Nama
EXAMO EKONOPEK Kandungan
Examo-CKM500 (Pek Biru), 450 biji
Examo-CKM500 Plus (Pek Hijau), 16 biji Harga
RM80
* Saiz Botol Biru & Hijau berbeza
PEK TERKINI:
Nama EXAMO PEK KEMBAR Kandungan
Examo-CKM500 (Pek Biru), 450 biji
Examo-CKM500 Plus (Pek Hijau), 28 biji Harga
RM84
* Saiz Kotak/Botol Biru & Hijau sama
–
.
Ringkasan:
Kombinasi asas suplemen khas untuk minda (pek biru) untuk mencerdaskan akal, menguatkan ingatan, menambahkan konsentrasi bersama ‘booster’ (pek hijau) untuk mempercepatkan tindakan pek biru.
Kesesuaian:
Sesuai sebagai suplemen harian untuk lelaki & wanita dewasa atau yang telah berusia dan ada masalah cepat lupa.
Pek edisi terhad ‘Set Kombo EXAMO-CKM500’ di mana kandungan itemnya sama seperti EXAMO PEK 3 SERANGKAI dengan dibungkus dalam kotak istimewa yang sesuai dibuat sebagai hadiah.
Produk popular EXAMO-CKM500 adalah supemen atau nutrien untuk otak. Ramai orang Melayu merasakan bahawa otak seseorang itu terjadi begitu seadanya, anak cerdik kerana keturunannya, malah kalau bodoh disangka akan terus bodoh. Kepercayaan ini menjadikan kita bangsa yang ketinggalan dalam segi perkembangan ilmu dan sahsiah diri.
.
.
Rumusan produk EXAMO-CKM500, formulasi istimewa Allahyarham Dr Azizan Ismail, terbit ketika beliau bergelar seorang guru. Ketika beliau menjawat jawatan Pensyarah di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim di Johor Bahru, beliau hairan dan sering bertanya pada diri sendiri, kenapa anak Melayu tidak menjadi cemerlang seperti anak kaum Cina atau India.
..
.
.
.
Di mana bezanya?
Dari situlah beliau mengkaji tentang otak: apa yang menjadikan seseorang itu pintar?
EXAMO-CKM500 merupakan produk terawal dan masih ada hingga kini dan ia diteruskan atas prinsip KEBAIKAN DIKONGSI BERSAMA.
Soalan Yang Sering Juga Ditanya Kepada Kami: ❝Sudah Terlambatkah Untuk Saya Menggunakan Salindah? Saya Baru Tahu Tentang Salindah Dari Kawan❞
Untuk menjawab persoalan ini, ada dua faktor yang perlu diambil kira:
.
Faktor 1: Usia Kehamilan
Usia kehamilan paling lewat untuk menggunakan Salindah adalah 8 bulan atau tepatnya anggaran 4 minggu sebelum jangkaan bersalin (due date). Jika usia kehamilan anda telah mencecah ke 8 bulan, maka untuk Set Hamil: gunakan item ceraian Salindah B4, B5 & B6 dan disambung dengan Salindah-Set Bersalin jika pilih untuk amalkan Salindah sehingga habis pantang..
Info & tempahan Ceraian & Set Salindah boleh rujuk di sini.
Ibu hamil boleh amalkan Salindah se awal disahkan hamil atau pada minggu ke 12 hamil. Sila gunakan kiraan dalam minggu (weeks) untuk tentukan item mana yang perlu diambil sepanjang tempoh hamil. Jadual di bawah boleh digunakan sebagai panduan.
Gunakan Kiraan Minggu Untuk Tentukan Kedudukan Penggunaan Salindah
.
Faktor 2: Kos
Membeli Salindah-Set Lengkap mungkin nampak agak mahal kosnya untuk sesetengah individu berbanding membeli item Ceraian Salindah. Walau bagaimanapun item Ceraian Salindah hanya mewakili 1 dari keseluruhan 12 item dalam Salindah-Set Lengkap.
Apa Beza Set & Ceraian ?
Nak tahu, baca Kaitan Antara Set & Ceraian di sini.
.
Harga?
Anda boleh semak & buat perbandingan harga antara Ceraian & Set Salindah di sini.
Untuk anda yang suka membuat kiraan bajet, mari kita sama-sama semak kos bulanan penggunaan Set Lengkap Salindah ***.
.
Berdasarkan ‘Carta Masa Guna Salindah’ di atas:
Tempoh Penggunaan Set Hamil (Sebelum Bersalin): 6 bulan
-> Minggu 40 Tolak Minggu 12 = 28 minggu
-> 28 minggu Bahagi 4.5 (anggaran dalam 1 bulan ada 4.5 minggu) = 6 bulan
Tempoh Penggunaan Set Bersalin (Selepas Bersalin): 1 bulan
-> 21 hari = anggaran 1 bulan
Tempoh Penggunaan Set Hamil & Set Bersalin: 7 bulan
Harga Set Hamil & Set Bersalin (Salindah-Set Lengkap): RM439
Purata Kos Penggunaan: RM439 / 7 bulan = RM62.70 Sebulan
.
*** Harga sebenar mungkin berubah dari masa ke masa
Pek edisi terhad ‘Set Kombo EXAMO-CKM500’ di mana kandungan itemnya sama seperti EXAMO PEK 3 SERANGKAI dengan dibungkus dalam kotak istimewa yang sesuai dibuat sebagai hadiah.
.
Nama Popular:
Examo Pek 3 Serangkai / Pakej Pelajar IPT
Kombinasi optima untuk kemahiran otak sebelah kanan & kiri. Matsa merangsang kemahiran, menimbulkan minat dalam subjek Matematik dan Sains dengan memindahkan aktiviti otak daripada hemisfera kanan ke hemisfera kiri. Examo pek hijau berperanan sebagai ‘booster’ untuk mempercepatkan proses tindakan Examo pek biru.
–
.
.
Panduan lanjut pakej Examo mengikut peringkat umur & kategori pengguna,
Kemurungan selepas bersalin atau postnatal depression ialah keadaan yang boleh memberi kesan kepada emosi dan kesejahteraan ibu selepas melahirkan bayi. Tekanan, perubahan rutin harian dan cabaran menyesuaikan diri dengan kehidupan selepas kelahiran boleh mempengaruhi keadaan emosi seseorang ibu.
Setiap ibu mungkin mengalami pengalaman yang berbeza selepas bersalin. Oleh itu, penting untuk mengenali perubahan emosi dan mendapatkan sokongan yang sesuai sekiranya keadaan mula mengganggu kehidupan seharian.
Tanda-Tanda Kemurungan Selepas Bersalin
1. Masalah Sukar Tidur
Ibu yang mengalami tekanan emosi selepas bersalin mungkin menghadapi masalah tidur atau berasa sangat letih. Walaupun bayi sedang tidur, sesetengah ibu mungkin sukar mendapatkan rehat yang mencukupi kerana fikiran yang terganggu atau tekanan emosi.
2. Sukar Mengawal Emosi
Perubahan emosi boleh berlaku selepas kelahiran bayi. Antara perkara yang mungkin dialami ialah mudah marah, kerap menangis, berasa rendah diri atau mengalami perubahan emosi secara tiba-tiba.
Jika perubahan emosi menjadi semakin serius sehingga menjejaskan penjagaan diri, hubungan dengan pasangan atau penjagaan bayi, ibu digalakkan mendapatkan sokongan daripada orang yang dipercayai dan profesional kesihatan.
3. Menjauhkan Diri Daripada Pasangan
Tekanan dan perubahan emosi selepas bersalin juga boleh mempengaruhi hubungan antara suami dan isteri. Sesetengah ibu mungkin kurang berminat terhadap hubungan intim atau lebih cenderung untuk menjauhkan diri daripada pasangan.
Sokongan dan pemahaman daripada pasangan amat penting ketika ibu sedang menyesuaikan diri dengan perubahan fizikal, emosi dan rutin kehidupan selepas melahirkan bayi.
Punca dan Faktor Risiko Kemurungan Selepas Bersalin
Terdapat pelbagai faktor yang boleh dikaitkan dengan kemurungan selepas bersalin. Antaranya termasuk kehamilan yang tidak dirancang, kurang persediaan menghadapi kelahiran bayi, tekanan emosi serta perubahan rutin kehidupan selepas bersalin.
Kehamilan yang tidak dirancang atau kurang persediaan menghadapi kelahiran bayi.
Tekanan dan pengalaman yang mencabar ketika bersalin.
Kurang sokongan daripada pasangan atau orang sekeliling.
Perubahan rutin kehidupan selepas kelahiran bayi.
Kekurangan masa untuk berehat dan mendapatkan tidur yang mencukupi.
Tekanan untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baharu sebagai ibu.
Cara Menghadapi Tekanan Emosi Selepas Bersalin
Mengurus kehidupan selepas kelahiran bayi boleh menjadi mencabar. Antara langkah yang boleh dipertimbangkan untuk membantu menjaga kesejahteraan diri ialah:
Dapatkan rehat yang mencukupi – Minta bantuan pasangan atau ahli keluarga supaya anda mempunyai masa untuk berehat.
Makan makanan yang seimbang – Pastikan keperluan pemakanan harian dijaga selepas bersalin.
Berkongsi perasaan – Bercakap dengan pasangan, keluarga atau individu yang dipercayai mengenai apa yang anda sedang lalui.
Luangkan masa untuk diri sendiri – Aktiviti ringan dan masa berehat boleh membantu anda menyesuaikan diri dengan rutin baharu.
Dapatkan bantuan profesional – Jika kesedihan, kebimbangan atau tekanan emosi berterusan dan mengganggu kehidupan harian, berbincanglah dengan doktor atau profesional kesihatan mental.
Bila Perlu Mendapatkan Bantuan?
Jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami perubahan emosi yang berpanjangan selepas bersalin, sukar menjalankan aktiviti harian atau berasa tidak mampu menjaga diri sendiri atau bayi, dapatkan penilaian daripada profesional kesihatan.
Kemurungan selepas bersalin bukan sesuatu yang perlu dihadapi seorang diri. Sokongan pasangan, keluarga dan profesional kesihatan boleh membantu ibu mendapatkan penjagaan yang sesuai.
Hamda Aqua Herbs
Hamda Aqua Herbs merupakan produk yang dirumus daripada 10 herba terpilih dan digunakan secara tradisional untuk penjagaan kesihatan serta membantu menguatkan badan.
Produk ini boleh didapati secara tunggal atau melalui beberapa pakej pilihan:
Kemurungan selepas bersalin boleh memberi kesan kepada emosi, hubungan dan kehidupan harian seorang ibu. Mengenali tanda-tanda awal, mendapatkan sokongan daripada orang terdekat dan mendapatkan bantuan profesional apabila diperlukan merupakan langkah penting dalam menjaga kesejahteraan ibu selepas bersalin.
Setiap ibu mempunyai pengalaman selepas bersalin yang berbeza. Jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan sekiranya tekanan emosi menjadi sukar untuk diuruskan.
Apabila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan mencari sumber terbaik untuk memastikan kesihatan diri dan bayi dalam kandungan sentiasa terjaga. Salah satu persoalan yang sering ditanya ialah tentang keperluan mengambil vitamin dan suplemen semasa kehamilan.
Diet yang seimbang adalah cara terbaik untuk mendapatkan nutrien yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Ibu hamil digalakkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi membantu memenuhi keperluan vitamin, mineral dan tenaga sepanjang kehamilan.
Walau bagaimanapun, sesetengah ibu hamil mungkin menghadapi kesukaran mendapatkan nutrien tertentu melalui pemakanan sahaja disebabkan faktor seperti alahan, loya, muntah yang teruk atau keadaan kesihatan tertentu. Oleh itu, pengambilan vitamin dan suplemen semasa hamil perlu disesuaikan dengan keperluan individu serta nasihat doktor atau ahli farmasi.
Apakah Vitamin dan Suplemen Penting untuk Ibu Hamil?
Keperluan nutrien setiap ibu hamil adalah berbeza. Antara vitamin dan mineral yang sering diberi perhatian sepanjang kehamilan ialah asid folik, zat besi, kalsium, asid lemak omega-3 dan vitamin D.
1. Asid Folik
Asid folik merupakan nutrien penting terutamanya pada peringkat awal kehamilan. Pengambilan asid folik membantu mengurangkan risiko kecacatan tiub neural pada bayi, termasuk spina bifida.
Sumber: American Medical Association, 2011
Sebaik-baiknya, pengambilan asid folik dimulakan ketika merancang kehamilan dan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga 12 minggu pertama kehamilan. Makanan yang mengandungi folat seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang juga boleh menjadi sebahagian daripada diet yang seimbang.
Dalam keadaan tertentu, doktor mungkin menyarankan dos asid folik yang lebih tinggi. Contohnya, ia mungkin dipertimbangkan bagi ibu yang pernah mengalami kehamilan dengan kecacatan tiub neural, mengambil ubat antiepileptik atau mempunyai diabetes. Dos yang lebih tinggi hendaklah diambil hanya atas nasihat doktor.
2. Zat Besi
Zat besi penting semasa kehamilan kerana jumlah darah dalam badan ibu meningkat bagi menyokong tumbesaran bayi. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia dan doktor mungkin melakukan ujian darah untuk menilai tahap zat besi atau keadaan darah ibu.
Keperluan zat besi boleh berbeza mengikut keadaan setiap ibu. Suplemen zat besi juga boleh menyebabkan sesetengah individu mengalami kesan sampingan seperti sembelit, loya atau cirit-birit.
Jika mengalami kesan sampingan selepas mengambil suplemen zat besi, ibu hamil disarankan berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengubah dos atau jenis suplemen.
Antara sumber makanan yang mengandungi zat besi ialah daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.
3. Kalsium
Kalsium diperlukan untuk menyokong pembentukan tulang dan gigi bayi. Kalsium juga penting untuk mengekalkan kesihatan tulang dan fungsi tubuh ibu sepanjang kehamilan.
Ibu hamil yang tidak mendapat kalsium mencukupi daripada makanan atau mempunyai keadaan tertentu mungkin memerlukan suplemen berdasarkan nasihat doktor.
Keperluan kalsium harian bergantung kepada umur dan keadaan individu. Oleh itu, ibu hamil perlu mendapatkan nasihat profesional kesihatan bagi menentukan jumlah yang sesuai.
4. Asid Lemak Omega-3 (DHA dan EPA)
Asid lemak omega-3 seperti DHA dan EPA turut menjadi perhatian semasa kehamilan kerana ia terlibat dalam perkembangan otak dan sistem saraf bayi.
Ikan merupakan antara sumber DHA dan EPA. Namun, ibu hamil perlu memilih jenis ikan yang sesuai dan mengelakkan pengambilan ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi.
Jika anda mempertimbangkan suplemen omega-3 semasa hamil, berbincang dengan doktor atau ahli farmasi untuk menentukan sama ada suplemen tersebut sesuai untuk anda.
5. Vitamin D
Vitamin D membantu tubuh mengawal kalsium dan fosforus yang penting untuk kesihatan tulang dan gigi. Keperluan vitamin D semasa kehamilan boleh dipengaruhi oleh pemakanan, keadaan kesihatan dan faktor individu.
Antara sumber makanan yang mengandungi vitamin D ialah ikan sardin, ikan makarel, ikan salmon, telur dan daging.
Perlukah Semua Ibu Hamil Mengambil Suplemen?
Tidak semua ibu hamil mempunyai keperluan suplemen yang sama. Keperluan vitamin dan mineral bergantung kepada pemakanan, usia, keadaan kesihatan, keputusan ujian darah dan faktor lain.
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang vitamin untuk ibu hamil atau suplemen tambahan, dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi. Elakkan mengambil dos yang tinggi tanpa mendapatkan nasihat profesional kesihatan.
Kesimpulan
Vitamin ibu hamil dan nutrien seperti asid folik, zat besi, kalsium, omega-3 dan vitamin D memainkan peranan penting dalam pemakanan semasa kehamilan. Namun, keperluan setiap ibu adalah berbeza dan pemakanan seimbang perlu menjadi asas kepada penjagaan kesihatan sepanjang kehamilan.
Jika anda sedang hamil atau merancang kehamilan, berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi untuk mengetahui vitamin dan suplemen yang sesuai berdasarkan keadaan serta keperluan anda.