Info Produk

Tip Examo

menempa-kejayaan-ke-arah-generasi-yang-cemerlang

 

Kaedah Pengambilan Examo

  • Kuantiti (berapa biji) & kekerapan (berapa kali sehari) bergantung kepada umur pengamalnya serta minggu mengamalkannya.

Katakan yang pengamalnya ialah kanak-kanak sekolah berumur 8 tahun, maka kuantiti yang perlu diambil ialah 3 biji bagi setiap kali ambil dimana pada minggu pertama kekerapannya ialah 3 kali sehari (contohnya: pagi, tengahari & petang). Minggu ke dua & ke tiga 2 kali sehari. Minggu ke empat dan seterusnya, sekali sahaja sehari.

Nota:

Jika anak anda (kanak-kanak berumur 8 tahun seperti contoh di atas)  tidak dapat mengambil sebelah tengahhari (pada minggu pertama) kerana kesuntukan masa untuk ke sekolah, bolehlah mengambilnya sebelah pagi 4 biji & sebelah petang / malam 5 biji bagi mencukupkan 9 biji sehari.

Jadual Cara Makan

Umur_Kuantiti  
_Bayi kurang 1 tahun_1 biji  
_Kanak-kanak (1-7 tahun)_2 biji  
_Kanak-kanak (7-14 tahun)_3 biji  
_Dewasa (14 tahun ke atas_4 biji  
    
_Minggu_Kekerapan  
_Minggu pertama_3 kali sehari  
_Minggu ke-2 dan ke-3_2 kali sehari  
_Minggu ke-4 dan seterunya_1 kali sehari 

Info lanjut, rujuk  cara makan Examo-CKM500.

 

  • Untuk mengambil Examo dari bekasnya, jangan dipegang dengan tangan. Tuangkan Examo ke atas bekas penutupnya dan terus masukkan ke dalam mulut.

 

  • Setelah Examo berada dalam mulut, kemam (hisap seperti mengambil vitamin c) & jangan terus telan seperti mengambil tablet ubat klinik. Examo mudah cair & kanak-kanak tidak takut untuk memakannya kerana rasanya sedap…

 

  • Jika anda berterusan mengamalkan Examo (setelah menghabiskan pek pertama), anda boleh makan seperti jadual Minggu ke-4 & seterusnya. Kuantitinya masih tertakluk kepada Umur si pengamalnya.

 

  • Untuk bayi / kanak-kanak kurang satu tahun, bolehlah dilarutkan Examo ke dalam botol minumannya (air masak) atau larutkan dengan sedikit air menggunakan sudu plastik & minum (ikut kaedah mana yang sesuai). Jangan guna sudu besi!

 

  • Perkataan Examo di atas merujuk kepada EXAMO-CKM500 (pek BIRU). Adapun EXAMO-CKM500 PLUS (pek HIJAU, berfungsi sebagai booster) hanya di makan 1 biji seminggu. Ia sesuai untuk kanak-kanak yang telah bersekolah (7 tahun & ke atas). Disyorkan untuk para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan untuk mengamalkan pek HIJAU & BIRU (EXAMO PEK KEMBAR).

 

  • Jika anda mengamalkan EXAMO PEK KEMBAR, jarakkan masa pengambilan antara pek BIRU & pek HIJAU anggaran 15 minit antara satu sama lain. Contoh, makan pek BIRU jam 8.00pagi & makan pek HIJAU jam 8.15pagi. 

 

  • EXAMO sesuai untuk diamalkan oleh senmua peringkat usia dari bayi hinggalah warga emas. Untuk maklumat lanjut kebaikan EXAMO bagi peringkat usia berbeza, klik di sini.

 

Kaedah Menyimpan Examo

  • Jangan letak dalam peti sejuk atau berdekatan barang letrik seperti di atas tv atau komputer.

 

Pantang Larang

  • Elakkan pengambilan minuman berkarbonat (bergas)
  • Jangan pegang dengan tangan semasa hendak makan. Curahkan ke atas penutup Examo & terus masukkan ke dalam mulut.

X