Description
Tahniah atas kehamilan anda!
Semoga dipermudahkan segala urusan sehingga selamat melahirkan cahaya mata.
Tidak pasti nak pilih Ceraian atau Set Salindah yang sesuai?
Keliru bila masa yang sesuai untuk mula mengambilnya?
Semak panduan lengkap melalui KALKULATOR SALINDAH.
Salindah – Ceraian B3~B6 merupakan set yang mengandungi 4 item Salindah Ceraian, iaitu B3, B4, B5 dan B6. Set ini dirumus khas untuk ibu hamil dan digunakan secara berperingkat, bermula dari minggu ke-28 kehamilan sehingga menjelang waktu bersalin.
Set ini membantu melengkapkan persediaan ibu dalam menghadapi fasa akhir kehamilan dan proses kelahiran.
Kandungan Set
- Salindah Ceraian B3 – 336 biji
- Salindah Ceraian B4 – 30 biji
- Salindah Ceraian B5 – 84 biji
- Salindah Ceraian B6 – 30 biji
Khasiat & Kegunaan
Salindah Ceraian B3
Masa penggunaan:
Bermula minggu ke-28 kehamilan.
Khasiat:
- Membekalkan zat penting untuk pembinaan saraf dan perkembangan otak bayi.
- Membantu mengurangkan rasa takut, cemas dan bimbang.
- Membantu mencegah kekejangan otot atau krem betis.
- Memberikan ketenangan emosi dalam menghadapi saat bersalin.
Salindah Ceraian B4
Masa penggunaan:
Bermula 4 minggu sebelum bersalin.
Khasiat:
- Membantu mengawal tanda-tanda awal sebelum berlakunya kontraksi palsu.
- Membantu mengurangkan kesakitan ketika bersalin, termasuk sakit urat dan otot.
- Membantu menyediakan saluran peranakan dengan mengendur dan menganjalkan otot-otot pencerut.
- Membantu memudahkan proses kelahiran bayi secara semula jadi.
- Membantu mengurangkan perasaan takut dan cemas menjelang kelahiran.
Salindah Ceraian B5
Masa penggunaan:
Bermula 2 minggu sebelum bersalin.
Khasiat:
- Menyokong dan menguatkan kesan remedi B4.
- Membantu mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan.
- Membantu memberikan daya teranan (kontraksi) yang lebih berkesan semasa proses bersalin.
Salindah Ceraian B6
Masa penggunaan:
Bermula 1 minggu sebelum bersalin atau semasa mengalami labour pain.
Khasiat:
- Membantu menguatkan daya teranan semasa proses bersalin.
- Membantu mengurangkan kesakitan ketika bersalin.
- Membantu memudahkan proses kelahiran bayi.
- Membantu membuka saluran peranakan dengan lebih luas.
- Membantu mengurangkan kesakitan selepas bersalin.
Cara Penggunaan Mengikut Peringkat Kehamilan
Minggu ke-28 kehamilan
→ Mulakan Salindah Ceraian B3
4 minggu sebelum bersalin
→ Mulakan Salindah Ceraian B4
2 minggu sebelum bersalin
→ Mulakan Salindah Ceraian B5
1 minggu sebelum bersalin / semasa labour pain
→ Mulakan Salindah Ceraian B6
Nota: Penggunaan Ceraian B3 hingga B6 adalah mengikut peringkat kehamilan dan tempoh menjelang kelahiran seperti yang dinyatakan dalam panduan Salindah.
Kelebihan Set Ceraian B3~B6
Set ini sesuai untuk ibu hamil yang ingin mendapatkan Ceraian Salindah secara berasingan dan memerlukan rangkaian penjagaan bermula dari minggu ke-28 kehamilan sehingga menjelang waktu bersalin.
Tahniah kerana bakal mendapat cahaya mata! Semoga dipermudahkan segala urusan kehamilan dan proses kelahiran, serta dikurniakan kesihatan yang baik buat ibu dan bayi.









