Posted on

Pilihan cara bayaran 2024

Pilihan cara bayaran ToyyibPay

Kini anda ada 2 pilihan cara bayaran atas talian semasa proses Checkout:

    • FPX (toyyibPay) – Buat bayaran melalui perbankan internet seperti maybank2u, cimbclicks dan lain-lain
    • Credit Card (Stripe) – Buat bayaran menggunakan kad kredit

Pilihan cara bayaran semasa proses Checkout.

Terima kasih atas sokongan berterusan dari anda ❤️

 

Posted on

Makan Examo Boleh Makan Durian?

Siapa tak suka durian kan?!

Soalan:

“Makan examo then makan durian boleh ke?”

Jawapan:

Tidak ada tegahan atau larangan secara mutlak (tak boleh langsung) untuk mengambil apa-apa ubat, minuman atau makanan jika mengamalkan produk Examo. Ini termasuklah Durian atau meminum kopi

Walau bagaimanapun, anda disarankan menggunakan kaedah jarakkan masa anggaran 1 jam sama ada sebelum atau selepas makan.

Tip:

Pengambilan Examo sebaiknya sebelum makan (keita perut tidak kenyang). Jika sebelah pagi, anggaran 1 jam sebelum mengambil sarapan.

.

Harap perkongsian ini dapat merungkai persoalan & keraguan.

Examo mana yang sesuai untuk saya?

Semak panduan memilih produk Examo di sini

Posted on

Kisah Disebalik Examo

examo-pemakanan-terbaik-untuk-minda

.

.

Pada 2009 lepas, genap 30 tahun produk EXAMO berada dalam pasaran. EXAMO-CKM500 atau biasa disebut sebagai EXAMO sahaja adalah produk formulasi Allahyarham Dr. Azizan Ismail (DR. AZIZAN). Ia merupakan satu lagi produk popular Allahyarham selain dari SALINDAH untuk ibu hamil & bersalin.

Dari segi sebutan perkataan EXAMO , ada pelbagai gaya sebutan yang pernah saya dengar. Antaranya: Ee-Za-Mo, Ex-Za-Mo, Ex-Ze-Mo & Eza-Mo. Apa juga cara menyebutnya tak kisahlah.

Ada beberapa fakta yang ingin saya kongsikan berkaitan produk EXAMO yang saya petik dari program “Apa Kata wanita” di RTM1 pada 29/05/2010 jam 11.00 pagi bertajuk “Kecemerlangan Minda Melalui Pemakanan”. Dalam program tersebut, pengacara program: Zamzarina telah menjemput Dr. Hjh. Hamsiah binti Ismail (Pengurus Besar EEMSB; satu daripada syarikat kumpulan DR. AZIZAN).

.

1. Sejarah

Allahyarham Dr. Azizan Ismail, berdasarkan pengalaman beliau sebagai pembina soalan, pemeriksa skrip jawapan hinggalah kepada pemarkahan, beliau menyedari bahawa pencapaian anak bangsa agak jauh ketinggalan di dalam setiap peperiksaan berbanding dengan pelajar bukan Melayu. Dari situlah beliau memecut obsesi untuk mengkaji bidang ingatan dan lupa serta kecerdasan. Sekiranya pokok boleh subur jika diberi baja yang sesuai, otak manusia pun begitu juga. Beliau mula mencium kejayaan mencungkil rahsia kelemahan pelajar Melayu apabila mempelajari ilmu perubatan Biokimia Schuessler pada tahun 1978. Kebodohan, lupa, putus asa, hilang semangat, malas, takut gagal, lemah daya saing, misalnya adalah simptom kesihatan mental terganggu adalah akibat ketidak seimbangan garam mineral (garam tisu).

.

2. Mengapa Examo Kurang Dikenali Walaupun Telah Lebih 30 Tahun?

Pertama:

Sikap segelintir dari ahli masyarakat yang gemar menyembunyikan sesuatu yang baik untuk diri atau keluarganya. Jika anaknya pandai, biarlah anaknya saja yang pandai. Jadi pengetahuan tentang EXAMO hanya berlegar dikalangan kelompok tertentu sahaja.

Kedua:

Penolakan; ada segelintir individu yang bila disebut tentang ‘ubat pandai’ atau ‘ubat untuk minda/otak’ akan mengatakan “Tak perlulah, nanti pandai sangat susah pulak” atau terlalu mengambil sikap negatif dengan mengatakan “Nanti tak pasal-pasal jadi gila susah pulak”.

Insya’Allah EXAMO tidak begitu. Ia telah menjalani proses kematangan yang amat panjang sejak 1978 hingga 1986. Testimoni penggunanya juga menunjukkan kesan yang positif jika ia diamalkan secara konsisten.

.

3. Mengapa Perlu suplemen tambahan Examo walaupun makanan harian kita berkhasiat?

Umum mengetahui kismis baik untuk minda, tetapi ia manis dan tidak baik untuk penghidap kencing manis. Kekacang seperti badam juga baik untuk minda tetapi ada orang takut untuk makan kerana jerawat. Tambahan pula ia perlu melalui proses penghadaman di dalam perut dan sukar untuk sampai ke otak. Penyelesaiannya dari kajian Allahyarham Dr. Azizan Ismail, EXAMO adalah pilihan terbaik; tidak perlu dihadam (ditelan masuk perut) tetapi dikemam saja pada lidah (hisap macam makan gula-gula). Khasiat EXAMO mampu diserap terus masuk ke saluran darah melalui lidah dan sampai ke otak.

.

4. Salah tanggapan EXAMO sebagai Ubat Pandai

Peranan EXAMO adalah sebagai pemakanan tambahan untuk menyuburkan otak (menyediakan infrastruktur). Pengamalnya, jika bermatlamat untuk menghadapi peperiksaan perlulah mentelaah, membaca buku dan sebagainya barulah ia berkesan.

Perbandingan yang saya selalu gunakan adalah seorang Ahli Bina Badan. Untuk dapatkan bentuk badan ‘sasa & berotot’ tentu saja gabungan dari 2 elemen: PEMAKANAN STRATEGIK & LATIHAN. Kalau makan makanan berkhasiat sahaja tanpa latihan di gym tentu saja membawa kepada ‘boroi’. Begitu jugalah halnya dengan Otak: ia perlukan PEMAKANAN STARTEGIK & LATIHAN. Insya’Allah EXAMO adalah pemakanan strategik yang baik untuk minda. Tiada kesan sampingan negatif atau ketagihan.

ADAKAH ANDA ATAU ANAK-ANAK AKAN MENGHADAPAI PEPERIKSAAN?
Amalkan EXAMO mulai sekarang!

Khas untuk calon UPSR, PT3 & SPM

Panduan Pakej Examo Ikut Usia Pengguna

 

 

Posted on

Sembang Examo

CONTOH PENGAMBILAN YANG SALAH#1:

Mengamalkan Examo Pek Hijau sahaja (Examo-CKM500 Plus)

Sebab: Pek Hijau berfungsi sebagai booster untuk mempercepatkan tindakan pek asas Examo Pek Biru (Examo-CKM500)

CONTOH PENGAMBILAN YANG SALAH#2:

Mengamalkan Matsa sahaja 

Sebab: Perumpamaan fungsi produk Matsa seperti ‘baja bunga’ untuk ‘melebatkan bunga’, manakala Examo Pek Biru seperti ‘baja pokok’ untuk ia membesar. Bila pokok sudah membesar barulah ia boleh berbunga dengan sempurna.

 

KESIMPULAN:

Jadi seseorang boleh sama ada mengamalkan Examo Pek Biru sahaja atau gabungan bersama Examo Pek Hijau & Matsa.

Panduan lanjut, rujuk di sini

.

CONTOH KOMBINASI PENGAMBILAN YANG BETUL:

Kombinasi asas suplemen khas untuk minda (pek biru) untuk mencerdaskan akal, menguatkan ingatan, menambahkan konsentrasi bersama ‘booster’ (pek hijau) untuk mempercepatkan tindakan pek biru.

Kombinasi optima untuk kemahiran otak sebelah kanan & kiri. Matsa merangsang kemahiran, menimbulkan minat dalam subjek Matematik dan Sains dengan memindahkan aktiviti otak daripada hemisfera kanan ke hemisfera kiri. Examo pek hijau berperanan sebagai ‘booster’ untuk mempercepatkan proses tindakan Examo pek biru.

Kombinasi optima untuk kegunaan sekeluarga: Ibu & Ayah yang kuat bekerja (individu berkerjaya) serta anak-anak yang kuat belajar (serta akan menghadapi peperiksaan)

.

#hariexamo40

Posted on

Examo Mana Sesuai Untuk Saya?

❝Saya keliru, banyak sangat produk Examo.
Mana satu yang patut saya beli?❞

Itu merupakan antara persoalan seorang ibu prihatin kepada kami melalui mesej whatsapp.

.

Mengapa Pilih Examo?

Berikut kami ringkaskan panduan untuk memilih produk & pakej yang sesuai untuk kegunaan sekeluarga sama ada anak anda bayi,  pra-sekolah (tadika), sekolah rendah, sekolah menengah atau pelajar kolej/unversiti mahupun untuk kegunaan anda sendiri sebagai orang dewasa yang berkerjaya.

.

Serlahkan Potensi Dirimu!

.

Secara asasnya terdapat 3 item produk gabungan dari kebaikan formula Biokimia & Homeopati yang baik sebagai nutrisi kesihatan harian untuk pelbagai peringkat usia berbeza. Harap maklum, Examo Ekonopek (kotak besar) telah dimansuhkan dari pasaran.

EXAMO-CKM500 (450 Tablet, kotak Biru):
Berkesan untuk meningkatkan daya minat untuk belajar, menguatkan daya ingatan serta daya tumpuan ketika belajar. Pengambilanannya disarankan pada setiap hari.

EXAMO-CKM500 PLUS (28 Tablet, kotak Hijau):
Berperanan sebagai Booster (pemangkin) untuk menguat & mempercepatkan tindakbalas Examo-CKM500. Pengambilanannya disarankan seminggu sekali.

MATSA (30 Tablet):
Diformulasikan untuk membantu mereka yang lemah dalam pelajaran Matematik dan Sains.

 

* Gabungan dari 3 produk asas ini membentuk 5 pakej untuk kumpulan usia / kelompok pengguna.

* Anda boleh terus klik Add to Cart untuk mulakan order dari pautan di bawah

 

Lima (5) kumpulan usia & cadangan produk

.

1. Bayi & Pra-Sekolah (usia 6 tahun & ke bawah)

(Klik ‘Read More’ untuk Info Produk & Harga, Klik “Add to Cart’ untuk mulakan proses order online)

.

EXAMO-CKM500 / PEK TUNGGAL: 

Untuk bayi & anak Pra-Sekolah (usia 6 tahun & ke bawah)

 

Apa Kata Pengguna:

.

2. Sekolah Rendah

(Klik ‘Read More’ untuk Info Produk & Harga, Klik “Add to Cart’ untuk mulakan proses order online)

.

PEK BIJAK MATHS & SAINS / PAKEJ CALON UPSR:

Untuk pelajar sekolah rendah & pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR

.

3. Sekolah Menengah

(Klik ‘Read More’ untuk Info Produk & Harga, Klik “Add to Cart’ untuk mulakan proses order online)

.

PEK 3 SERANGKAI / PAKEJ CALON PT3/SPM:

Untuk pelajar sekolah menengah & pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PT3 / SPM

.

4. Pelajar Kolej & Universiti

(Klik ‘Read More’ untuk Info Produk & Harga, Klik “Add to Cart’ untuk mulakan proses order online)

.

PEK 3 SERANGKAI / PAKEJ PELAJAR IPT:

Kombinasi optima untuk kemahiran otak sebelah kanan & kiri. Matsa merangsang kemahiran, menimbulkan minat dalam subjek Matematik dan Sains dengan memindahkan aktiviti otak daripada hemisfera kanan ke hemisfera kiri. Examo pek hijau berperanan sebagai ‘booster’ untuk mempercepatkan proses tindakan Examo pek biru.

.

Apa Kata Pengguna:

 

.

5. Orang Dewasa / Individu Berkerjaya

(Klik ‘Read More’ untuk Info Produk & Harga, Klik “Add to Cart’ untuk mulakan proses order online)

.

EXAMO PEK KEMBAR:

Kombinasi asas suplemen khas untuk minda (pek biru) untuk mencerdaskan akal, menguatkan ingatan, menambahkan konsentrasi bersama ‘booster’ (pek hijau) untuk mempercepatkan tindakan pek biru.

.

 

EXAMO PEK MENTAL & FIZIKAL:

Pek kombinasi untuk tenaga mental (Examo-CKM500) & tenaga fizikal (Staminex) khas untuk anda yang kuat bekerja.

.

 

  • Harap ringkasan ini dapat membantu anda 🙂
  • Jika perlukan panduan lanjut bolehlah berhubung dengan kami di sini.

 

1 APRIL 2018, EXAMO Berusia 40 Tahun (1978~2018)

.

.

 

 

 

examo-ckm500_37-tahun_29032015

Posted on

Cara Makan Examo – Pek 3 Serangkai & Pek 4 Serangkai

Cara Order:
1. Add to Cart 2. Checkout 3. Place Order

 

 

 

EXAMO – Pek 3 Serangkai

(juga dikenali sebagai SET KOMBO EXAMO)

EXAMO – Pek 4 Serangkai (Pek Sekeluarga)

 

Soalan Lazim:

“Makan Examo boleh minum kopi tak?”

Boleh! Baca panduannya klik di sini

.

Enam Pakej Pilihan EXAMO:

  1. EXAMO Pek 3 Serangkai / Pakej Pelajar IPT
  2. EXAMO Pek Tunggal / Examo-CKM500
  3. EXAMO Pek Bijak Maths & Sains / Pakej Calon UPSR
  4. EXAMO Pek Kembar
  5. EXAMO Pek Mental & Fizikal
  6. EXAMO Pek 4 Serangkai / Pek Sekeluarga

 

Posted on

Kalkulator Tarikh Bersalin


 

Anda sendiri sebenarnya boleh menganggarkan tarikh bayi anda dijangka bersalin dengan mengira dari hari pertama haid terakhir anda.

Kehamilan anda seharusnya mengambil masa selama sembilan bulan dan tujuh hari, atau bersamaan 40 minggu. Ini boleh dilakukan dengan mengira dari hari pertama haid terakhir (last menstrual period – LMP).

Agak sukar untuk mendapat tarikh yang tepat dengan cara ini. Pengiraannya lebih tepat jika kitaran haid anda tetap dan berlaku setiap 28 hari.

Andaikan bahawa kitaran anda tetap dan boleh dijangka, jika LMP anda bermula pada 26 Januari dan persenyawaan berlaku pada 9 Februari, maka tarikh bersalin anda ialah 2 November. Anda boleh gunakan Kalkulator Tarikh Bersalin Online untuk membantu anda menganggarkan tarikh anda dijangka bersalin.

most fertile days

Doktor anda akan mengira tarikah bersalin anda semasa temu janji antenatal anda yang pertama. Anda mungkin melihat tarikh tersebut ditulis sebagai tarikh dijangka dijangka bersalin (expected date of delivery – EDD).

Ramai wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza tempohnya. Oleh itu, mengira dari hari pertama LMP mungkin tidak memberikan anda tarikh yang boleh dipercayai. Imbasan ultrabunyi (ultrasound) anda yang pertama akan memberikan tarikh bersalin yang lebih tepat.

Semak Tarikh Bersalin anda sekarang di sini!

.

Posted on

Bio-Lac Forzaphilic dan Naturophilic

Biolac NaturoPhilic dan Biolac Forzaphilic ?

Dua pilihan susu Bio-Lac untuk bayi dan kanak-kanak:

Biolac NaturoPhilic adalah formulasi asal yang mengandungi mineral yang diperhalusi (BTS). Zat yang terkandung di dalam Biolac Naturophilic adalah secara semulajadi atau natural. Setiap Nutrisi yang terdapat di dalam susu lembu, ada di dalam Biolac seperti Vitamin B, Vitamin C, Vitamin D, DHA, Kalsium.

Klik di sini untuk info produk, harga & tempahan.

 

Biolac ForzaPhilic adalah susu Biolac yang diperkuatkan dengan zat tambahan DHA, Zat Besi dan Serat. Biolac Forzaphilic khas untuk ibu bapa yang lebih gemarkan kepada zat yang ditambah.

Klik di sini untuk info produk, harga & tempahan.

 

Mana Yang Terbaik ?

InshaAllah dua-dua terbaik namun bergantung kepada kesesuaian si manja dan pilihan ibu bapa: bagi pengguna lama yang sudah serasi dengan Biolac, lebih cenderung memilih Biolac NaturoPhilic. Kedua-duanya seusi untuk bayi dan kanak-kanak.

 

 

 

 

Posted on

Hamil lagi atau Pertama Kali?

Tahniah Puan kerana bakal menimang cahayamata!

Salindah, satu nama yang telah sinonim dengan ibu hamil sejak 1980.
Ia merangkumi untuk kegunaan Semasa Hamil & Selepas Bersalin.

.

.

Jaminan 100% Produk Tulen!

Ada pilihan untuk Puan amalkan sama ada  kegunaan Semasa Hamil sahaja & Selepas Bersalin atau ke dua-duanya.

Berikut adalah panduan untuk Puan memilih set yang bersesuaian berdasarkan tempoh kehamilan Puan.

Klik ‘Read More’ untuk Info Produk & Harga, Klik ‘Add to Cart’ untuk mulakan proses order online

.

Jika Usia Kehamilan: 1 minggu ~ 22 minggu

.

Sesuai untuk kegunaan seawal disahkan hamil & selewatnya pada minggu ke 22 hamil. Ia digunakan sehingga hampir hendak bersalin. Anggaran tempoh kegunaan 5~9 bulan.

HARGA RM224

INFO PRODUK | ORDER ONLINE

* Pakej A adalah paling asas. Pilihan lain Pakej B, C & D: klik di sini

 

atau;

 

Sesuai untuk kegunaan seawal disahkan hamil & selewatnya pada minggu ke 22 hamil. Ia digunakan sehingga bersalin & habis pantang. Anggaran tempoh kegunaan 5~11bulan. (Item Hamda Aqua Herbs menggantikan Salindah L11)

HARGA RM439

INFO PRODUK | ORDER ONLINE

 

Jika Usia Kehamilan: 36 minggu++ 

.

Ia digunakan selepas bersalin dan hingga habis pantang. Anggaran tempoh kegunaan 2 bulan. (Salindah L11 digantikan oleh formula baharu Hamda Aqua Herbs)

HARGA RM215

INFO PRODUK | ORDER ONLINE

 

Usia kandungan anda antara 23 minggu ~ 35 minggu? 

Jika usia kandungan anda berada dalam lingkungan 23 minggu hingga 35 minggu, anda masih boleh amalkan produk Salindah, tetapi dalam bentuk Ceraian & bukan Set.

Carta di bawah menunjukkan kesesuaian Ceraian Salindah untuk anda:

.

Carta Cara Makan Salindah

Salindah L11 kini telah dijenamakan semula ke nama Hamda Aqua Herbs

.

Contoh Kes / Situasi:

Usia kehamilan sekarang = 23 minggu

Oleh Yang Demikian = Ceraian Salindah yang paling hampir dengan minggu kehamilan ke 23 adalah Ceraian Salindah B2 yang akan mula diambil pada minggu ke 24.

Syor Untuk Anda = Ambil Ceraian Salindah B2, B3, B4, B5 & B6 (5 item) untuk kegunaan dari hamil minggu ke 24 hinggan hampir hendak bersalin.

Senarai Harga & Order Online Ceraian Salindah:

Ceraian SalindahKegunaan Semasa Hamil

Ceraian SalindahKegunaan Selepas Bersalin

.