Info Produk

Susu Biolac: Minum Hari Ini Untuk Masa Depan

kongsikan-kebaikan-susu-bio-lac

.

Kenapa Bio-Lac?

  • Meningkatkan konsentrasi dan keupayaan kognitif. Menyuburkan neuron otak.
  • Memelihara sistem penghadaman bayi
  • Menguatkan tulang dan memelihara enamel gigi.
  • Membentuk sel darah merah
  • Melembutkan kulit dan mengekalkan kelembapannya.
  • Menajamkan penglihatan

.

Susu adalah penting bagi kanak-kanak memperolehi nutrisi seimbang untuk tumbesaran fizikal dan perkembangan otak mereka. Pada ketika ini, mereka memerlukan semua khasiat untuk kesihatan mata, kulit, gigi dan tulang yang optimum.

.

Namun tanpa disedari, melalui susu juga kanak-kanak boleh terdedah kepada bahaya seperti kewujudan melamin dan dioksin di dalam susu. Di negara yang memiliki tenaga nuklear, sumber produk tenusu boleh terdedah kepada bahaya bahan radioaktif tersebut. Oleh itu, selain daripada formulasi, sumber produk tenusu juga perlu diberi keutamaan.

.

Keistimewaan susu Bio-Lac yang menjadi kegemaran bayi, telah dirumus mengikut nilai keperluan pemakanan garamtisu Biokimia (BTS) Dr. Schuessler, yang berperanan merangsang pertumbuhan dan perkembangan tisu tubuh khusus untuk tumbesaran. Bio-Lac formulasi Prof. Dr. Hj Azizan b. lsmail (Allahyarham) menjadi sumber nutrisi yang utama dalam tahun-tahun awal kehidupan bayi. susu Bio-Lac menjaga kesihatan tubuh bayi sesuai dengan konsep piramid makanan, jika diambil bersama makanan pelengkap yang seimbang.

.

Bio-Lac yang telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2001 ini dipasarkan oleh Era Edar Marketing Sdn. Bhd. Sumber tenusu Bio-Lac diimport dari New Zealand yang sememangnya terkenal dengan kualiti persekitaran dan penyediaan susu yang terbaik di dunia. Susu ibu adalah yang terbaik, tetapi sekiranya perlukan susu ganti, Bio-Lac memenuhi keperluarn bayi anda.

.

Bio-Lac membantu meningkatkan sistem imun tubuh

Kebanyakan susu formulasi telah hilang unsur ‘immunological’ ketika dalam proses penghasilannya. Unsur ini penting dan berperanan meningkatkan daya pertahanan tubuh terhadap serangan penyakit. BTS di dalam Bio-Lac membantu tubuh berhadapan dengan pelbagai stres termasuklah inflamasi, demam mendadak, kecederaan, pendarahan, panas badan dan sebagainya. Pengambilan susu formula Bio-Lac mampu menghindarkan bayi anda daripada masalah inflamasi akut yang kerap berlaku di kalangan bayi sepeti batuk, sakit sendi, bronkitis, keletihan dan jangkitan kulit.

.

Keistimewaan BTS (Garamtisu Biokimia Schuessler) berbanding asid lemak yang biasa

Di dalam susu terdapat asid lemak yang terdiri daripada DHA, EPA, AA dan GLA yang perlu untuk tumbesaran tubuh dan keperluan fungsi otak. Namun, dalam sesetengah keadaan, proses oksidasi sewaktu penyimpanan asid lemak boleh

.
mengakibalkan cirit-birit selepas pengambilan susu formula. Reaksi bersilang makanan bukan sahaja akan mengganggu tumbesaran, malah turut mempengaruhi perkembangan dan perlakuan seperti hiperaktif, kurang konsentrasi, gangguan tidur, emosi dan perilaku yang lain.

.

Konsep BTS disediakan melalui kaedah penyediaan molekul yang diperhaluskan. BTS akan diserap melalui sel epitilium lidah dan meresap terus ke dalam sistem pengaliran darah. BTS kemudiannya akan dihantar terus ke sel-sel yang memerlukannya, tanpa melalui proses penghadaman seperti biasa. Proses ini berlaku dalam tempoh yang sangat pantas.Kuantiti yang diperlukan oleh sel hanya sedikit sahaja, namun mampu memberikan kesan yang optimum dan menyeluruh kepada tubuh.

.

Peranan BTS di dalam formulasi Bio-Lac kepada otak bayi.

Sel otak sudah mula terbentuk sejak di dalam kandungan lagi dan jumlahnya semakin meningkat menjadi jutaan di usia 2 tahun. BTS di dalam susu Bio-Lac membantu menyuburkan dendron dan dendrit untuk mewujudkan hubungan antara sel bagi membentuk rangkaian fungsi.

.

Kualiti rangkaian antara sel ditentukan dan dipengaruhi oleh rangsangan dari persekitaran dan nutrisi. Kekuatan daya ingatan boleh dilakukan oleh BTS sebagai nutrisi otak.

.

Proses elektrokimia penting untuk meningkatkan keupayaan tenaga mental. la memerlukan mineral seperti kalsium, kalium dan magnesium untuk membolehkan otak melakukan proses ini yang bedaku antara 100,000 hingga 1,000,000 kali sesaat. Ciri-ciri keperluan untuk proses elektrokimia tersebut terdapat di dalam formulasi BTS ini.

.

BTS di dalam Bio-Lac penting untuk tumbesaran yang normal. la membantu pertumbuhan saraf dan otot. Keupayaan kognitif bayi boleh dirangsang sedari awal lagi. Penyerapan maklumat berlaku dengan pantas dan bayi cepat memberi refleks terhadap persekitaran. Garamtisu inorganik BTS di dalam susu Bio-Lac penting untuk keperluan neuron otak. Seperti juga Selenium dan Vitamin E, ciri-ciri antioksidan terdapat di dalam BTS berfungsi untuk meningkatkan kekebalan sistem tubuh. la penting untuk memelihara kesihatan mental, mengurangkan keletihan otot, masalah depresi dan keresahan ketika tidur.

.

Peranan Bio-Lac dalam memelihara sistem penghadaman

Sistem penghadaman bayi melibatkan organ yang paling sensitif. Oleh sebab itulah, pertukaran susu ibu kepada susu formula perlu dilakukan secara perlahan iaitu sekurang-kurangnya 2 minggu untuk membolehkan sistem pencernaan mengadaptasi perubahan ini. Kebiasaannya, ketika ini akan berlaku cirit-birit atau sembelit bergantung kepada jenis susu formula, bancuhan dan kandungannya.

.

Bancuhan susu formula yang terlalu pekat boleh menyebabkan sembelit dan jika terlalu cair, boleh mengakibatkan cirit-birit. Perubahan warna najis juga mempunyai kaitannya dengan susu formula yang digunakan. Najis berwarna coklat kekuningan menunjukkan terdapat sisa susu formula tersebut di dalam usus. Najis berwarna hijau pula menandakan terdapat kehadiran zat besi yang berlebihan di dalam susu formula tersebut. Susu formula dianggap normal selagi bayi tidak sembelit atau meragam.

.

BTS di dalam formulasi susu Bio-Lac bertindak mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembiakan bakteria baik dan memelihara sistem penghadaman. Sesuai diminum bagi mengurangkan masalah sembelit, kembung, koliks, diarea serta alahan.

.

Kalsium untuk pertumbuhan tulang yang kuat dan gigi yang sihat

Kandungan kalsium yang terdapat di dalam formulasi susu Bio-Lac berperanan merangsang pembentukan tulang dan gigi bayi. Kehadiran vitamin D3 pula membantu tubuh dalam penggunaan kalsium dan fosforus. lstimewanya susu Bio-Lac adalah kerana BTS memiliki saiz molekul yang sangat halus dan senario ini akan membolehkan penyerapan kalsium pada kadar optimum tanpa melebihi had keperluan tubuh. lnsyaAllah, bayi akan menjadi semakin aktif dan cepat berjalan kerana struktur tulang yang semakin kuat dan sempurna. Susu Bio-Lac juga sesuai dijadikan sebagai persediaan awal untuk melambatkan proses osteoporosis apabila menjelang hari tua kelak.

.

Zat besi menjadikan anak anda lebih sihat dan aktif

Apabila bayi semakin membesar dan aktif, kepeduan terhadap zat besijuga akan semakin meningkat. Simpanan zat besi yang semakin berkurangan dalam tubuh dan kelemahan penyerapannya oleh tubuh apabila bayi meminum susu formula boleh menyebabkan berlakunya masalah seperti anemia, pucat, lesu dan mudah diserang demam. Masalah ini dapat diatasi dengan pengambilan susu Bio-Lac kerana sifat BTS yang halus membolehkan sel tubuh menyerap zal besi pada tahap optimum dan efisyen. Maka, tidak hairanlah jika kanak-kanak Bio-Lac lebih pintar, sihat dan aktif berbanding kanak-kanak yang lain.

X