Pada Sabtu 2hb. April 2010 lalu, saya telah menyertai rombongan usahawan Era Edar Marketing Sdn Bhd (ERA EDAR) dari Kuala Lumpur ke Jitra, Kedah sempena sambutan 10 tahun syarikat ERA EDAR.
Saya menyertai rombongan tersebut sebagai wakil rasmi perniagaan EDARAN SALINDAH yang merupakan wakil jualan produk keluaran ERA EDAR seperti Salindah & Examo.
Satu daripada aktiviti rombongan kami adalah melawat kilang Homeopati pertama di Asia Tenggara milik Kumpulan Syarikat Dr. Azizan (KUSDA) yang terletak di Taman Industri KEDA, Napoh, Jitra, Kedah.
Kilang tersebut adalah Homeopathic Laboratories (M) Sdn. Bhd (HOMEOLAB). ERA EDAR & HOMEOLAB merupakan sebahagian dari subsidari KUSDA. HOMEOLAB adalah kilang yang mengilangkan produk Salindah & Examo serta rangkaian produk lain.
Berikut adalah beberapa foto yang saya rakamkan dari kamera compact saya.
PERJALANAN
Masjid Al-Muttaqin, Bandar Baru Darulaman, Jitra,Kedah – lokasi pertama kami semasa sampai ke Jitra pada awal Subuh.
UCAPAN ALUAN
Rombongan kami adalah yang ke-131 melawat kilang HOMEOLAB.
Lokasi HOMEOLAB dari foto satelit.
Dr. (H) Hj. Jamaludin bi Mat Piah , Pengarah Urusan ERA EDAR sedang menyampaikan ucapan aluan & sejarah HOMEOLAB. Ringkas tapi penuh dengan kata-kata motivasi.
Sebahagian dari rombongan luar negara yang pernah melawat HOMEOLAB.
HOMEOLAB bermula dengan pelaburan tunai tanpa sebarang pinjaman sebanyak RM100,000 dan kini ia bernilai RM6.4 juta hasil dari usaha Melabur Semula Keuntungan yang diperoleh.
PRODUK
Produk popular Examo
Produk popular Salindah: Salindah-Set Lengkap (Edisi Istimewa Terhad)
“EXAMO UNTUK STAFF”. Mereka bukan saja buat dan suruh orang lain guna, tetapi mereka juga menggunakannya. Baru Betul!
Produk istimewa; CD ceramah Ustaz Mohammad Kazim bin Elias Al Hafiz yang dirakamkan di premis ERA EDAR / HOMEOLAB.
DEMO PRODUK COKLAT
Nampak macam senang aja buat coklat; kalau orang dah hulur tu, makan saja la…
DEMO PRODUK GROWELL
Satu daripada mesin untuk melaksanakan proses pembuatan produk makanan bayi Growell.
Oh begitu rupanya…
PERALATAN KILANG
Sebahagian dari kenderaan milik kilang HOMEOLAB
Produk Homeopati Examo ni sensatif, tak boleh pegang dengan tangan masa nak makan atau letak tempat yang berbau kuat, nanti rosak khasiatnya… Itu kata kakitangan makmal HOMEOLAB.
CASA HAMDA
Pada sebelah petangnya, kami telah di bawa ke Casa HAMDA untuk sesi ramah mesra bersama Prof. Dr. Hjh. Hamsiah Ismail, Penasihat/CEO KUSDA Holdings Berhad.
Kediaman rasmi keluarga Allahyarham Prof. Dr. Azizan (pencipta produk popular Salindah & Examo). Casa HAMDA adalah gabungan nama Prof. Dr. Hjh. Hamsiah (HAM) & Prof. Dr. Azizan (DA).
Ini betul-betul unik & istimewa; alamat Casa HAMDA bernombor 370 iaitu harga Salindah Set Lengkap (original)! Bukan satu kebetulan, tentu ada kisah suka dan duka Allahyarham Prof. Dr. Azizan & Prof. Dr. Hjh Hamsiah yang mereka tempuhi dalam mengembangkan sistem perubatan Homeopati terutamanya produk Salindah dan Examo.
Rombongan kami bergambar kenangan di depan Casa HAMDA.
Alhamdulillah, walaupun penat tetapi banyak ilmu yang dapat saya peroleh. Bukan satu kerja mudah untuk Allahyarham Prof. Dr. Azizan bersama isteri Prof. Dr. Hjh. Hamsiah mengembangkan sistem perubatan Homeopati kepada masyarakat umum, ia tidak semudah seperti apa yang dapat dilihat sekarang…