Posted on

Mengapa Anda Memerlukan Examo

DI ALAM PERSEKOLAHAN:

Masalah yang paling kerap dialami oleh para pelajar ialah lupa, kurang tumpuan, lembam, malas, jemu dan bosan, letih, murung, hiperaktif dan sebagainya. Bebanan pelajaran boleh menyebabkan berlakunya stres dan migrain di kalangan pelajar. Persekitaran seperti sekolah, guru, rakan, keluarga dan. tanggungjawab sebagai pelajar memberi kesan yang lebih terhadap psikologi mereka.

Pada fasa inilah juga para pelajar kerap berhadapan dengan ujian dan peperiksaan formal seperti UPSR, PMR, SPM atau tahap pengajian yang lebih tinggi lagi seperti diploma atau ijazah. Para pelajar disarankan menggunakan EXAMO-CKM 500 yang berfungsi untuk menguatkan ingatan, menambah tenaga mental, mencerdaskan serta mendatangkan ketenangan.

 

INDIVIDU BERKERJAYA:

Kuat bekerja, tidak sabar, memilih kerja, kelam kabut, takut, banyak kerja, serta suasana kerja yang tidak memberangsangkan boleh memberi tekanan serta mempengaruhi prestasi kerja. Pekerja yang dedikasi selalunya berada pada tahap seimbang dari aspek fizikal, mental, emosi dan spiritual. Jadikan EXAMO-CKM 500 sebagai salah satu makanan tambahan (food supplement) harian untuk membantu mengurangkan stres dan kelesuan, serta meningkatkan keupayaan tenaga mental.

 

VETERAN:

Sejajar dengan peningkatan usia, fungsi otak semakin berkurangan dan lemah terutama bahagian hipokampus (berfungsi menyimpan maklumat). Pelbagai komplikasi kesihatan mula timbul termasuklah berkaitan minda seperti sindrom Parkinson, Alzheimer, dementia, nyanyuk, menopaus, lumpuh (hipertensi) yang paling kerap menyerang golongan tua. Penghidap masalah tersebut menderita kerana saraf-saraf otak tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan akhirnya mati. Proses ini dinamakan “apoptosis”.

Garam tisu biokimia di dalam EXAMO-CKM 500 menggalakkan pertumbuhan dendron dan dendrit yang berperanan membantu menyimpan maklumat di dalam otak.

 

Panduan pemilihan pakej Examo, klik di sini

 

Posted on

Cara makan Examo di bulan puasa

Tip Makan Examo Pada Bulan Puasa Ramadhan

Macam mana nak amalkan Examo-CKM500 jika ikut jadual perlu makan 3 kali sehari pada minggu pertama?

  • Anda boleh ambil 2 slot masa ini untuk amalkan Examo-CKM500 iaitu selepas berbuka puasa (slot-1) & sebelum bersahur (slot-2).
  • Oleh kerana masa makan terhad pada bulan puasa Ramadhan, maka bolehlah jarakkan masa anggaran 5-15 minit sahaja sama ada sebelum atau selepas makan sebelum mengambilnya.

Contoh Situasi:

Pada hari biasa, amalan pengambilan Examo untuk pelajar SPM (umur 18 tahun) adalah 3 kali sehari pada minggu pertama.

Tiga (3) slot masa untuk amalkan adalah pada sebelah Pagi (slot-1), Tengah hari (slot-2) & Malam (slot-3).

Jumlah tablet yang perlu diambil pada setiap slot adalah 4 biji.

  • slot-1 = 4 biji
  • slot-2 = 4 biji
  • slot-3 = 4 biji

JUMLAH SEHARI 12 biji

Penyelesaian cara makan di bulan puasa:

  • slot-1 = 6 biji
  • slot-2 = 6 biji

JUMLAH SEHARI 12 biji

Harap panduan ini dapat membantu anda.

  • Tip lanjut boleh rujuk di sini
  • Order Set Examo Original, klik di sini