak RM100,000 dan kini ia bernilai RM6.4 juta hasil dari usaha Melabur Semula Keuntungan yang diperoleh.

 

PRODUK

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar
Produk popular Examo

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar
Produk popular Salindah: Salindah-Set Lengkap (Edisi Istimewa Terhad)

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar
“EXAMO UNTUK STAFF”. Mereka bukan saja buat dan suruh orang lain guna, tetapi mereka juga menggunakannya. Baru Betul!

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar
Produk istimewa; CD ceramah Ustaz Mohammad Kazim bin Elias Al Hafiz yang dirakamkan di premis ERA EDAR / HOMEOLAB.

 

DEMO PRODUK COKLAT

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar
Nampak macam senang aja buat coklat; kalau orang dah hulur tu, makan saja la…

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar

 

DEMO PRODUK GROWELL

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar
Satu daripada mesin untuk melaksanakan proses pembuatan produk makanan bayi Growell.

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar
Oh begitu rupanya…

 

PERALATAN KILANG

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar
Sebahagian dari kenderaan milik kilang HOMEOLAB

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar
Produk Homeopati Examo ni sensatif, tak boleh pegang dengan tangan masa nak makan atau letak tempat yang berbau kuat, nanti rosak khasiatnya… Itu kata kakitangan makmal HOMEOLAB.

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar

 

CASA HAMDA

Pada sebelah petangnya, kami telah di bawa ke Casa HAMDA untuk sesi ramah mesra bersama Prof. Dr. Hjh. Hamsiah Ismail, Penasihat/CEO KUSDA Holdings Berhad.

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar
Kediaman rasmi keluarga Allahyarham Prof. Dr. Azizan (pencipta produk popular Salindah & Examo). Casa HAMDA adalah gabungan nama Prof. Dr. Hjh. Hamsiah (HAM) & Prof. Dr. Azizan (DA).

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar
Ini betul-betul unik & istimewa; alamat Casa HAMDA bernombor 370 iaitu harga Salindah Set Lengkap (original)! Bukan satu kebetulan, tentu ada kisah suka dan duka Allahyarham Prof. Dr. Azizan & Prof. Dr. Hjh Hamsiah yang mereka tempuhi dalam mengembangkan sistem perubatan Homeopati terutamanya produk Salindah dan Examo.

 

salindah, examo, set hamil, set bersalin, era edar
Rombongan kami bergambar kenangan di depan Casa HAMDA.

 

Alhamdulillah, walaupun penat tetapi banyak ilmu yang dapat saya peroleh. Bukan satu kerja mudah untuk Allahyarham Prof. Dr. Azizan bersama isteri Prof. Dr. Hjh. Hamsiah mengembangkan sistem perubatan Homeopati kepada masyarakat umum, ia tidak semudah seperti apa yang dapat dilihat sekarang…

 

Posted on

Gangguan Haid: Punca, Jenis, Haid Tidak Teratur dan Pendarahan Luar Biasa

Haid adalah satu proses fisiologi yang normal dalam kehidupan wanita. Namun, perubahan pada kekerapan, tempoh, jumlah darah atau masa berlakunya pendarahan boleh menjadi tanda gangguan haid yang memerlukan perhatian.

Artikel ini menerangkan beberapa persoalan berkaitan haid, termasuk mengapa haid sering dikenali sebagai “darah kotor”, tempoh dan jumlah darah haid yang biasa, punca haid tidak teratur, kelewatan haid, haid berlebihan serta pendarahan luar biasa.

Mengapakah Haid Dikenali sebagai “Darah Kotor”?

Haid sebenarnya bukan penyakit. Ia merupakan satu proses normal yang menunjukkan sistem pembiakan wanita berfungsi dan merupakan sebahagian daripada kitaran kesuburan.

Apabila darah haid keluar dari rahim, ia membawa bersama sel dan tisu daripada lapisan rahim yang dikenali sebagai endometrium. Ketika melalui saluran faraj, darah tersebut juga boleh bercampur dengan mikroorganisma yang terdapat dalam saluran faraj.

Oleh itu, darah haid terdiri daripada campuran darah, tisu endometrium yang telah terurai serta bahan lain daripada saluran pembiakan. Istilah “darah kotor” lebih merupakan istilah yang biasa digunakan dalam masyarakat dan bukan istilah perubatan khusus.

Adakah Darah Haid Akan Bertimbun dalam Rahim Jika Tidak Datang Haid?

Keadaan ini tidak bermaksud darah “kotor” akan bertimbun dalam badan dan menyebabkan keracunan. Kitaran haid dikawal oleh sistem hormon yang kompleks.

Jika haid tidak keluar atau berlaku kelewatan haid, keadaan tersebut mungkin berkaitan dengan perubahan hormon atau faktor lain seperti:

  • Kehamilan.
  • Penyusuan bayi.
  • Pengambilan pil hormon.
  • Tekanan mental dan emosi.
  • Masalah pada kelenjar pituitari.
  • Masalah pada rahim atau ovari.

Ketiadaan haid tidak semestinya bermakna darah haid sedang terkumpul dalam badan. Punca sebenar kelewatan atau ketiadaan haid perlu dikenal pasti melalui penilaian doktor jika keadaan berterusan atau luar daripada kebiasaan.

Berapa Lama Tempoh Haid yang Normal?

Pada kebiasaannya, haid berlangsung selama tiga hingga tujuh hari. Namun, tempoh dan corak haid boleh berbeza antara seseorang wanita dengan wanita yang lain.

Sesetengah wanita mengalami haid dalam tempoh yang lebih singkat, manakala sebahagian yang lain mungkin mengalami pendarahan yang lebih lama. Perubahan yang ketara daripada corak haid biasa perlu diberi perhatian.

Pendarahan Sebelum dan Selepas Haid

Sesetengah wanita mengalami lendir yang bercampur sedikit darah selama beberapa hari sebelum haid. Keadaan ini dikenali sebagai premenstrual staining. Ada juga yang mengalami pendarahan ringan selepas haid atau post-menstrual staining.

Pendarahan sebelum atau selepas haid mungkin berkaitan dengan perubahan hormon, tetapi dalam sesetengah keadaan ia juga boleh menunjukkan masalah pada rahim atau sistem pembiakan. Pemeriksaan doktor mungkin diperlukan sekiranya keadaan tersebut berulang atau berubah daripada kebiasaan.

Kenali Corak Haid Anda

Setiap wanita perlu mengetahui corak haid yang biasa bagi dirinya. Jika tempoh atau jumlah pendarahan berubah dengan ketara daripada kebiasaan, keadaan tersebut perlu dinilai.

Sebagai contoh, jika seseorang wanita biasanya mengalami haid selama tujuh hari tetapi tiba-tiba mengalami pendarahan sehingga 10 hari, perubahan tersebut perlu diberi perhatian dan mungkin memerlukan pemeriksaan untuk mengenal pasti puncanya.

Berapa Banyak Darah Haid yang Normal?

Jumlah darah haid berbeza antara seseorang wanita dengan wanita yang lain. Lazimnya, aliran haid boleh meningkat pada hari kedua dan ketiga sebelum berkurangan secara beransur-ansur.

Pada sesetengah wanita, lendir yang bercampur sedikit darah berwarna coklat mungkin berlarutan selama beberapa hari. Corak pendarahan perlu dilihat berdasarkan kebiasaan seseorang wanita dan sebarang perubahan yang berlaku.

Apakah Jenis-Jenis Gangguan Haid?

Gangguan haid boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Antara masalah haid yang biasa termasuk:

  • Gangguan kitaran atau pusingan haid.
  • Jumlah darah haid yang terlalu banyak.
  • Tempoh haid yang berpanjangan.
  • Pendarahan yang berlaku di luar waktu haid.
  • Kesakitan sebelum, semasa atau selepas haid.
  • Kelewatan atau ketiadaan haid.
  • Putus haid atau menopaus.

Gangguan haid boleh mempunyai pelbagai punca seperti tekanan emosi, perubahan hormon, kehamilan, penyusuan, penggunaan hormon, masalah pada kelenjar pituitari atau ovari serta ketumbuhan pada rahim atau pangkal rahim.

Kelewatan Haid pada Gadis: Apakah Puncanya?

Kelewatan atau ketiadaan haid pertama pada gadis remaja boleh mempunyai pelbagai punca. Jika seorang gadis belum mengalami haid pada usia yang memerlukan penilaian perubatan, pemeriksaan doktor adalah penting untuk mengenal pasti puncanya.

Antara kemungkinan punca termasuk masalah fungsi ovari atau kelenjar pituitari, kelewatan akil baligh serta masalah atau kecacatan pada saluran pembiakan sejak lahir.

Dalam sesetengah keadaan, selaput dara boleh menutupi keseluruhan bukaan faraj. Keadaan ini dikenali sebagai imperforate hymen. Gadis berkenaan mungkin mengalami sakit perut secara berkala tetapi darah haid tidak dapat keluar.

Faktor lain seperti keadaan kesihatan yang kurang baik serta tekanan jiwa dan emosi yang teruk juga boleh mempengaruhi kitaran haid.

Bagaimana Masalah Kelewatan Haid Didiagnosis?

Langkah pertama dalam menangani kelewatan haid ialah mengenal pasti puncanya. Doktor mungkin melakukan pemeriksaan fizikal dan menilai perkembangan ciri-ciri seksual sekunder seperti pertumbuhan payudara serta rambut di kawasan kemaluan dan ketiak.

Pemeriksaan sistem pembiakan juga penting bagi mengesan sebarang kecacatan semula jadi. Doktor mungkin mencadangkan pemeriksaan ultrabunyi pada bahagian abdomen untuk menilai kewujudan dan keadaan rahim serta ovari.

Ujian darah bagi mengukur paras hormon juga boleh dilakukan untuk membantu mengenal pasti punca masalah.

Rawatan untuk Kelewatan Haid

Rawatan bergantung kepada punca yang dikenal pasti. Dalam keadaan tertentu, prosedur pembedahan mungkin diperlukan untuk membuka selaput dara yang tertutup. Jika terdapat masalah pada pembentukan faraj, prosedur tertentu mungkin dipertimbangkan.

Rawatan hormon pula mungkin diberikan jika puncanya berkaitan dengan gangguan fungsi kelenjar pituitari atau ovari.

Haid Tidak Teratur: Apakah Maksudnya?

Haid tidak teratur merujuk kepada perubahan pada jarak antara satu kitaran haid dengan kitaran yang berikutnya. Sesetengah wanita mungkin mengalami haid hanya sekali setiap dua atau tiga bulan.

Keadaan ini boleh berlaku dalam kalangan gadis yang baru memasuki alam remaja atau wanita yang menghampiri menopaus. Gangguan hormon boleh menjadi salah satu faktor yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur.

Haid yang tidak teratur juga boleh dikaitkan dengan masalah kesuburan kerana ovulasi mungkin berlaku secara tidak konsisten.

Obesiti dan Haid Tidak Teratur

Berat badan berlebihan atau obesiti boleh dikaitkan dengan kitaran haid yang tidak teratur atau jarak haid yang semakin panjang. Keadaan ini juga boleh dikaitkan dengan masalah kesuburan.

Sesetengah wanita mungkin mengalami pertumbuhan rambut yang berlebihan pada bahagian tertentu seperti kaki atau muka. Pemeriksaan ultrabunyi faraj mungkin menunjukkan perubahan pada ovari yang berkaitan dengan polycystic ovary.

Kehamilan dan Penyusuan Boleh Mempengaruhi Haid

Bagi wanita yang sebelum ini mempunyai kitaran haid yang tetap, perubahan secara tiba-tiba perlu diberi perhatian. Salah satu punca utama haid berhenti ialah kehamilan.

Wanita yang menyusukan bayi juga boleh mengalami perubahan pada kitaran haid. Semasa penyusuan, paras hormon prolaktin meningkat dan keadaan ini boleh mempengaruhi ovulasi serta kedatangan haid.

Paras prolaktin yang tinggi juga boleh berlaku akibat masalah pada kelenjar pituitari. Keadaan ini boleh menyebabkan haid tidak datang atau datang secara tidak teratur dan boleh menjejaskan kesuburan.

Gangguan hormon juga boleh berpunca daripada masalah pada ovari. Selain itu, tekanan emosi atau tekanan fizikal yang kuat juga boleh menyebabkan haid menjadi lewat.

Haid Berlebihan dan Berpanjangan

Haid yang lebih banyak atau lebih lama daripada kebiasaan boleh mempunyai pelbagai punca. Antara keadaan yang boleh dikaitkan dengan pendarahan haid berlebihan termasuk masalah pada rahim, penggunaan alat pencegah kehamilan dan kehamilan yang tidak normal.

1. Ketumbuhan Bukan Kanser

Wanita yang mengalami pendarahan haid yang berlebihan atau berpanjangan, khususnya jika disertai senggugut, mungkin mempunyai masalah pada rahim atau pangkal rahim.

Antara keadaan yang boleh menyebabkan pendarahan termasuk cervical polyp, fibroid dan adenomyosis.

2. Kanser Pangkal Rahim

Pendarahan yang luar biasa juga boleh menjadi tanda penyakit yang lebih serius termasuk kanser pada rahim atau pangkal rahim. Oleh itu, pendarahan yang berterusan atau luar daripada kebiasaan perlu diperiksa oleh doktor.

3. Penggunaan Alat Perancang Keluarga

Wanita yang menggunakan alat dalam rahim atau IUD mungkin mengalami perubahan pada jumlah dan tempoh pendarahan haid.

Kaedah hormon seperti suntikan atau implan juga boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami pendarahan ringan atau spotting yang berpanjangan.

4. Kehamilan Luar Biasa

Pendarahan semasa kehamilan boleh berlaku atas pelbagai sebab, termasuk kandungan yang terancam keguguran, keguguran, kehamilan molar atau kehamilan luar rahim.

Wanita hamil yang mengalami pendarahan perlu mendapatkan penilaian perubatan untuk mengenal pasti puncanya.

Pendarahan Faraj yang Luar Biasa

Pendarahan luar biasa boleh berlaku pada waktu yang berbeza daripada kitaran haid biasa. Antara bentuk pendarahan yang perlu diberi perhatian ialah:

  • Pendarahan di pertengahan kitaran haid (intermenstrual bleeding).
  • Pendarahan sebelum haid (premenstrual staining).
  • Pendarahan selepas haid (postmenstrual staining).
  • Pendarahan selepas hubungan seksual.
  • Pendarahan selepas menopaus atau putus haid.

Pendarahan di Pertengahan Kitaran Haid

Pendarahan ringan di luar waktu haid mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, tekanan emosi atau penggunaan kaedah pencegah kehamilan yang mengandungi hormon.

Ia juga boleh berkaitan dengan penggunaan ubat hormon, ketumbuhan atau jangkitan pada saluran pembiakan. Wanita yang mengalami pendarahan luar biasa dan berulang perlu mendapatkan nasihat serta pemeriksaan doktor.

Pendarahan Selepas Hubungan Seksual

Pendarahan selepas hubungan seksual boleh mempunyai pelbagai punca. Antaranya ialah perubahan pada pangkal rahim, luka, ketumbuhan bukan kanser atau jangkitan.

Walaupun tidak semua pendarahan selepas hubungan seksual berpunca daripada kanser, keadaan ini perlu dinilai oleh doktor, terutama jika berlaku berulang kali. Pemeriksaan seperti ujian Pap smear mungkin diperlukan mengikut penilaian klinikal.

Pendarahan Selepas Putus Haid

Wanita yang telah mengalami menopaus dan kemudian mengalami pendarahan faraj perlu mendapatkan pemeriksaan doktor. Pendarahan selepas menopaus boleh mempunyai pelbagai punca dan dalam sesetengah keadaan mungkin berkaitan dengan penyakit serius termasuk kanser rahim.

Namun, tidak semua pendarahan selepas menopaus disebabkan oleh kanser. Kekeringan pada faraj atau atrophic vaginitis akibat kekurangan hormon estrogen juga boleh menyebabkan pendarahan dan keadaan ini boleh dirawat.

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Dapatkan nasihat doktor jika berlaku perubahan haid yang ketara daripada kebiasaan, termasuk haid yang sangat banyak, haid yang berpanjangan, pendarahan di luar waktu haid, pendarahan selepas hubungan seksual atau pendarahan selepas menopaus.

Pemeriksaan doktor penting untuk mengenal pasti punca sebenar gangguan haid dan menentukan rawatan yang sesuai.

Kesimpulan

Gangguan haid boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk haid tidak teratur, haid berlebihan, haid berpanjangan, kelewatan haid dan pendarahan luar biasa. Puncanya pula boleh berkaitan dengan perubahan hormon, kehamilan, penyusuan, penggunaan kontraseptif, masalah ovari atau rahim serta keadaan perubatan tertentu.

Setiap wanita digalakkan mengenali corak haid yang biasa bagi dirinya. Sebarang perubahan yang berterusan atau luar daripada kebiasaan wajar mendapatkan penilaian doktor.

Posted on

Masalah-masalah dalam pantang

Darah Nifas

Wanita yang baru bersalin akan mengalami turun darah nifas yang hampir sama bentuknya dengan darah haid. Jangka waktu nifas lebih panjang daripada darah haid; purata lebih kurang dua minggu. Jika nifas berpanjangan melebihi jangka waktu ini, atau berlaku tumpah darah yang banyak mungkin ini menandakan gangguan atau penyakit dalam rahim.

 

Tumpah Darah

Tumpah darah selepas bersalin atau post-partum haemorrhage biasa berlaku sebaik sahaja wanita melahirkan anak sama ada selepas uri dilahirkan ataupun sebelum uri dilahirkan dan ia terlekat dalam rahim. Keadaan tumpah darah yang begini amatlah berbahaya kerana biasanya ia berlaku dengan tidak semena-mena dan pendarahan boleh berlaku dengan amat banyak sehingga boleh meragut nyawa ibu.

 

Tumpah darah ketika ataupun sebaik sahaja lepas bersalin masih menjadi punca utama kematian ibu di Malaysia, khususnya ibu yang melahirkan anak di rumah. Masalah ini juga kerap dialami oleh ibu yang telah banyak kali melahirkan anak. Akibatnya rahim menjadi lemah dan tidak boleh kuncup dengan kuat untuk mengelakkan kejadian tumpah darah. Keadaan ini juga boleh berlaku di hospital atau di pusat-pusat kelahiran khususnya mereka yang mengalami kerumitan ketika melahirkan anak seperti kelahiran dengan cara forsep. Namun demikian jika ia berlaku di hospital atau pusat-pusat kelahiran, biasanya ia boleh diselamatkan kerana adanya kemudahan rawatan dalam bentuk tranfusi darah serta kakitangan yang boleh mengendalikannya.

 

Jika kelahiran berlaku di rumah ia sering mengakibatkan maut. Wanita yang mengalami masalah seperti urinya terlekat dan tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh satu jam selepas bayi dilahirkan, akan mengalami masalah tumpah darah yang banyak. Oleh itu jika uri tidak boleh dikeluarkan, bawalah wanita itu segera ke hospital. Di sesetengah negeri di Malaysia ada satu pasukan ala flying squad yang boleh dipanggil untuk mendapatkan rawatan cemas di rumah.

 

Tumpah darah selepas bersalin mungkin juga boleh berlaku dalam masa 48 jam selepas bersalin atau bila-bila masa dalam seminggu selepas bersalin. Jika ia berlaku dalam masa 48 jam walaupun uri telah dikeluarkan, ini mungkin menandakan kuncupan rahim tidak begitu kuat ataupun sebahagian daripada uri atau selaput bayi masih tertinggal dalam rahim. Pendarahan mungkin juga disebabkan oleh jangkitan kuman dalam rahim. Setiap pendarahan yang berlaku dan melebihi had biasa perlu mendapat perhatian doktor dan jika ia berlaku dengan banyaknya pesakit perlu dibawa segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana ini boleh mengancam nyawa ibu.

 

Sebaiknya keadaan ini boleh dijauhkan dengan menentukan beberapa perkara:

 

Pertama:

Ketika bayi dan uri dilahirkan tentukan setiap sudut uri diperiksa. Pemeriksaan ini untuk menentukan uri sempurna dilahirkan dan tiada bahagian, cebisan atau sisa-sisa yang tertinggal dalam rahim.

 

Kedua:

Jauhkan daripada sakit beranak yang terlalu panjang dan berlarutan (prolonged labour). Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan tumpah darah berlaku. Bayi perlulah dilahirkan secara forsep atau pembedahan jika kesakitan bersalin melebihi hadnya. Wanita yang mengalami tumpah darah itu perlulah diberi tranfusi darah ataupun apa sahaja cecair yang sesuai dan mudah terdapat pada ketika itu jika darah tidak boleh didapati. Juga tentukan rahim itu kuncup. Jika ia tidak kuncup, suntikan ubat ergometrine akan diberikan untuk menentukan rahim kuncup untuk menahan pendarahan. Pesakit ini perlu menjalani pembedahan kecil untuk membersihkan sisa-sisa uri atau selaput bayi yang mungkin tertinggal dalam rahim. Proses yang digelar evacuation of the uterus ini perlu dilakukan di bilik bedah.

 

Jangkitan Kuman Pada Pundi Air Kencing

Salah satu masalah yang kerap dialami oleh wanita selepas bersalin ialah jangkitan kuman pada pundi air kencing. Masalah ini juga sering dialami oleh wanita hamil kerana aliran air kencing menjadi perlahan dan bertakung akibat rahim yang membesar. Ketika proses kelahiran berlaku, pundi air kencing menjadi sasaran menyebabkan ia tertekan, terhimpit dan kadangkala tercedera.

Doktor perlu memasukkan alat catheter untuk mengeluarkan air kencing  yang mungkin bertakung oleh sebab proses kelahiran. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman. Apabila jangkitan kuman berlaku, wanita itu kerap membuang air kecil tetapi sedikit-sedikit dan terasa sakit atau pedih. Jika tanda-tanda ini berlaku, perlulah perhatian doktor. Air kencing perlu diperiksa untuk menentukan sama ada rawatannya hanyalah dengan memakan ubat antibiotik selama lima hari atau seminggu.

 

Jangkitan Kuman Pada Luka Dan Rahim

Selain daripada pundi air kencing, jangkitan kuman juga boleh berlaku pada luka di bahagian kemaluan, luka oleh sebab pembedahan sesarean dan luka pada rahim iaitu luka yang berlaku  apabila uri dilahirkan. Jagaan dan kebersihan pada tempat-tempat yang luka sangat penting untuk menjauhkan jangkitan kuman. Penting juga wanita meningkatkan sistem pertahanan diri supaya serangan kuman dapat dielakkan. Ini boleh dicapai melalui pemakanan yang seimbang kandungan zatnya.

 

Pengambilan pil vitamin perlu diteruskan supaya tahap kesihatan dapat ditingkatkan dan seterusnya boleh mengelakkan serangan kuman.

 

Luka pembedahan sesarean boleh dijangkiti kuman menyebabkan takungan nanah atau abcess. Wanita itu akan terasa sakit berdenyut-denyut pada luka menjadikannya merah. Takungan nanah ini perlu dibedah untuk mengeluarkan nanah. Rawatan secara dressing akan dilakukan setiap hari di samping ubat antibiotik untuk dimakan. Luka episiotomi juga boleh menimbulkan masalah jika jahitannya terbuka sebelum sembuh. Keadaan ini digelar breakdown. Kejadian ini biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman atau takungan nanah pada luka.

 

Jika ini berlaku pembedahan kecil perlu dilakukan untuk setiap hari. Masalah pada luka ini jika tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan masalah jangka panjang seperti terasa sakit ketika mengadakan hubungan kelamin. Oleh itu, setiap wanita perlulah menjaga kebersihan serta menjauhkan masalah jangkitan kuman pada luka di kemaluan.

 

Jangkitan kuman pada rahim juga boleh berlaku. Tanda-tanda bagi jangkitan kuman pada rahim ialah demam panas, sakit perut dan lendir yang berbau.

 

Lendir

ini biasanya bercampur darah nifas. Masalah tumpah darah juga mungkin berlaku akibat jangkitan kuman. Rawatan yang khususnya ialah dengan makan ubat antibiotik. Jika ada sisa-sisa uri atau selaput bayi tertinggal dalam rahim, ini memerlukan pembersihan secara D&C yang dilakukan di hospital.

 

Masalah Buah Dada

Beberapa masalah buah dada boleh berlaku selepas bersalin. Pertama, bengkak buah dada atau breast engorgement. Ini biasanya disebabkan oleh saluran susu pada puting tetek tersekat. Untuk menjauhkan masalah ini penting bagi setiap bakal ibu membersihkan puting buah dada dengan air bersih. Urutlah buah dada ke arah puting untuk memudahkan aliran susu. Jika buah dada selalu diurut, nescaya masalah saluran puting susu tersumbat boleh diatasi. Bengkak buah dada biasanya kerap berlaku di kalangan ibu yang tidak menyusukan anaknya.

 

Sebaiknya setiap ibu patut menyusukan bayinya dengan susu sendiri kerana khasiat makanan yang terkandung di dalamnya. Susu ibu sudah tersedia dan apa yang lebih pentingnya penyusuan ibu dapat merapatkan hubungan emosi antara bayi dan ibu. Bagi ibu yang telah membuat keputusan tidak akan menyusukan anaknya, masalah bengkak buah dada boleh diatasi dengan memakan ubat yang khusus untuk menyekat pengeluaran susu. Ubat ini mengandungi hormon estrogen yang dimakan lebih kurang lima hari. Ubat terbaru di pasaran untuk menyekat pengeluaran susu dan mencegah bengkak dan sakit buah dada ialah Bromocryptine yang dimakan selama beberapa hari.

 

Bengkak buah dada boleh menimbulkan masalah jangkitan kuman, mengakibatkan mastitis. Ini menyebabkan rasa sakit serta demam panas. Bagi mengawal keadaan ini, perlulah ibu berjumpa doktor yang kemudiannya akan memberi ubat antibiotik dan juga penawar sakit. Masalah jangkitan kuman pada buah dada boleh berlarutan menimbulkan masalah nanas atau abcess. Jika keadaan ini berlaku satu pembedahan kecil perlu dilakukan di hospital untuk mengeluarkan nanah itu.

 

Ubat antibiotik, penawar sakit dan juga hormon untuk menyekat pengeluaran susu akan diberikan bagi merawat abcess ini.

 

Amalan menyusukan bayi dengan susu sendiri boleh mengatasi masalah yang saya nyatakan di atas. Di samping itu, kajian telah menunjukkan penyusuan ibu mungkin boleh menghindarkan atau mengurangkan risiko penyakit kanser buah dada. Oleh itu saya sering menasihatkan ibu  menyusukan bayinya sendiri kerana menyusu sendiri itu amat banyak faedahnya. Penyusuan juga dikehendaki oleh agama Islam seperti yang ternyata dalam Surah al-Baqarah 233 yang bermaksud bahawa ibu patut menyusukan bayinya selama dua tahun.

 

Masalah Emosi

Dalam masa pantang, sesetengah ibu yang baru melahirkan anak kerap mengalami tekanan jiwa dan emosi. Tekanan ini memang telah wujud sejak ibu hamil dan berterusan hingga melahirkan anak. Ketika pantang pula ibu perlu memberi jagaan yang rapi kepada bayinya.

 

Tekanan fizikal dan mental mempunyai kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi ibu. Akibat tekanan darah ini segolongan wanita mengalami masalah kemurungan (depression) atau ada yang lebih teruk lagi mengalami masalah sakit jiwa (pueperal psychosis). Dalam keadaan yang amat menekan jiwa ada segelintir wanita yang cuba membunuh diri. Tekanan jiwa dan emosi ini boleh dijauhi jika sokongan dan nasihat yang sewajarnya dapat diberikan oleh orang yang penting dalam hidupnya seperti suami.

 

Si isteri sepatutnya diberi bantuan, bukan sahaja bantuan fizikal dari segi jagaan terhadap isteri dan bayi yang baru lahir, tetapi juga sokongan moral. Saudara mara khususnya ibu wanita itu boleh juga membantu mengatasi masalahnya.

 

Jika ada tanda-tanda ibu itu mengalami kesedihan atau sakit jiwa, penting bagi suaminya membawa ibu ini berjumpa doktor atau pakar sakit jiwa supaya keadaan ini tidak akan berlarutan sehingga menimbulkan pueperal psychosis yang boleh membahayakan nyawa ibu. Pada masa ini, lingkungan keluarga menjadi semakin kecil. Sokongan moral dari saudara-mara makin berkurangan dan ini adalah salah satu faktor yang boleh mengakibatkan ramai wanita mengalami masalah emosi dan jiwa selepas bersalin. Sebaiknya hidup secara tradisi dengan mengamalkan keluarga luas atau extended family patut diteruskan supaya wanita yang baru bersalin dapat menghindarkan gejala-gejala emosi dan jiwa.

Posted on

Apa Sebenarnya Meroyan

Artikel petikan dari: petuabahagia.net

.

Gila meroyan

MENGIKUT orang tua-tua dulu, ketika dalam pantang, wanita tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja. Larangan ini ada rasionalnya kerana ia sebenarnya memberi peluang wanita mendapat rehat secukupnya selepas melahirkan anak.

Kehamilan adalah khabar gembira, tetapi mungkin ramai tidak tahu atau tidak sedar ia sebenarnya memberi tekanan fizikal dan mental kepada wanita yang mengalami masalah loya dan muntah, terutama jika ia tidak dirancang dan bukan kehamilan yang diharapkan.

Perkara ini boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami masalah tekanan, kesedihan melampau dan kemurungan selepas melahirkan anak.

Dalam keadaan tertentu, gangguan fikiran dan emosi dihadapi menyebabkan sesetengah ibu tidak dibenarkan menjaga bayi mereka.

Bagi masyarakat kita, ia dipanggil meroyan atau kemurungan postpartum yang berlaku selepas melahirkan anak.

Menurut perunding psikiatri, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh, walaupun zaman sudah berubah, masalah ini tetap berlaku kepada semua bangsa.

Prevalens kemurungan postpartum adalah satu atau dua kes bagi 1,000 kelahiran. Dalam budaya kita, wanita dalam pantang diberi perhatian dan layanan istimewa daripada suami dan keluarga.

Ini adalah budaya yang baik kerana ia boleh mengurangkan risiko wanita mengalami kemurungan selepas bersalin.

Kemurungan postpartum atau meroyan juga boleh berlaku apabila wanita mengalami keguguran, bayi meninggal dunia ketika dilahirkan atau bayi dijadikan anak angkat.

Ia adalah masalah yang serius dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan ibu hilang pertimbangan diri.

Kenapa ia hanya berlaku pada sesetengah orang? Kata Dr Nor Hamidah, ia juga dipengaruhi daya ketahanan mental seseorang. Bagi yang ‘tahan lasak’ dan reda dengan takdir serta menganggap setiap kehamilan (walaupun tidak dirancang) sebagai rezeki, risiko mengalami masalah ini jauh lebih rendah.

Banyak punca boleh menyebabkan masalah ini seperti:

  • Pernah mengalami kemurungan, sama ada pada diri sendiri atau ahli keluarga (termasuk skizofrenia).
  • Perubahan hormon yang banyak (perubahan hormon mendadak boleh merangsang kemurungan).
  • Pertambahan tanggungjawab.
  • Tekanan.
  • Kurang sokongan keluarga.
  • Gangguan psiko sosial seperti masalah perkahwinan atau pergaduhan.
  • Tidak cukup tidur kerana terpaksa bangun malam untuk menyusukan anak.
  • Melahirkan anak yang tidak dikehendaki.
  • Kekecewaan akibat terlalu inginkan anak lelaki, tetapi dianugerahkan anak perempuan (atau sebaliknya).

Bagaimana hendak mengenali jika isteri atau ahli keluarga mengalami masalah ini? Antara simptom meroyan ialah:

  • Terlalu lesu.
  • Hilang kegembiraan untuk menjalani hidup.
  • Tidak boleh tidur malam (insomnia).
  • Sedih keterlaluan
  • Menangis tanpa sebab.
  • Resah gelisah
  • Berasa diri tidak berharga
  • Sentiasa berasa bersalah
  • Emosi mudah terganggu
  • Hilang selera
  • Tidak boleh menumpukan perhatian.

Bagi kes lebih serius yang dipanggil postpartum psikosis, wanita mungkin:

  • Hilang pertimbangan
  • Berasa benci kepada anak
  • Mengalami delusi (percaya kepada perkara yang tidak benar seperti menganggap diri sebagai orang terkenal)
  • Mengalami halusinasi (mendengar suara ghaib)
  • Terlintas mahu membunuh diri

“Kemurungan postpartum biasanya berlaku selepas beberapa hari melahirkan anak dan ia berlanjutan sehingga melebihi dua minggu. Wanita yang mempunyai sejarah kemurungan berisiko tinggi untuk mengalami masalah ini.

“Biasanya ia berlaku pada wanita yang pernah mengalami masalah kemurungan. Jika seseorang wanita mengalami kemurungan postpartum pada kehamilan pertama, dia berisiko tinggi mengalami masalah sama pada kehamilan seterusnya dengan kebarangkalian sebanyak 25 peratus.

“Bagi kes begini, ia dikelaskan sebagai kehamilan berisiko tinggi dan keadaan mereka dipantau sepanjang kehamilan dan selepas melahirkan anak. Bagaimanapun, jangan keliru dengan kesedihan selepas bersalin atau dipanggil ‘baby blues’. Si ibu akan berasa sedih tanpa sebarang sebab, tetapi masalah ini tidak lama dan hilang selepas lima atau tujuh hari,” katanya.

Hampir 50 peratus wanita mengalami masalah ‘baby blues’. Ia masalah biasa dan tidak perlu dirisaukan. Ada yang mengalaminya pada kelahiran pertama saja. Antara gejalanya ialah rasa tertekan, sedikit murung, sedih, mudah menangis, berasa terlalu terharu tanpa sebab dan emosi cepat berubah.

Semua gejala ini timbul akibat perubahan hormon yang banyak selepas bersalin dan akan hilang beransur-ansur apabila paras hormon kembali normal.

Bagaimanapun jika kemurungan ini berlanjutan melebihi dua minggu, suami atau ahli keluarga disaran segera membawa isteri mendapatkan rawatan.

“Dalam keadaan seperti ini, sokongan ahli keluarga, terutama suami, sangat penting. Suami perlu beri kerjasama menjaga anak, seperti bangun malam atau membantu menukar lampin, supaya isteri boleh mendapat tidur yang cukup.

“Kurang sokongan daripada suami dan ahli keluarga boleh menyebabkan wanita mengalami kemurungan. Apabila ini berlaku dan tidak dibantu segera, masalah jadi lebih berat kerana pesakit tidak dapat mengawal perasaan dan dibelenggu pelbagai perkara yang menekan fikiran,” katanya.

Kemurungan ini juga membuatkan sesetengah ibu tidak dapat menyusukan bayi kerana ada perasaan benci atau menganggap anak mereka cacat, walaupun hakikatnya ia dilahirkan sempurna atau melihat si kecil itu bukan anak sendiri.

Dr Nor Hamidah berkata, kehamilan yang tidak dirancang atau tidak dikehendaki juga boleh menjadikan wanita tertekan dan murung selepas bersalin.

Kajian menunjukkan hampir 70 peratus kehamilan yang berlaku adalah tidak dirancang dan ini meningkatkan risiko untuk mengalami kemurungan.

Bagaimanapun, budaya masyarakat kita tanpa mengira bangsa menganggap setiap anak sebagai anugerah dan sikap ini membantu wanita terhindar daripada masalah kemurungan postpartum. Ini juga sebabnya setiap pasangan disaran merancang keluarga — bukan sekadar memberi peluang anak membesar dengan baik, tetapi membolehkan isteri mendapat rehat secukupnya.

Wanita yang pernah menghadapi masalah skizofrenia juga berisiko tinggi mengalami kemurungan postpartum. Bagi kes sebegini, pesakit disaran supaya sentiasa mengambil ubat.

Bagaimanapun, pengambilan ubat dihentikan pada trimester pertama untuk mengelak kesan sampingan kepada bayi.

Rawatan

Menurut Dr Nor Hamidah, jenis rawatan tertakluk kepada keadaan setiap pesakit. Namun secara purata pesakit perlu menjalani rawatan dan mengambil ubat antara enam bulan hingga dua tahun. Pesakit akan diberi ubat anti kemurungan atau antipsikotik — tertakluk kepada masalah setiap individu.

Selain itu, sokongan suami boleh menjadi penawar. Justeru, beliau menyarankan setiap pasangan membuat persediaan mental dan fizikal sebelum merancang menimang cahaya mata.

Menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun juga amalan baik untuk memberikan badan wanita pulih secukupnya selepas bersalin kali pertama.

“Suami harus bersedia memikul tanggungjawab. Turunlah ke dapur menyediakan makanan untuk isteri. Dalam keadaan hidup sekarang, tidak ramai ibu boleh datang menemankan anak mereka sepanjang tempoh berpantang. Sebagai persediaan, belajar ilmu keibubapaan.

“Suami juga perlu faham perubahan yang berlaku pada isteri. Jika berkemampuan, dapatkan pembantu untuk menjaga anak supaya isteri boleh berehat dan menenangkan fikiran. Mempelajari kaedah menangani tekanan juga boleh membantu masalah ini,” katanya

 

Posted on

Bagaimana mengatasi Mual dan Muntah Semasa Hamil

Rasa mual (loya) dan muntah (emesis) merupakan suatu keadaan yang sangat tidak menyenangkan. Namun dalam situasi tertentu, misalnya keracunan, muntah merupakan tindakan tubuh sebagai kaedah pertahanan terhadap masalah tersebut. Dalam keadaan yang lain, contohnya menaiki kenderaan atau kehamilan, mual dan muntah boleh menyebabkan individu berasa amat gelisah atau terganggu.

Mual dan muntah juga turut membawa kepada implikasi yang lain seperti gangguan keseimbangan metabolik, kegagalan penjagaan diri sendiri dan keupayaan untuk melakukan sesuatu, pengurangan nutrisi atau zat makanan, kurang atau tiada selera makan (anoreksia), gangguan ke atas status metal, jahitan dedah dan luka mudah terbuka, saluran esofagus luka, dan kegagalan rawatan dalam penyakit tertentu seperti kanser.

Ringkasnya, mual dan muntah boleh mengganggu kualiti hidup pesakit.

PERNAH DENGAR SALINDAH? Salindah dirumus khas daripada ubat-ubatan mengikut kaedah Homeopati, Biokimia dan Herbalisme yang tidak memberi sebarang kesan sampingan. Salindah – Ceraian B1 adalah remedi Pemakanan Ketika Hamil untuk ibu mengandung. PBKD: MAL05092335T
Info Lanjut & Cara Order Salindah, klik di sini

Adakah Anda Hamil? Semak di sini

.

Penyebabkan Mual dan Muntah

Mual dan muntah merupakan tanda-tanda dan gejala yang lazim dialami apabila sakit. Kebanyakan kejadian mual dan muntah adalah disebabkan oleh beberapa situasi seperti mabuk laut, mabuk kereta, mabuk apabila bergerak (dalam kenderaan), mabuk hamil atau disebabkan terhidu bau yang sangat busuk dan tidak menyenangkan.

Selain itu, keadaan mual dan muntah juga disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan seperti masalah bendalir dan elektrolit dalam badan, kepekatan kalsium yang tinggi dalam darah, kehilangan bendalir badan dalam jumlah yang banyak, keracunan (jumlah air dalam badan yang terlalu banyak), keracunan makanan, gangguan pada bahagian kelenjar adrenal, gangguan metabolik, ubat, seperti antikanser, kumpulan opiod, antibiotik, ubat untuk penyakit jantung kumpulan glikosida, bronkodilator (agen untuk memperluaskan saluran pernafasan).

Mual dan muntah turut disebabkan halangan pada saluran penghadaman (gastrousus), peningkatan tekanan intrakanial di bahagian sistem saraf pusat, radangan pada bahagian perut, metastasis otak, meninges dan hati, uremia (kandungan urea iaitu bahan beracun dalam darah), jangkitan setempat dan kehadiran kuman dalam darah (septisemia), rawatan radiasi terutamanya pada bahagian abdomen, radangan yang teruk pada bahagian mukosa, resah dan gelisah, sakit kepala (migrain), pening dan rasa berpusing (vertigo), hamil, penyakit batu karang, radang pada bahagian pankreas, hati atau apendik, ulser, kecederaan pada bahagian kepala.

Jika masalah mual dan muntah diiringi dengan pening dan demam, ini menunjukkan individu mungkin mengalami penyakit yang serius dan perlu merujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.

.

Bagaimana Mual dan Muntah Terjadi?

Muntah merupakan satu proses yang kompleks yang membabitkan bahagian otak dan sistem gastrousus manusia. Muntah terjadi melalui rangsangan yang dikawal oleh bahagian otak. Impuls aferen akan menghantar rangsangan ke bahagian pusat muntah yang terletak di bahagian otak melalui zon pencetus kemoreseptor (CTZ), farink, saluran gastrousus dan korteks serebral. Muntah berlaku apabila impuls inferen dari pusat muntah di hantar ke bahagian pusat peliuran, otot abdominal, pusat pernafasan dan saraf kranial.

Bahagian CTZ, pusat muntah dan saluran gastrousus mempunyai banyak reseptor neurotransmiter. Jika reseptor ini diaktifkan oleh bahan kimia yang tertentu, proses muntah akan berlaku. Di antara neuroreseptor yang terlibat dalam respons muntah termasuklah serotonin, asetikolin, kortikosterol, histamin, kanabonoid, opiod dan reseptor NK 1.

Agen-agen anti muntah boleh mencegah muntah dengan menghalang aliran impuls pada beberapa laluan saraf. Terdapat agen-agen antimuntah yang bertindak secara sinergestik (kerjasama) dengan agen-agen yang lain untuk meningkatkan kesan antimuntah. Oleh kerana setiap agen antimuntah bertindak ke atas reseptor yang tertentu, maka dalam keadaan yang tertentu, seperti dalam rawatan kanser tidak ada agen yang boleh mencegah sepenuhnya proses muntah. Satu keadaan di mana individu akan mengalami masalah mual dan muntah yang teruk ialah semasa individu menerima rawatan untuk penyakit kanser. Insiden dan keterukan mual atau muntah di kalangan pesakit yang menerima rawatan kanser bergantung kepada beberapa faktor seperti agen antikanser yang digunakan, jumlah agen antikanser yang diberikan, waktu administrasi dan kekerapan pemberian, saluran pemberian dan perbezaan tahap penerimaan individu.

Adalah dianggarkan sebanyak 70% hingga 80% pesakit-pesakit kanser yang menerima agen antikanser mengalami rasa mual dan muntah. Manakala 10% hingga 44% pesakit dijangka akan mengalami mual atau muntah.

.

Jenis-jenis muntah

Rasa mual dan masalah muntah seringkali dikategorikan sebagai keadaan;

i. akut (berlaku dengan tiba-tiba)
ii. lambat
iii. boleh dijangkakan
iv. breaktrough
v. sukar dikawal

Masa berlaku rasa mual dan muntah yang akut selalunya bermula dalam tempoh beberapa minit hingga beberapa jam selepas pemberian ubat dan mula reda dalam tempoh 24 jam. Kejadian masalah muntah boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti:

• umur
• jantina
• persekitaran semasa menerima rawatan ubat antikanser
• sejarah masalah alkoholisme (ketagihan alkohol)
• mabuk kenderaan
• episod mual dan muntah yang sebelumnya
• jumlah agen (yang diambil) yang boleh menyebabkan muntah
• keberkesanan agen antimuntah yang diambil

Masalah muntah dikatakan lambat berlaku jika ia dialami lebih daripada 24 jam selepas pemberian ubat antikanser. Di antara jenis ubat antikanser dalam kategori ini ialah cisplatin, karboplatin, siklofosfamida dan doksorubisin.

Mual dan muntah dalam kategori ‘anticipatory’ (boleh dijangkakan) berlaku sebelum pesakit menerima agen antikanser yang seterusnya. Masalah muntah hanya akan berlaku jika pesakit mengalami masalah muntah semasa menerima rawatan antikanser sebelum itu (pengalaman yang lepas). Insiden dalam kategori ini ialah dalam lingkungan 18% hingga 57% dan kejadian mual adalah lebih biasa dialami pesakit berbanding dengan muntah. Pesakit-pesakit yang muda pula lebih mudah mengalami keadaan ini kerana menerima rawatan antikanser yang lebih agresif dan secara amnya sukar mengawal masalah mual dan muntah berbanding golongan tua.

Masalah muntah dalam kategori breaktrough biasanya dikaitkan dengan muntah yang berlaku walaupun diberi rawatan profilaktik (untuk mencegah muntah) dan memerlukan rawatan untuk merawat muntah.

Muntah refraktori sukar dikawal dan dikaitkan dengan muntah yang berlaku semasa rawatan antikanser susulan, apabila rawatan profilaktik antimuntah dan rawatan merawat muntah gagal semasa rawatan kanser yang awal.

Muntah refraktori sukar dikawal dan dikaitkan dengan muntah yang berlaku semasa rawatan antikanser susulan, apabila rawatan profilaktik antimuntah dan rawatan merawat muntah gagal semasa rawatan kanser yang awal.

.

Agen Antimuntah

Secara umum, terapi antimuntah untuk pesakit kanser harus dimulakan sebelum rawatan antikanser dan disambung sepanjang tempoh rawatan penyakit kanser. Ia bertujuan untuk memastikan pencegahan atau perlindungan yang maksimum terhadap masalah muntah. Agen-agen antimuntah boleh diberikan melalui mulut, dubur, saluran vena (intravena) atau saluran otot (intraotot). Antara agen-agen antimuntah yang digunakan dalam perubatan lain:

1. Agen-agen yang lama

• fenotiazin
• benzamida
• antihistamin
• butirofenon
• kortikosteroid
• benzodiazepin
• kanabinoid

2. Agen yang baru

• ondansetron
• granisetron
• dolasetron mesilat

Perhatian: Adalah diingatkan kepada orang ramai bahawa agen antimuntah yang digunakan dalam rawatan penyakit kanser harus dipreskripsikan oleh doktor dan pesakit mesti mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan.

.

Matlamat Rawatan

Matlamat rawatan dalam keadaan ini ialah mengurangkan ketidakselesaan disebabkan oleh mual dan muntah, mencegah dehidrasi (kehilangan air dan garam galian) dan mengenal pasti serta merawatan punca kejadian mual serta muntah. Masalah mabuk perjalanan apabila menggunakan kenderaan seperti kapal terbang, kereta ataupun bot/kapal boleh diatasi dengan memperbetulkan kedudukan semasa berada di dalam kenderaan tersebut. Selain itu, pastikan individu menghirup udara segar sepanjang perjalanan.

Untuk merawat muntah, ada beberapa garis panduan yang harus diikuti:

• Elakkan memakan makanan pejal, susu, kopi dan jus sitrus.
• Minum minuman bergas, jus buah-buahan dan berais sedikit demi sedikit.
• Makan makanan dengan kerap dalam jumlah yang sedikit sepanjang hari.
• Elakkan mengambil makanan yang pedas.
• Kerap mandi dan minum untuk mengelakkan kekeringan tubuh.
• Elakkan makanan yang berminyak dan berlemak.

Terdapat banyak jenis rawatan untuk mual dan muntah tetapi rawatan yang tepat bergantung kepada faktor penyebab kejadian mual dan muntah. Masalah mabuk apabila bergerak seperti mabuk laut, mabuk kereta dan sebagainya boleh berlaku pada semua peringkat umur tetapi ia kerap berlaku pada kanak-kanak yang berumur bawah tujuh tahun.

Gangguan atau sakit perut kerapkali menyebabkan mual dan muntah. Jika masalah ini dihadapi bersama sakit yang teruk, demam kuat, pembengkakan atau pening, pemeriksaan yang terperinci oleh doktor perlu dilakukan dengan segera. Individu tersebut mungkin mengalami masalah batu karang, radang pankreas, radang hati, ulser atau ketumbuhan.

Diantara ubat-ubat yang boleh digunakan untuk merawat masalah mual dan muntah ialah:

• Dimenhidrinat
• Dolasetron Mesilat
• Dronabinol
• Granisetron Hidroklorida
• Meklizin hidroklorida
• Metoklopramida Hidroklorida
• Prokloperazin Maleat
• Prometazin Hidroklorida
• Trimetabenzamida Hidroklorida

Masalah mual dan muntah juga boleh bertindak sebagai pelindung kepada tubuh badan seperti apabila terhidu bau makanan yang sudah basi atau termakan makanan yang telah dikontaminasi oleh kuman. Dalam keadaan seperti di atas, individu akan mengelak daripada memakan makanan tersebut kerana berasa loya atau tubuh akan bertindak untuk memuntahkan kembali makanan yang telah tercemar setelah di dimakan.

Sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan mual dan muntah. Masalah ini juga bergantung kepada sensitiviti individu terhadap ubat tersebut. Sejarah masa lalu individu dapat membantu doktor untuk mempreskripsi ubat yang sesuai untuk individu tersebut. Jika individu mengalami kesan sampingan mual dan muntah apabila memakan ubat-ubat tertentu, individu tersebut dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

.

Pilihan Rawatan

Rawatan untuk masalah mual dan muntah yang berkaitan dengan mabuk perjalanan dan masalah keseimbangan perlu diambil sebelum mengalami simtom tersebut (aktiviti pencegahan). Di antara ubat yang boleh digunakan ialah meklizin, dimenhidrinat dan skopolamin.

Ubat-ubat yang digunakan untuk merawat mual dan muntah yang berkait dengan kesan sampingan ubat antikanser, terapi radiasi, ubat bius dan migrain ialah metoklopramid, prometazin, ondan-sentron dan granisetron.

Wanita yang hamil sering mengalami masalah mabuk hamil dan akan kerap berasa mual dan muntah. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa dalam sehari, biasanya dalam awal tempoh hamil dan akan reda mulai bulan ketiga. Individu dinasihatkan supaya memakan makanan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap, elakkan makanan yang pedas dan banyak meminum air serta mandi dengan kerap

Posted on

Penyakit Sawan Semasa Mengandung: Risiko, Rawatan & Penjagaan Ibu dan Bayi

Penyakit Sawan Semasa Mengandung: Risiko, Rawatan dan Penjagaan Ibu & Bayi

Kebanyakan wanita yang mempunyai penyakit sawan, yang juga dikenali sebagai epilepsi, boleh mengandung secara normal dan seterusnya melahirkan bayi yang sihat. Namun begitu, penyakit sawan memerlukan perhatian khusus kerana kehamilan boleh mempengaruhi kekerapan serangan sawan dan keberkesanan ubat antisawan.

Jika anda mempunyai epilepsi dan merancang untuk mengandung, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor lebih awal. Pakar perubatan dalaman atau pakar neurologi boleh membantu merancang rawatan sebelum, semasa dan selepas kehamilan bagi mengurangkan risiko kepada ibu dan bayi.

Di hospital dengan kemudahan perubatan yang lengkap seperti Hospital USM, ibu hamil dengan penyakit sawan boleh mendapatkan penjagaan antenatal bersama doktor pakar. Pemantauan secara berkala membantu memastikan kesihatan ibu dan perkembangan janin berada pada tahap yang optimum.

Artikel ini menerangkan perkara penting berkaitan epilepsi semasa mengandung, termasuk:

  • Persediaan sebelum mengandung.
  • Risiko penyakit sawan terhadap ibu dan bayi.
  • Rawatan dan pemantauan semasa mengandung.
  • Kaedah kelahiran bagi ibu yang mempunyai epilepsi.
  • Penjagaan ibu dan bayi selepas bersalin.

Penyakit Sawan dan Wanita

Sel saraf di dalam otak menghasilkan isyarat elektrik yang bertanggungjawab menghantar maklumat ke seluruh anggota badan. Isyarat ini penting untuk mengawal fungsi dan pergerakan badan. Bagi seseorang yang mempunyai penyakit sawan atau epilepsi, aktiviti elektrik otak boleh terganggu dan menyebabkan pelbagai manifestasi seperti perubahan tingkah laku, kekejangan otot dan serangan sawan.

Perubahan hormon wanita, terutamanya estrogen dan progesteron, boleh mempengaruhi serangan sawan. Perubahan paras hormon semasa kehamilan boleh menyebabkan kekerapan serangan sawan meningkat, berkurang atau kekal seperti biasa. Corak serangan juga mungkin berubah semasa mengandung dan dalam tempoh awal selepas bersalin.

Ubat antisawan atau antiepilepsi digunakan untuk mengawal serangan sawan. Sesetengah pesakit mungkin memerlukan lebih daripada satu jenis ubat sebelum doktor menentukan rawatan yang paling sesuai dan berkesan.

Persediaan Sebelum Mengandung

Wanita yang mempunyai epilepsi dan merancang untuk mengandung dinasihatkan berbincang dengan doktor terlebih dahulu. Jangan menghentikan atau mengurangkan dos ubat antisawan sendiri kerana serangan sawan yang tidak terkawal boleh mendatangkan risiko kepada ibu dan janin.

Dalam keadaan tertentu, doktor mungkin mempertimbangkan pengurangan dos ubat secara berperingkat jika pesakit tidak mengalami serangan sawan untuk tempoh tertentu. Dalam keadaan lain, doktor mungkin tidak mengesyorkan pengurangan dos atau mungkin menukar kepada jenis ubat antisawan yang lebih sesuai.

Sesetengah ubat antisawan boleh meningkatkan risiko kecacatan pada janin. Walau bagaimanapun, serangan sawan yang tidak terkawal juga boleh membahayakan ibu dan bayi. Oleh itu, pakar perbidanan serta pakar perubatan dalaman atau neurologi akan membantu menentukan jenis dan dos ubat antisawan yang paling sesuai semasa kehamilan.

Asid Folik Sebelum dan Semasa Kehamilan

Sesetengah ubat antisawan boleh mempengaruhi penggunaan asid folik oleh badan. Kekurangan asid folik semasa awal kehamilan boleh meningkatkan risiko kecacatan tertentu pada janin.

Oleh itu, wanita yang mengambil ubat antisawan dan berpotensi untuk mengandung disarankan mendapatkan nasihat doktor mengenai pengambilan asid folik setiap hari. Dos asid folik yang sesuai perlu ditentukan berdasarkan keadaan kesihatan dan ubat yang digunakan.

Pakar pemakanan atau pegawai dietetik di hospital juga boleh membantu dalam merancang pemakanan yang seimbang serta mengenal pasti sumber makanan yang kaya dengan asid folik.

Risiko Penyakit Sawan kepada Ibu Semasa Mengandung

Kekerapan serangan sawan boleh berubah semasa kehamilan. Sesetengah wanita mungkin mengalami serangan yang lebih kerap, manakala sebahagian yang lain tidak mengalami perubahan atau menjadi lebih terkawal.

Perubahan fisiologi badan, hormon dan metabolisma semasa kehamilan boleh mempengaruhi paras ubat antisawan dalam darah. Jika serangan sawan menjadi semakin kerap, doktor mungkin melakukan pemantauan dan ujian darah bagi menilai paras serta keberkesanan ubat yang digunakan.

Pemantauan secara berkala amat penting bagi memastikan sawan kekal terkawal dan rawatan dapat disesuaikan mengikut perubahan keadaan ibu sepanjang kehamilan.

Risiko Epilepsi dan Ubat Antisawan kepada Bayi

Secara keseluruhan, risiko kecacatan kelahiran dalam populasi umum adalah sekitar 2 hingga 3%. Bagi wanita yang mempunyai penyakit sawan, risiko tersebut boleh menjadi lebih tinggi dan turut dipengaruhi oleh jenis serta dos ubat antisawan yang digunakan.

Antara komplikasi atau masalah yang boleh dikaitkan dengan penyakit sawan dan rawatan tertentu termasuk:

  • Sumbing bibir dan lelangit.
  • Kecacatan tiub neural seperti spina bifida.
  • Berat lahir yang rendah.
  • Saiz kepala yang kecil.
  • Masalah pertumbuhan dan perkembangan.
  • Masalah perkembangan kognitif.
  • Masalah pembekuan darah bagi keadaan atau ubat tertentu.
  • Peningkatan risiko sawan pada masa hadapan dalam sesetengah keadaan.

Risiko sebenar berbeza mengikut jenis epilepsi, kekerapan serangan, jenis dan dos ubat antisawan serta faktor kesihatan ibu yang lain. Oleh itu, penilaian doktor adalah penting sebelum dan sepanjang kehamilan.

Kelahiran bagi Ibu yang Mempunyai Penyakit Sawan

Kebanyakan wanita yang mempunyai epilepsi boleh melahirkan bayi secara normal. Penyakit sawan sahaja biasanya bukan sebab untuk melakukan kelahiran secara pembedahan.

Kelahiran secara pembedahan atau caesarean section biasanya dipertimbangkan apabila terdapat sebab obstetrik atau keadaan perubatan tertentu yang memerlukannya. Kaedah kelahiran akan ditentukan oleh doktor berdasarkan keadaan ibu dan bayi.

Penjagaan Selepas Bersalin

Selepas bersalin, perubahan fisiologi badan apabila kembali kepada keadaan sebelum mengandung boleh mempengaruhi paras ubat antisawan. Oleh itu, dos atau jenis ubat mungkin perlu dinilai semula oleh doktor.

Sesetengah ubat antisawan juga boleh mempengaruhi keberkesanan kaedah perancangan keluarga berasaskan hormon. Wanita yang tidak merancang kehamilan seterusnya perlu berbincang dengan doktor bagi memilih kaedah kontraseptif yang paling sesuai dan berkesan.

Vitamin K untuk Bayi

Selepas kelahiran, bayi biasanya diberikan vitamin K bagi membantu sistem pembekuan darah. Bagi ibu yang mengambil sesetengah jenis ubat antisawan, doktor mungkin memberikan perhatian khusus terhadap risiko masalah pembekuan darah pada bayi.

Penyusuan Susu Ibu

Dalam kebanyakan keadaan, penyusuan susu ibu boleh dipertimbangkan bagi ibu yang mengambil ubat antisawan. Walaupun hanya sebahagian ubat boleh masuk ke dalam susu ibu, kesesuaian penyusuan bergantung kepada jenis ubat, dos dan keadaan bayi.

Ibu disarankan mendapatkan nasihat doktor yang merawat sebelum membuat keputusan berkaitan penyusuan dan ubat antisawan. Jangan menghentikan ubat secara sendiri kerana kawalan sawan yang baik tetap penting selepas bersalin.

Soalan Lazim tentang Penyakit Sawan Semasa Mengandung

Adakah wanita yang mempunyai epilepsi boleh mengandung?

Ya. Kebanyakan wanita yang mempunyai epilepsi boleh mengandung dan melahirkan bayi yang sihat. Namun, kehamilan perlu dirancang bersama doktor supaya penyakit sawan dan penggunaan ubat dapat dipantau dengan baik.

Adakah ubat antisawan selamat semasa mengandung?

Keselamatan bergantung kepada jenis dan dos ubat antisawan. Sesetengah ubat mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap janin. Walau bagaimanapun, menghentikan ubat tanpa nasihat doktor boleh menyebabkan serangan sawan yang membahayakan ibu dan bayi.

Perlukah saya berhenti mengambil ubat sawan jika mahu mengandung?

Tidak. Jangan berhenti atau mengubah dos ubat antisawan tanpa arahan doktor. Jika merancang kehamilan, bincangkan perkara ini dengan pakar perubatan dalaman atau pakar neurologi seawal mungkin.

Bolehkah ibu yang mempunyai epilepsi bersalin secara normal?

Ya. Kebanyakan ibu dengan epilepsi boleh bersalin secara normal. Kelahiran secara pembedahan biasanya dilakukan jika terdapat sebab obstetrik atau keadaan perubatan tertentu.

Bolehkah ibu yang mempunyai epilepsi menyusukan bayi?

Dalam banyak keadaan, penyusuan susu ibu boleh dilakukan. Namun, keputusan bergantung kepada jenis dan dos ubat antisawan serta keadaan ibu dan bayi. Dapatkan nasihat doktor yang merawat sebelum membuat perubahan terhadap ubat atau penyusuan.

Kesimpulan

Penyakit sawan semasa mengandung memerlukan pemantauan yang teliti, tetapi epilepsi tidak semestinya menghalang seseorang wanita daripada mempunyai kehamilan dan kelahiran yang sihat. Perancangan kehamilan, pemilihan ubat antisawan yang sesuai, pengambilan asid folik, pemantauan kesihatan ibu dan janin serta penjagaan selepas bersalin merupakan aspek penting dalam pengurusan epilepsi.

Jika anda mempunyai penyakit sawan dan merancang untuk mengandung, berjumpalah dengan doktor lebih awal untuk mendapatkan nasihat yang sesuai dengan keadaan kesihatan dan rawatan anda.