Keselamatan Online

Tips for Safe Online Banking – Maybank

  Online Fraud involves customers getting duped into giving away their internet banking login credentials and other confidential information via a phishing scam, or by their PC being infected with malware that is designed to retrieve information illegally.  Fraudsters will then use this information to siphon money from a customer's account to a fraudulent beneficiary account or 'mule account'.   Sumber rujukan: maybank2u
Read More
Keselamatan Online

What is an SSL Certificate?

  What is an SSL Certificate?  
  • SSL (Secure Sockets Layer) is a standard security protocol which establishes encrypted links between a web server and a browser, thereby ensuring that all communication that happens between a web server and browser(s) remains encrypted and hence private.
  • SSL Certificate is today an industry standard that is used by millions of websites worldwide to protect all communication and data that's transmitted online through the websites.
  
Read More
Keselamatan Online

Letak gambar anak sebagai gambar profil ‘Whatsapp’ undang risiko keselamatan

[caption id="attachment_3253" align="alignnone" width="590"] Dibimbangi pihak yang berniat jahat mengakses gambar itu seterusnya mengecam wajah anak-anak pemilik nombor telefon.[/caption]  

IPOH: Orang ramai disaran supaya tidak menjadikan gambar keluarga terutama anak-anak mereka sebagai gambar profil pada aplikasi WhatsApp kerana ia boleh mengundang risiko keselamatan.

Penolong Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, Jabatan Perlindungan Data Peribadi Mohd Shazrol Mohd Shah berkata adalah dibimbangi pihak yang berniat jahat mengakses gambar itu seterusnya mengecam wajah anak-anak pemilik nombor telefon. "Gambar profil WhatsApp bertujuan mungkin untuk mengenal pasti kawan-kawan cuma kita sarankan agar mereka meletakkan satu gambar yang elok untuk diri sendiri.

"Kita jangan meletakkan gambar anak atau gambar orang lain kerana perkara ini boleh menyebabkan penjenayah dapat mengakses gambar tersebut sekali gus mencetuskan kejadian yang tidak diingini," katanya.

Mohd Shazrol berkata demikian kepada Bernama selepas Sesi Perkongsian Maklumat Industri 2017 anjuran Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia sempena Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia di sini hari ini. Mohd Shazrol berkata tidak menjadi masalah sekiranya orang ramai tidak meletakkan gambar profil pada WhatSapp kerana aplikasi tersebut tetap boleh digunakan. Terdahulu, dalam taklimatnya Mohd Shazrol menasihati ibu bapa supaya tidak meletakkan gambar anak-anak mereka dalam laman sosial termasuk Facebook kerana ia juga boleh mengundang risiko jenayah. "Penggunaan Facebook amat berisiko kerana walaupun gambar dalam akaun sudah dipadam, namun ia masih tersimpan di luar negara kerana data laman sosial itu diproses di luar negara," katanya. Sehubungan itu, katanya, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 tidak terpakai untuk sebarang perlanggaran di Facebook. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) telah diluluskan di Parlimen pada Jun 2010 dan telah dikuatkuasakan pada 15 Nov 2013. - BERNAMA

 

Sumber Artikel: www.astroawani.com

Read More
Keselamatan Online

Pengguna online perlu pastikan logo PUIM elak penipuan

   

Pengguna online perlu pastikan logo PUIM elak penipuan Sumber:  sinarharian.com.my Tarikh: 14 Oktober 2012

PUTRAJAYA – Pengguna yang ingin membeli-belah secara online dinasihatkan supaya melakukan pembelian melalui laman web yang mempunyai logo Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) bagi mengelak sebarang penipuan atau kerugian.

Presiden PUIM, Mohd. Azrul Mohd. Nor berkata nombor siri dan logo PUIM merupakan bukti bahawa status seseorang usahawan Internet telah disahkan oleh pihak persatuan dimana hak pengguna dapat dilindungi.

“Buat masa ini sejumlah 130 syarikat atau perusahaan yang melakukan jualan di internet telah mendapat logo PUIM.

“Sekiranya pelanggan berdepan dengan penipuan atau sebarang masalah perkhidmatan, mereka boleh menyemak melalui PUIM dan kita akan dapat menghubungi usahawan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan Usahawan Internet, di sini hari ini.

Sementera itu, beliau berkata laman sosial seperti facebook berjaya melahirkan ramai peniaga dan usahawan baru, selain membantu mengembangkan perniagaan mereka.

Menurutnya, kebanyakan peniaga kecil-kecilan yang berniaga melalui Internet menyasar kepada pelanggan wanita dengan menjual produk kecantikan dan kosmetik, tudung dan pakaian wanita.

– Bernama

Read More
Keselamatan Online

Keselamatan Perbankan Internet

 

Perbankan Internet (Internet Banking)

Perbankan Internet menawarkan cara yang lebih mudah dan cepat untuk membuat urusniaga perbankan anda. Sekiranya anda mempunyai komputer dengan akses Internet, pelayar Internet dan telah mendaftar untuk kemudahan perbankan Internet dengan institusi perbankan anda, anda boleh menjalankan perbankan Internet dari mana-mana sahaja di seluruh dunia.

 

  • Menyemak baki akaun dan penyata akaun dalam talian
  • Mengemukakan permohonan dalam talian untuk akaun baru, kad kredit atau kemudahan pinjaman
  • Membuat pelaburan deposit tetap
  • Memindah wang di antara akaun (milik sendiri dan pihak ketiga)
  • Membayar bil, kad kredit, pinjaman dan premium insurans
  • Membuat, meminda atau membatalkan arahan tetap
  • Memohon buku cek dan penyata akaun
  • Menyemak status cek
  • Memohon arahan menghentikan pembayaran cek
  • Memohon draf bank dan pemindahan telegraf

_

Adakah Perbankan Internet Selamat ?

Seperti sistem-sistem lain, penggunaan perbankan Internet turut mengandungi risiko. Walau bagaimanapun, tahap risiko boleh diminimumkan melalui pemeriksaan sistem keselamatan secara berterusan oleh institusi perbankan dan sikap berhati-hati anda apabila menggunakan perkhidmatan Perbankan Internet.

Anda juga perlu memainkan peranan untuk memastikan keselamatan transaksi perbankan anda melalui Internet. Antara tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh anda selaku pelanggan bank ialah:

  • Jangan dedahkan ID (Username) dan kata laluan (password) atau PIN anda
  • Pastikan anda berada di laman web bank yang betul & bukannya web klon
  • Lindungi komputer anda daripada penceroboh, virus & program perosak (malware)
  • Berhati-hati abila memuat turun perisian
  • Sentiasa ingat untuk log keluar (logout)
  • Jangan sekali-kali menghantar maklumat peribadi, terutamanya kata laluan atau nombor PIN anda melalui e-mel biasa
  • Jangan biarkan tetingkap pelayar yang lain dalam keadaan terbuka semasa membuat transaksi perbankan dalam talian
  • Elak menggunakan komputer yang dikongsi bersama atau milik awam untuk mengendalikan transaksi perbankan Internet anda

Sumber Rujukan: www.bankinginfo.com.my

_

Internet Banking-Security Alerts

Beberapa contoh peringatan keselamatan perbankan internet oleh Maybank, CIMB & Bank Islam.

Maybank Online Banking Security Alert As At 04/06/2012

 

Maybank Online Banking Security Alert As At 21/05/2012

 

CIMB Online Banking Security Alert As At 21/05/2012

 

Bank Islam Online Banking Security Alert As At 21/05/2012s

 

Tip Lanjut: Berwaspada Dengan Panggilan Dan Mesej Palsu

Read More
X