
Sumber: google.com
BAYI SUSU IBU
Susu ibu memberi pelbagai manfaat kesihatan kepada bayi, dari sistem imunisasi hinggalah ke perkembangan organ dalaman. Berikut adalah senarai manfaat susu ibu berdasarkan sistem badan bayi.
Sistem Imunisasi
Sistem imunisasi yang sangat baik berikutan kandungan susu ibu yang mempunyai antibodi & vaksin yang baik untuk bayinya. Juga mengurangkan penyakit kanser pada zaman kanak-kanaknya.
Mata
Penglihatannya lebih tajam.
Tinggi IQ
Sejenis kolestrol dan jenis lemak lain di dalam susu ibu membantu pertumbuhan tisu saraf.
Endokrin Sistem
Mengurangkan kadar penyakit diabetes.
Telinga
Kurang mendapat jangkitan telinga.
Mulut
Perkembangan otot muka lebih baik.
Rasa Makanan
Susu ibu yang pelbagai rasa membantu bayi lebih menerima pelbagai jenis makanan apabila bayi mula makan makanan pepejal nanti. Bayi juga lebih seronok dengan rasa susu ibu yang pelbagai berbanding dengan susu formula yang mempunyai rasa yang sama sepanjang masa.
Kulit
Kurang mendapat alahan pada kulit.
Sendi dan Otot
Kanak-kanak yang minum susu ibu kurang mendapat penyakit otot.
Tekak
Kanak-kanak yang minum susu ibu kurang mendapat tonsillectomies.
Sistem Pernafasan
Bayi-bayi yang menyusui susu ibu kurang jangkitan pernafasan, kurang nafas berbunyi, kurang pneumonia dan kurang selesema.
Jantung
Bayi yang menyusui susu ibu mempunyai rendah kolestrol apabila dewasa kelak. Kadar degupan jantung juga lebih rendah pada bayi yang menyusu susu ibu & mengurangkan kadar serangan jantung.
Saluran Kencing
Kurang mendapat jangkitan pada saluran kencing.
Usus
Kurang mendapat sembelit.
Apendiks
Kanak-kanak yang membesar dengan susu ibu kurang mendapat masalah apendiks pada zaman kanak-kanaknya.
Sistem Penghadaman
Kurang mendapat cirit birit. Jika diberi susu ibu sehingga enam bulan atau lebih secara eksklusif, boleh mengurangkan risiko alergik kepada makanan. Juga boleh mengurangkan penyakit ulcerative colitis kelak.
Buah Pinggang
Kandungan garam dan protein yang minimum membolehkan susu ibu lebih mudah dicerna oleh buah pinggang bayi.

