Panduan Order Online

Kesilapan Membuat Makluman Bayaran Order

Di sini kami ingin kongsikan beberapa kesilapan lazim yang dilakukan oleh pelanggan berkaitan makluman bayaran terutama untuk pilihan “Bank Transfer”:

.

1. Tidak Membuat Makluman Bayaran

Membuat bayaran melalui maybank2u bukan bermakna kami tahu siapa membuat bayaran untuk order siapa terutamanya jika maklumat wajib yang diperlukan tidak dilengkapkan. Untuk maklumat cara membuat makluman bayaran, klik di sini

 

2. Lewat Membuat Makluman Bayaran

Oleh kerana kami memproses order secara kelompok (batch), order anda hanya akan diperoses untuk penghantaran dalam kelompok terhampir selepas makluman dibuat. Untuk maklumat bagaimana kami memproses order anda, kik di sini

 

3. Makluman Bayaran Tidak Lengkap

Sama ada makluman tersebut dibuat melalui SMS, Whatsapp atau E-mail, ia mungkin:
– Tidak mengandungi info Nombor Order (Order Number)
– Tidak disertakan salinan slip bayaran

 

4. Membayar Ke Akaun Yang Silap

Oleh kerana mungkin ramai peniaga online lain yang menjual di web, pastikan anda membayar kepada peniaga di mana anda membuat order dengannya. No akaun kami ada tercatat pada invois/rekod order bila anda membuat tempahan melalui sistem MYORDER.

 

Berikut adalah contoh transaksi maybank2u yang betul semasa membuat 3rd Party Fund Transfer.

SKRIN 1:

Mesti letakkan alamat email admin @ edaransalindah.com.my (bukan alamat email anda!) & nombor rujukan order supaya salinan transaksi dihantar ke email kami untuk pengesahan.

Anda boleh gunakan no telefon anda sebagai rujukan jika tidak ada nombor rujukan ‘Order Number’

.

SKRIN 2:

Salinan slip transaksi maybank2u (salinan slip bayaran) akan terus masuk ke email kami bersama maklumat yang lengkap untuk kami sahkan bayaran & seterusnya memperoses order anda.

 

Tidak perlu membuat makluman lanjut jika anda telah patuh kepada panduan ini. Walau bagaimanapun tidak menjadi kesalahan jika anda ingin membuat makluman ke-2 melalui sms atau saluran lain.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

X