Set Lengkap Salindah

RM501.30

SET LENGKAP SALINDAH:
1 x Salindah-Set Hamil (B1~B6)
1 x Salindah-Set Bersalin (L7~L12) *
1 x Buku Panduan Salindah
* Hamda Aqua Herbs menggantikan L11 dalam Set Bersalin
Salindah dirumus khas daripada ubat-ubatan mengikut kaedah Homeopati, Biokimia dan Herbalisme yang tidak memberi sebarang kesan sampingan. Ia merangkumi tiga tempoh iaitu Pemakanan Ketika Hamil (ceraian B1~B3), Persediaan Waktu Bersalin (ceraian B4~B6) dan Rawatan Dalam Masa Pantang (ceraian L7~L12).

Description

Tahniah kerana bakal mendapat baby!
Set Hamil Salindah Terbaik Khas Untuk Puan!

slide-myorder-edaran-salindah-3

MAKLUMAN!!!

* Pakej ini mengandungi produk Hamda Aqua Herbs menggantikan Salindah L11

Aqua Herbs dirumus dari 10 herba terpilih. Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan. Formula baru menggantikan produk lama Salindah L11.
PBKD: MAL16120017T

 

Kebaikan Hamda Aqua Herbs :

Dirumus khas daripada 10 herba terpilih dan digunakan secara tradisional untuk:

  • Menyokong kesihatan keseluruhan tubuh.

  • Menguatkan badan, terutamanya selepas bersalin.

  • Kini hadir dengan formula baharu yang lebih berkesan, menggantikan produk lama Salindah L11.

.

 

SEJARAH

Bagi wanita, kehamilan atau mengandung adalah suatu pengalaman yang tidak sama dengan pengalaman-pengalaman lain yang pernah dilalui, terutamanya wanita yang mengandung untuk kali pertama. Ada yang tersangat gembira dengan berita kehamilan itu dan ada pula yang menjadi bimbang dan cemas terutamanya bila menjelang waktu-waktu hampir melahirkan anak. Ini berlaku kerana mungkin bakal ibu ini pernah mendengar pelbagai khabar bagaimana susahnya untuk melahirkan anak.

salindah-benarkah-04

Setelah menyedari masalah yang dihadapi kaum wanita semasa mengandung, Prof. Dr. Azizan bin Hj. Ismail (DR. AZIZAN) telah mengkaji secara mendalam mengenai kehamilan dari semua aspek dan kemudian berusaha menghasilkan suatu rencana makanan jagaan rawatan ibu dan anak yang dikandung. Dengan adanya rencana makanan ini, maka kaum wanita dapata melalui zaman kehamilan dan dapat melahirkan anak dengan aman tenteram, jauh daripada rasa takut, cemas dan bimbang, terhindar daripada aneka rupa masalah waktu mengandung, semasa bersalin dan selepas bersalin. Dengan itu mengandung dan bersalin akan menjadi suatu pengalaman yang dapat dinikmati. Rencana makanan jagaan dan rawatan kehamilan ini telah banyak berbakti kepada kaum ibu, dan telah mendapat sanjungan di kalangan ibu dan para doktor, bukan hanya dari dalam Malaysia malah juga oleh mereka dari luar negara. Prof. Dr. Azizan menamakan rencana jagaan dan rawatan kehamilan ini sebagai SALINDAH.

Bagi mereka yang mengambil rencana SALINDAH ini adalah dinasihatkan agar sekali sekala ke pusat pemeriksaan kehamilan untuk memeriksa kandungannya. Oleh kerana ada di antara ibu yang menggunakan SALINDAH bersalin tanpa bidan yang menyambut kelahiran bayinya, maka adalah disarankan agar segera mendapatkan bidan atau pun di bawa kehospital apabila terasa sahaja hendak bersalin walaupun rasa sakit tidak bersungguh.

Hasil kajian yang begitu lama, SALINDAH mulai diperkenalkan kepada masyarakat sejak tahun 1980. SALINDAH merangkumi kedua peringkat dari sebelum bersalin sampai waktu lepas bersalin. SALINDAH Set Lengkap mulai dari 3 bulan hamil dan tamat pada habis waktu pantang, iaitu kira-kira 40 hari lepas bersalin. Bagi ibu yang mengambil SALINDAH Set Lengkap ini maka ia memperolehi keseluruhan kebaikannya. Perlu juga dinyatakan di sini bahawa rencana makanan jagaan dan rawatan ibu hamil ini disediakan daripada ubat-ubatan  menurut kaedah Homeopati dan Biokimia yang telah memang dimaklumkan tidak boleh mendatangkan sebarang kesan sampingan atau keracunan.

Semasa mengandung ibu-ibu adalah dinasihatkan agar menjaga makan minumnya. Prof. Dr. Azizan yakin bahawa banyak daripada masalah-masalah kesihatan yang dideritai oleh bayi yang baru lahir dan kanak-kanak seperti jantung berlubang, penyakit kunung, cacat anggota tertentu, leukimia, thalassemia dan lain-lain lagi ada kaitannya dengan amalan makan minum ibu sewaktu hamil.

WANITA PERTAMA PENGGUNA SALINDAH

Prof. Dr. Hjh. Hamsiah binti Ismail
Pengurus Besar EEMSB (kumpulan syarikat DR. AZIZAN)

wanita_salindah3

Pada peringkat awal kajian Allahyarham Prof. Dr. Azizan Ismail, saya telah diberikan remedi sebelum bersalin, iaitu B4, B5 dan B6. Ketika itu, saya sedang hamil anak kedua. Semasa mengandungkan anak ketiga, Prof. Dr. Azizan memberikan remedi lengkap dari B1 hingga B6. Bagi kehamilan anak keempat pula, saya hanya mengambil remedi selepas bersalin, iaitu L7 hingga L12, kerana remedi sebelum bersalin telah kehabisan.

Namun begitu, bermula dari kehamilan anak kelima sehingga anak ke-12, saya berpeluang menggunakan Set Lengkap Salindah. Alhamdulillah, berkat usaha gigih Prof. Dr. Azizan yang tidak pernah berputus asa, saya dapat melahirkan kesemua anak dengan mudah — dengan izin Allah dan juga amalan saya menggunakan produk SALINDAH.

Empat orang anak saya dilahirkan di hospital, manakala lapan lagi dilahirkan di rumah. Kesemua proses kelahiran berjalan lancar tanpa sebarang jahitan, malah saya bersalin dengan sangat mudah.

Saya yakin kegembiraan melahirkan anak dengan mudah ini turut dirasai oleh ramai ibu lain yang pernah menggunakan SALINDAH. Alhamdulillah.

KELULUSAN KEMENTERIAN KESIHATAN

 

Sumber:
Registered Products Search
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan

mal_salindah3

Nota:

homeolab

DARULAMAN HOMEOPATHIC LABORATORIES (M) SDN. BHD. atau dikenali sebagai HOMEOLAB merupakan kilang homeopati pertama di Malaysia dan Asia Tenggara. HOMEOLAB merupakan salah satu syarikat di bawah kumpulan DR. AZIZAN, yang bertanggungjawab mengilangkan produk formulasi hasil ciptaan Allahyarham Prof. Dr. Azizan bin Haji Ismail seperti SALINDAH, EXAMO, dan lain-lain.

 

 

Jadual/Carta Masa Guna Salindah:

* Rujuk bar warna hijau

* Gantikan L11 dengan Hamda Aqua Herbs

jadual-cara-makan-ceraian-set-hamil-set-bersalin-salindah

.

KETERANGAN ITEM PRODUK SALINDAH

(SEMASA HAMIL)

Salindah-Ceraian B1
Masa Guna:
Mulai minggu ke-12 hamil
Kandungan:
336 Biji
Khasiat:

  • Membekalkan zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu mengandung.

  • Membantu mengurangkan atau menghilangkan muntah, loya, serta alahan semasa kehamilan.

  • Menyokong tumbesaran janin secara sihat dan seimbang.

  • Mencegah gejala seperti demam, batuk, selesema, rasa sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain.

  • Membantu mengurangkan kesan akibat terjatuh atau terhentak.

  • Melancarkan aliran darah bagi mencegah berlakunya simpul urat di kaki.

  • Mengurangkan keletihan dan kelesuan, sekaligus meningkatkan tenaga ibu hamil.

 

Salindah-Ceraian B2
Masa Guna:
Mulai minggu ke-24 hamil
Kandungan:
112 Biji
Khasiat:

  • Membekalkan zat penting untuk menyokong tumbesaran janin, menguatkan tulang serta membantu perkembangan otak janin.

  • Membantu menambah darah bagi keperluan ibu hamil.

  • Meningkatkan selera makan dan mengurangkan sengal tulang serta rasa kebas pada kaki dan tangan.

  • Mencegah serangan sejuk dan sakit gigi.

  • Membantu mencegah risiko osteoporosis, terutamanya dalam kalangan ibu mengandung.

 

Salindah-Ceraian B3
Masa Guna:
Mulai minggu ke-28 hamil
Kandungan:
336 Biji
Khasiat:

  • Membekalkan zat penting untuk pembinaan saraf dan perkembangan otak bayi.

  • Membantu mengurangkan rasa takut, cemas, dan bimbang.

  • Mencegah simpul biawak (kekejangan otot) atau krem betis.

  • Memberi ketenangan emosi dalam menghadapi saat bersalin.

 

Salindah-Ceraian B4
Masa Guna:
Mulai 4 minggu sebelum bersalin
Kandungan:
30 Biji
Khasiat:

  • Mengawal tanda-tanda awal sebelum berlakunya kontraksi palsu (alamat palsu).

  • Mengurangkan kesakitan ketika bersalin, termasuk sakit urat dan otot.

  • Menyediakan saluran peranakan dengan membantu mengendur dan menganjalkan otot-otot pencerut.

  • Memudahkan proses kelahiran bayi secara semula jadi.

  • Menghilangkan perasaan takut dan cemas menjelang kelahiran.

 

Salindah-Ceraian B5
Masa Guna:
Mulai 2 minggu sebelum bersalin
Kandungan:
84 Biji
Khasiat:

  • Menyokong dan menguatkan kesan remedi B4.

  • Mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan.

  • Memberi daya teranan (kontraksi) yang lebih berkesan semasa proses bersalin.

 

Salindah-Ceraian B6
Masa Guna:
Mulai 1 minggu sebelum bersalin atau semasa dalam ‘labour pain’
Kandungan:
30 Biji
Khasiat:

  • Menguatkan daya teranan semasa proses bersalin.

  • Membantu mengurangkan kesakitan ketika bersalin.

  • Mempercepat dan memudahkan proses kelahiran bayi.

  • Membantu membuka saluran peranakan dengan lebih luas.

  • Mengurangkan kesakitan selepas bersalin.

 

KETERANGAN ITEM PRODUK SALINDAH

(SELEPAS BERSALIN)

Salindah-Ceraian L7
Masa Guna:
selepas bersalin
Kandungan:
30 ml
(kegunaan luaran sahaja)
Khasiat:

  • Membantu mempercepatkan penyembuhan luka atau jahitan.

  • Melegakan kesakitan pada kawasan luka atau jahitan.

  • Mencegah jangkitan kuman dan pengumpulan nanah.

 

Salindah-Ceraian L8
Masa Guna:
Mulai 5 jam selepas bersalin
Kandungan:
30 Biji
Khasiat:

Cara penggunaan:

  • Ambil remedi ini sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Kegunaan remedi ini:

  • Membantu meredakan rasa sakit selepas bersalin.

  • Menghentikan pendarahan dengan lebih cepat.

  • Mencegah gangguan emosi seperti meroyan.

  • Mengurangkan risiko demam dan sakit kepala selepas bersalin.

 

Salindah-Ceraian L9
Masa Guna:
Mulai hari ke 2 selepas bersalin
Kandungan:
16 Biji
Khasiat:

  • Menghilangkan rasa sengal dan bisa-bisa selepas bersalin.

  • Melegakan simptom meroyan.

  • Menghentikan darah nifas dengan lebih berkesan.

  • Membantu memulihkan dan membetulkan urat-urat darah yang terjejas semasa bersalin.

  • Menyusun semula kedudukan alat peranakan.

  • Menguatkan seluruh anggota badan selepas bersalin.

 

Salindah-Ceraian L10
Masa Guna:
Mulai hari ke 6 selepas bersalin
Kandungan:
96 Biji
Khasiat:

  • Mempercepatkan pengecutan rahim dan saluran peranakan selepas bersalin.

  • Membantu mengangkat semula rahim ke kedudukan asalnya.

  • Mengurangkan masalah simpul urat biru (varikos).

 

Hamda Aqua Herbs
(Nama baharu untuk Salindah-Ceraian L11)
Masa Guna:
Mulai hari ke 7 selepas bersalin
Kandungan:
250 ml
(minuman tonik)
Khasiat:

  • Memanaskan badan dan meningkatkan tenaga.

  • Menambah selera makan.

  • Memperbaiki sistem penghadaman dan melancarkan pembuangan najis.

  • Menenangkan tidur dan membantu rehat yang berkualiti.

  • Menghilangkan rasa kebas-kebas pada anggota badan.

  • Menyegarkan rahim dan menguatkan alat peranakan.

 

Salindah-Ceraian L12
Masa Guna:
Mulai hari ke 21 selepas bersalin hingga lepas pantang.
Kandungan:
96 Biji
Khasiat:

  • Mengekalkan kesihatan tubuh secara menyeluruh.

  • Mengembalikan kekuatan dan tenaga selepas bersalin.

  • Memulihkan fungsi dan kesihatan alat peranakan.

  • Memberi kesegaran dan kecergasan tubuh badan.

Additional information

Weight 2000 g