SALINDAH & IBU HAMIL
Soalan Yang Sering Ditanya Kepada Kami:
“Set salindah boleh dimakan bersama pil vitamin yang pihak klinik bagi ke?”
.
Tip Salindah
- Salindah adalah alternatif kepada supplemen yang dibekalkan oleh klinik ibu mengandung. Jika ubat-ubat yang dibekalkan oleh klinik tersebut bukan untuk penyakit kritikal seperti darah tinggi atau kencing manis, boleh membuat pilihan sama ada:
- Mengamalkan Salindah sahaja, atau
- Mengamalkan Salindah & vitamin yang dibekalkan oleh klinik ibu mengandung.
- Jika anda memilih untuk mengamalkan Salindah & vitamin yang dibekalkan oleh klinik ibu mengandung, anda perlu jarakkan masa pengambilan antara ke duanya sekurang-kurangnya 1 jam. Caranya, jika anda mengambil Salindah jam 8 pagi, maka vitamin klinik ibu hamil bolehlah dimakan pada jam 9 pagi.
- Untuk mengambil Salindah dari bekasnya, jangan dipegang dengan tangan. Tuangkan Salindah ke atas bekas penutupnya dan terus masukkan ke dalam mulut.
.
Kaedah Makan
- Seperti juga Examo, kaedah makan tablet Salindah ialah dengan cara kemam (hisap) & jangan terus ditelan. Walau bagaimanapun, tablet Salindah lebih keras berbanding Examo. Anda boleh gigit dengan gigi untuk mempercepatkan ia hancur dan cair di dalam mulut..
- Jika rasa loya untuk kemam dalam dalam mulut, bolehlah ia dilarutkan ke dalam cawan dengan sedikit air. Kacau dengan sudu plastik & minum. Jangan guna sudu besi!
- Seeloknya Salindah dimakan semasa perut tidak terlalu kenyang seperti sebelah pagi sebelum mengambil sarapan.
- Ceraian Salindah B1 boleh mula diambil se awal disahkan hamil & tidak semestinya mula pada minggu ke-12. Jika anda mengambil awal, kemungkinan B1 akan habis sebelum mula makan B2 pada minggu ke-24.
- Jika B1 habis awal sebelum mula makan B2 (minggu ke-24), anda boleh tambah pek ke-2 B1 atau tunggu sahaja minggu ke-24 untuk mula makan B2.
- Jika anda tambah pek B1, kemungkinan pada minggu ke-24 (mula makan B2), B1 belum lagi habis. Pada ketika itu anda boleh makan B1 & B2 seiring. Caranya ialah dengan menjarakkan antara B1 & B2 anggaran 15 minit. Contohnya: B1 makan jam 8 pagi, maka B2 boleh makan jam 8:15 pagi.
.
Kaedah Amalan
Anda digalakkan untuk mengambil Salindah ‘secara pakej’ & tidak ‘secara individu’ untuk mendapatkan manfaat optima seperti mengambil B4 sahaja sepanjang tempoh kehamilan.
Berikut adalah pakej Salindah yang disyorkan:
- Salindah – Set Lengkap, atau
- Salindah – Set Sebelum Bersalin (B1~B6), atau
- Salindah – Set Selepas Bersalin (L7~L12)
.
Kaedah Menyimpan Salindah
Jangan letak dalam peti sejuk atau berdekatan barang letrik seperti di atas tv atau komputer.
.
TIP LANJUTAN
.
Kesesuaian Pengambilan
- Umur kandungan paling lewat untuk ambil Salindah ialah 4 minggu sebelum jangkaan bersalin iaitu mulakan dengan Ceraian Salindah B3 yang diambil bersama B4 serentak.
- Salindah – Set Selepas Bersalin serasi untuk wanita bersalin normal atau secara bedah (ceaserean).
- Jika bersalin secara bedah, Ceraian Salindah L11 boleh diambil SELEPAS habis berpantang / setelah luka bedah pulih. L11 adalah tonik gabungan 15 jenis herba yang memanaskan badan.
.
Cara Makan Salindah
- Kesemua tablet hendaklah dikemam sahaja
- Tuangkan tablet ke dalam tudung botol, terus letak di atas lidah dan kemam sehingga larut.
- Jangan sentuh dengan tangan
- Berpantanglah dari kopi (minuman berkefain), cili, kari, makanan berempah sekurang – kurangnya sebulan sebelum bersalin sehingga 2 minggu selepas bersalin
- Jangan simpan di dalam peti sejuk dan jauhkan dari barangan elektrik.
- Jika loya untuk kemam dalam mulut, larutkan tablet salindah dalam air masak yang telah sejuk, kacau menggunakan sudu plastik (jangan guna sudu besi) & minum.
.
Apa Tujuan Makan Salindah
- Ingin lahirkan anak pintar, cerdas, kuat tulang & gigi, keletah, comel, & cantik kulit, mulakan dengan B1, B2 & B3.
- Untuk bersalin mudah ambil B4, B5 & B6.
- Untuk mengembalikan kewanitaan anda, sihat tubuh badan, cergas, bertenaga ambilah Set Lepas Bersalin