Cara Makan Examo – Untuk bayi & kanak-kanak
Klik untuk tonton video:
Adakah Examo sesuai untuk Pelajar & Orang Dewasa? Jawapannya di sini
Jadual cara makan Examo, rujuk di sini
* Set Kombo Examo-CKM500: sesuai sebagai hadiah
>> Info lanjut produk & tempahan, klik di sini
.
>> Info lanjut produk & tempahan, klik di sini
.
Contoh Situasi:
Pada hari biasa, amalan pengambilan Examo untuk pelajar SPM (umur 18 tahun) adalah 3 kali sehari pada minggu pertama.
Tiga (3) slot masa untuk amalkan adalah pada sebelah Pagi (slot-1), Tengah hari (slot-2) & Malam (slot-3).
Jumlah tablet yang perlu diambil pada setiap slot adalah 4 biji.
JUMLAH SEHARI 12 biji
Penyelesaian cara makan di bulan puasa:
JUMLAH SEHARI 12 biji
Harap panduan ini dapat membantu anda.

.

Kaedah Pengambilan Examo
Katakan yang pengamalnya ialah kanak-kanak sekolah berumur 8 tahun, maka kuantiti yang perlu diambil ialah 3 biji bagi setiap kali ambil dimana pada minggu pertama kekerapannya ialah 3 kali sehari (contohnya: pagi, tengahari & petang). Minggu ke dua & ke tiga 2 kali sehari. Minggu ke empat dan seterusnya, sekali sahaja sehari.
Nota:
Jika anak anda (kanak-kanak berumur 8 tahun seperti contoh di atas) tidak dapat mengambil sebelah tengahhari (pada minggu pertama) kerana kesuntukan masa untuk ke sekolah, bolehlah mengambilnya sebelah pagi 4 biji & sebelah petang / malam 5 biji bagi mencukupkan 9 biji sehari.
Jadual Cara Makan
| Umur | _Kuantiti | ||
| _Bayi kurang 1 tahun | _1 biji | ||
| _Kanak-kanak (1-7 tahun) | _2 biji | ||
| _Kanak-kanak (7-14 tahun) | _3 biji | ||
| _Dewasa (14 tahun ke atas | _4 biji | ||
| _Minggu | _Kekerapan | ||
| _Minggu pertama | _3 kali sehari | ||
| _Minggu ke-2 dan ke-3 | _2 kali sehari | ||
| _Minggu ke-4 dan seterunya | _1 kali sehari |
Info lanjut, rujuk cara makan Examo-CKM500.

_
DI ALAM PERSEKOLAHAN: Masalah yang paling kerap dialami oleh para pelajar ialah lupa, kurang tumpuan, lembam, malas, jemu dan bosan, letih, murung, hiperaktif dan sebagainya. Bebanan pelajaran boleh menyebabkan berlakunya stres dan migrain di kalangan pelajar. Persekitaran seperti sekolah, guru, rakan, keluarga dan tanggungjawab sebagai pelajar memberi kesan yang lebih terhadap psikologi mereka.
Pada fasa inilah juga para pelajar kerap berhadapan dengan ujian dan peperiksaan formal seperti UPSR, PMR, SPM atau tahap pengajian yang lebih tinggi lagi seperti Diploma atau Ijazah. Para pelajar disarankan menggunakan EXAMO-CKM500 yang berfungsi untuk menguatkan ingatan, menambah tenaga mental, mencerdaskan serta mendatangkan ketenangan..
EXAMO membantu meningkatkan kecerdasan minda, sesuai untuk semua peringkat usia dari bayi hinggalah usia emas:
Bayi & Kanak-Kanak
Mengekalkan perkembangan minda dan sahsiah. Mengurangkan keresahan dan ragam tangis. Mempercepatkan berjalan dan bertutur. Mengayakan perbendaharan kata dengan cepat. Makan 3 kali sehari.
Pelajar
Menjadi kemestian kepada setiap pelajar. Membantu menghadapi pelajaran dan peperiksaan. Menambah kecerdasan dan daya ingatan.
Remaja Lelaki & Perempuan
Memberi ketenangan fikiran, membantu membuat keputusan, menghadapi pelajaran, sebarang ujian, temuduga. Menambah kecerdasan, daya ingatan & tumpuan.
Dewasa Lelaki
Istimewa bagi mereka yang berkerjaya, tugas berat dan mencabar. Menenangkan fikiran dan menambah daya berfikir, kreativiti & ilham. Nutrisi minda generasi berprestij dan bergaya lasak.
Dewasa Perempuan
Istimewa bagi wanita berkerjaya, tugas berat dan mencabar. Menenangkan fikiran dan menambah daya berfikir, kreativiti & ilham. Nutrisi minda generasi berprestij dan bergaya lasak.
Perempuan Hamil
Makanlah sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh bersalin. Makan 4 biji 3 jkali setiap hari.
Usia Emas Lelaki
Meneguhkan ingatan, mencegah penyakit Alzheimer (nyanyuk), menenangkan fikiran dan perasaan. Melambatkan proses kemusnahan sel otak dan saraf. Makan 3 kali sehari.
Usia Emas Perempuan
Meneguhkan ingatan, mencegah penyakit Alzheimer (nyanyuk), menenangkan fikiran dan perasaan. Melambatkan proses kemusnahan sel otak dan saraf. Makan 3 kali sehari
EXAMO berusia 30 tahun pada 2009
Allahyarham Prof. Dr. Azizan Ismail, berdasarkan pengalaman beliau sebagai pembina soalan, pemeriksa skrip jawapan hinggalah kepada pemarkahan, beliau menyedari bahawa pencapaian anak bangsa agak jauh ketinggalan di dalam setiap peperiksaan berbanding dengan pelajar bukan Melayu.
.
Dari situlah beliau memecut obsesi untuk engkaji bidang ingatan dan lupa serta kecerdasan. Sekiranya pokok boleh subur jika diberi baja yang sesuai, otak manusia pun begitu juga. Beliau mula mencium kejayaan mencungkil rahsia kelemahan pelajar Melayu apabila mempelajari ilmu perubatan Biokimia Schuessler pada tahun 1978. Kebodohan, lupa, putus asa, hilang semangat, malas, takut gagal, lemah daya saing, misalnya adalah simptom kesihatan mental terganggu adalah akibat ketidak seimbangan garam mineral (garam tisu).
Mengenangkan ia produk yang baru lagi (pada ketika itu), kajian berterusan telah dilakukan, semata-mata untuk mengetahui juzuk garam tisu yang paling sesuai dan tepat. Dalam tempoh inilah berlakunya beberapa perubahan di sana dan sini hanyalah semata-mata untuk mencari formula paling tepat yang boleh dimanfaat oleh masyarakat. Pencarian dan kajian ini terhenti pada tahun 1986, setelah Prof. Dr. Azizan Ismail berpuashati dengan keberhasilan kajian dan testimoni pengguna produk EXAMO-CKM500. Jadi EXAMO-CKM500 telah memenuhi standardnya yang tersendiri. Bertitik tolak dari itulah formulasi EXAMO-CKM500 terus kekal sehinggalah ke hari ini. 30 tahun telah berlalu, kerahsiaan formulasi produk itu tetap dijaga sehingga kini.
.
Isi Kandungan: 450 Biji
Tempoh Penggunaan: 3 Bulan hingga 1 Tahun
Kesesuaian: Semua peringkat usia dari bayi hingga orang dewasa
Tulen Sejak 1978
EXAMO-CKM500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrient untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental, takut, cemas, runsing, memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan, menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak. EXAMO-CKM500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak. Rumusan EXAMO-CKM500 mengandungi garam tisu biokimia triturate Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap.
.
Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga dibelanjakan maka kian berkuranganlah, timbullah keadaan-keadaan seperti:
1. Lesu
2. Lemah
3. Mengantuk
4. Sengal otot dan sendi
5. Lapar dan Dahaga
6. Marah-marah
7. Tidak dapat meneruskan kerja
Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut, tenaga dapat dipulihkan.
.
Mengikut kajian ada 3 cara bagi memulihkan tenaga, iaitu:
1. Memberi semangat dan perangsang.
2. Beristirehat
3. Makan dan Minum
.
Seseorang pelumba lari jarak jauh (Marathon) akan manjadi letih tidak bermaya selepas berlari beberapa kilometer, tetapi apabila diberi perangsang dengan tepukan orang ramai bertambahlah semangat dan kekuatannya untuk meneruskan larian. Demikian juga galakan perangsang yang diberikan oleh penonton dan penyokong kepada satu pasukan bolasepak akan dapat menimbulkan tenaga baru pasukan itu dan meneguhkan semangat juangnya.
.
Setelah banyak bekerja seseorang akan terasa letih dan tidak bermaya. Dengan cara beristirehat tenaga yang hilang akan dapat dipulihkan. Selepas beristirehat bolehlah ia meneruskan kerjanya.
.
Makan dan minum boleh memulihkan tenaga yang telah digunakan semasa bekerja. Apa yang harus dimakan?
Yang harus dimakan ialah benda-benda yang boleh memberi tenaga seperti gula, nasi, kanji, bubur, gandum, teh dan sebagainya.
.
Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat. Bila otak melakukan kerja-kerja ringan seperti membaca, mengira mudah dan menulis, ia cuma melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit sahaja. Bila mana pula ia melakukan kerja-kerja berat seperti membuat analisis-analisi, merangka strategi dan sebagainya, maka sudah tentulah banyak tenaga yang digunakan.
Bila tenaga otak telah digunakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Apabila tenaga itu berkurang, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:
1. Perasaan gementar, cemas dan bimbang
2. Bersifat pesimis dan bersikap negatif
3. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri
4. Selalu letih dan tidak bertenaga
5. Sering diganggu kesedihan tidak menentu
6. Serabut fikiran dan kelesuan otak
7. Lemah daya berfikir dan rasa malas
8. Mudah lupa dan rasa jemu
9. Kurang daya tumpuan
Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut tenaga otak perlu dipulihkan.
.
Seperti juga tenaga fizikal, ada 3 cara bagi memulihkan tenaga otak, iaitu:
1. Memberikan semangat dan perangsang
2. Berisitirehat
3. Makan dan Minum
.
Seseorang yang menggunakan psikologi dapat menolong membaiki prestasi murid-muridnya dengan kata-kata perangsang, seperti “Jangan Putus Asa. Cuba Lagi. Saya Yakin Kamu Boleh Berjaya.”
Seorang ayah menasihati anaknya dengan kata-kata, “Ayah faham mata pelajaran ini susah sedikit tetapi setiap yang susah itu sudah pasti ada jalan mengatasinya”. Kata-kata perangsang begini boleh membuat anaknya itu bersemangat kembali dan terus maju. Tetapi masalahnya, sampai bilakan seseorang itu mengharapkan diberi semangat dan perangsang oleh orang lain? Semangat dan perangsang seharusnay datang dari dalam diri.
.
Bila sudah banyak bekerja menggunakan otak, dengan beristirehat akan dapat memulihkan sedikit tenaga otak itu. Tetapi hasil kajian menunjukkan otak terpaksa terus bekerja walaupun tubuh dalam keadaan rehat.
Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof. D. Samuel dan rakan-rakanya dari Institut Weismann di Israel, didapati pada satu-satu ketika, otak melakukan antara 1000,000 hingga 1,000,000 tindak balas elektrokimia. Oleh itu, otak sebenarnya kurang dapat berehat.
.
Seperti juga dengan tubuh, tenaga otak juga boleh dipulihkan dengan makanan. Makanan otak digelar nutrien saraf.
Apakan nutrien saraf yang dapat memulihkan tenaga otak? Jawapannya akan diberikan kemudian nanti.
.
Ada orang berpendapat, kecerdasan akal seseorang bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Dengan kata lain, kalau otak itu banyak sel neuron, maka cerdaslah (tinggi I.Q) orang itu.
Adakah benar pendapat ini? Pendapat itu adalah salah.
.
Kecerdasan akal (I.Q) seseorang itu tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel neuron dalam sesebuah otak.
Prof. Pyotr Anokhin dari Rusia dan rakan-rakan penyelidikannya mendapati bilangan neuron bukanlah faktor yang menentukan tinggi atau rendahnya tahap kecerdasan akan seseorang.
Menurut penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, yang mempengaruhi kecerdasan akal seseorang ialah jumlah hubungan (connections) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit (dendtritic fibres) di neuron. Otak yang cerdas ialah banyak membentuk hubungan atau jalinan di antar ramisaraf-ramisaraf dendrit.
Untuk membentuk hubungan atau jalinan yanb banyak, otak itu mestilah mempunyai banyak ramisaraf. Beruntunglah orang yang mempunyai banyak ramisaraf dendrit, sebab akalnya cerdas.
Bagaimana dengan orang yang kurang cerdas? Bolehkah digalakkan pertubuhan ramisaraf dendrit otak?
Jawabnya: BOLEH
.
Kajian Prof. Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh mengalakkan ranting-rantingnya tumbuh dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.
Menurut penyelidikan Dr. W.H. Schusessler, seorang pakar biokimia bangsa Jerman menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau Zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia. Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan, maka Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail telah berjaya merumuskan sejenis rumusan biokimia istimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM500.
.

.

.
Semua aktiviti otak berfikir, mengingat, menyimpan maklumat, merenung dan mengkaji masalah, menumpu perhatian dan lain-lain adalah proses hasil tindakbalas elektrokimia.
Dari situ kita boleh faham bahawa, untuk melakukan sesuatu aktiviti mental, otak memerlukan bahan kimia bagi menimbulkan impuls elektrik yang berlari melalui ramisaraf dendrit neuron dan akson. Sama halnya dengan sebuah bateri. Ketahuilah, EXAMO-CKM500 membekalkan bahan kimia yang diperlukan itu.
Sama seperti baja untuk pokok yang mesti dirumus menurut keperluan optimum pokok, demikian juga EXAMO-CKM500 dirumus istimewa bagi memenuhi keperluan otak untuk tujuan mendapatkan kesan baik paling maksimum.
EXAMO-CKM500 adalah dijamin paling berkesan, suci dan halal. Ia tidak mengandungi dadah dan dengan dengan itu tidak boleh mendatangkan kesan sampingan, tidak membahayakan kesihatan, tidak menimbulkan ketagihan. EXAMO-CKM500 telah diujikaji oleh pihak Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Masyarakat di England (Department of Health and Society Security, England).
EXAMO-CKM500 selamat untuk kegunaan semua peringkat sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga ibu yang hamil. Para sainti mendapati bahawa otak manusia mengandungi antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel otak neuron yang berfungsi. Setiap hari beribu-ribu sel di dalam tubuh dan otak akan mati. Tetapi sel-sel otak (neuron) yang mati tidak akan diganti dengan sel-sel baru. Ketahuilah menurut kajian, zat Kalium Posfat dan Megnesium Fospat bertindfak melambatkan kematian sel-sel otak ini.
Di dalam EXAMO-CKM500 ke semua rumusan diperbuat daripada bahan-bahan bersih lagi suci mengikut The British Homeopathic Pharmacoposia dengan menggunakan kaedah triturasi. Triturasi adalah kaedah pembuatan paling saintifik yang menghasilkan nutrien yang mudah cerna.
Sejak dipasarkan kepada umum pada tahun 1983, EXAMO-CKM500 telah mendapat sanjungan dan banyak digunakan oleh kanak-kanak tadika, penuntut sekolah, kolej dan universiti sama ada dalam negeri mahupun luar negeri.
.
a. Meningkatkan Kecerdasan akal
Penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, menunjukkan bahawa kecerdasan bergantung kepada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrid neuron. EXAMO-CKM500 merupakan baja penyubur.
b. Memulihkan tenaga mental
Tenaga mental dalam bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak daripada kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmiter yang terdiri daripada ion-ion K, Mg, Na, Ca, Cl dan lain-lain.
c. Membasmi masalah lupa
Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam otak perlu ada laluab naklumat baru dan perbanyakkan siratan ramisaraf dendrit.
.
.
Cara Makan:
Dikemam dalam mulut
Umur & Kuantiti
Bayi kurang 1 tahun …………………….. 1 biji
Kanak-kanak (1-7 tahun) ………………. 2 biji
Kanak-kanak (7-14 tahun) …………….. 3 biji
Dewasa (14 tahun ke atas ………………. 4 biji
Minggu & Kekerapan
Minggu pertama ………………………….. 3 kali sehari
Minggu ke-2 dan ke-3 …………………… 2 kali sehari
Minggu ke-4 dan seterunya ……………. 1 kali sehari
.
.
Isi: 16 Biji
Tempoh Penggunaan: 4 Bulan
Kesesuaian:
Semua peringkat. Istimewa bagi yang sedang belajar dan membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan.
Kesan kegunaan
Membantu melekaskan tindakan EXAMO-CKM500 terhadap diri seseorang yang agak lembab menerima kesan baik EXAMO-CKM500. Peranannya sama seperti pemangkin (catalyst).
.
.
Tiada
.
1 biji 1 kali seminggu
.