Panduan Produk

Mengapa Anda Memerlukan Examo

 

DI ALAM PERSEKOLAHAN:

Masalah yang paling kerap dialami oleh para pelajar ialah lupa, kurang tumpuan, lembam, malas, jemu dan bosan, letih, murung, hiperaktif dan sebagainya. Bebanan pelajaran boleh menyebabkan berlakunya stres dan migrain di kalangan pelajar. Persekitaran seperti sekolah, guru, rakan, keluarga dan. tanggungjawab sebagai pelajar memberi kesan yang lebih terhadap psikologi mereka.

Pada fasa inilah juga para pelajar kerap berhadapan dengan ujian dan peperiksaan formal seperti UPSR, PMR, SPM atau tahap pengajian yang lebih tinggi lagi seperti diploma atau ijazah. Para pelajar disarankan menggunakan EXAMO-CKM 500 yang berfungsi untuk menguatkan ingatan, menambah tenaga mental, mencerdaskan serta mendatangkan ketenangan.

 

INDIVIDU BERKERJAYA:

Kuat bekerja, tidak sabar, memilih kerja, kelam kabut, takut, banyak kerja, serta suasana kerja yang tidak memberangsangkan boleh memberi tekanan serta mempengaruhi prestasi kerja. Pekerja yang dedikasi selalunya berada pada tahap seimbang dari aspek fizikal, mental, emosi dan spiritual. Jadikan EXAMO-CKM 500 sebagai salah satu makanan tambahan (food supplement) harian untuk membantu mengurangkan stres dan kelesuan, serta meningkatkan keupayaan tenaga mental.

 

VETERAN:

Sejajar dengan peningkatan usia, fungsi otak semakin berkurangan dan lemah terutama bahagian hipokampus (berfungsi menyimpan maklumat). Pelbagai komplikasi kesihatan mula timbul termasuklah berkaitan minda seperti sindrom Parkinson, Alzheimer, dementia, nyanyuk, menopaus, lumpuh (hipertensi) yang paling kerap menyerang golongan tua. Penghidap masalah tersebut menderita kerana saraf-saraf otak tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan akhirnya mati. Proses ini dinamakan “apoptosis”.

Garam tisu biokimia di dalam EXAMO-CKM 500 menggalakkan pertumbuhan dendron dan dendrit yang berperanan membantu menyimpan maklumat di dalam otak.

 

Panduan pemilihan pakej Examo, klik di sini

 

X