Keselamatan Online

Keselamatan Perbankan Internet

 

Perbankan Internet (Internet Banking)

Perbankan Internet menawarkan cara yang lebih mudah dan cepat untuk membuat urusniaga perbankan anda. Sekiranya anda mempunyai komputer dengan akses Internet, pelayar Internet dan telah mendaftar untuk kemudahan perbankan Internet dengan institusi perbankan anda, anda boleh menjalankan perbankan Internet dari mana-mana sahaja di seluruh dunia.

 

  • Menyemak baki akaun dan penyata akaun dalam talian
  • Mengemukakan permohonan dalam talian untuk akaun baru, kad kredit atau kemudahan pinjaman
  • Membuat pelaburan deposit tetap
  • Memindah wang di antara akaun (milik sendiri dan pihak ketiga)
  • Membayar bil, kad kredit, pinjaman dan premium insurans
  • Membuat, meminda atau membatalkan arahan tetap
  • Memohon buku cek dan penyata akaun
  • Menyemak status cek
  • Memohon arahan menghentikan pembayaran cek
  • Memohon draf bank dan pemindahan telegraf

_

Adakah Perbankan Internet Selamat ?

Seperti sistem-sistem lain, penggunaan perbankan Internet turut mengandungi risiko. Walau bagaimanapun, tahap risiko boleh diminimumkan melalui pemeriksaan sistem keselamatan secara berterusan oleh institusi perbankan dan sikap berhati-hati anda apabila menggunakan perkhidmatan Perbankan Internet.

Anda juga perlu memainkan peranan untuk memastikan keselamatan transaksi perbankan anda melalui Internet. Antara tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh anda selaku pelanggan bank ialah:

  • Jangan dedahkan ID (Username) dan kata laluan (password) atau PIN anda
  • Pastikan anda berada di laman web bank yang betul & bukannya web klon
  • Lindungi komputer anda daripada penceroboh, virus & program perosak (malware)
  • Berhati-hati abila memuat turun perisian
  • Sentiasa ingat untuk log keluar (logout)
  • Jangan sekali-kali menghantar maklumat peribadi, terutamanya kata laluan atau nombor PIN anda melalui e-mel biasa
  • Jangan biarkan tetingkap pelayar yang lain dalam keadaan terbuka semasa membuat transaksi perbankan dalam talian
  • Elak menggunakan komputer yang dikongsi bersama atau milik awam untuk mengendalikan transaksi perbankan Internet anda

Sumber Rujukan: www.bankinginfo.com.my

_

Internet Banking-Security Alerts

Beberapa contoh peringatan keselamatan perbankan internet oleh Maybank, CIMB & Bank Islam.

Maybank Online Banking Security Alert As At 04/06/2012

 

Maybank Online Banking Security Alert As At 21/05/2012

 

CIMB Online Banking Security Alert As At 21/05/2012

 

Bank Islam Online Banking Security Alert As At 21/05/2012s

 

Tip Lanjut:
Berwaspada Dengan Panggilan Dan Mesej Palsu

X