Banner Hari Kebangsaan 2026 - Examo Set Kombo

Salindah – Ceraian B4~B6

RM125.00

Set ini terdiri daripada 3 item Salindah – Ceraian B4 hingga B6 (item berasingan), yang digunakan bermula dari minggu ke-36 kehamilan.

Description

Tahniah atas kehamilan anda!
Semoga dipermudahkan segala urusan sehingga selamat melahirkan cahaya mata.

Tidak pasti nak pilih Ceraian atau Set Salindah yang sesuai?
Keliru bila masa yang sesuai untuk mula mengambilnya?

Semak panduan lengkap melalui KALKULATOR SALINDAH.

 

Merupakan set yang mengandungi tiga ceraian Salindah, iaitu Salindah Ceraian B4, Salindah Ceraian B5 dan Salindah Ceraian B6. Set ini diformulasikan khas sebagai pelengkap kepada penjagaan ibu hamil dalam persediaan menghadapi waktu bersalin.

Salindah Ceraian B4, B5 dan B6 digunakan secara berperingkat mengikut tempoh kehamilan dan jangkaan tarikh bersalin. Set ini sesuai untuk ibu hamil yang telah memasuki fasa akhir kehamilan, khususnya bermula sekitar 4 minggu sebelum jangkaan bersalin.

Khasiat

Salindah Ceraian B4

Membantu menyediakan ibu untuk menghadapi proses kelahiran dengan:

  • Membantu mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan menjelang waktu bersalin.
  • Membantu mengurangkan rasa takut, cemas dan bimbang.
  • Membantu mengendur dan menganjalkan otot-otot di kawasan saluran peranakan.
  • Membantu mempersiapkan tubuh ibu untuk menghadapi proses kelahiran.

Salindah Ceraian B5

Membantu melanjutkan tindakan Salindah Ceraian B4 dengan:

  • Membantu mengendur dan menganjalkan otot-otot di kawasan saluran peranakan.
  • Membantu memberikan sokongan kepada ibu ketika menghadapi proses bersalin.
  • Membantu mempersiapkan ibu untuk menghadapi proses kelahiran.

Salindah Ceraian B6

Digunakan pada peringkat akhir sebelum dan ketika proses bersalin untuk:

  • Membantu mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan sewaktu bersalin.
  • Membantu menyokong proses kelahiran.
  • Membantu mempersiapkan ibu menghadapi proses bersalin.

Cara Pengambilan

Salindah Ceraian B4
Boleh diambil bermula 4 minggu sebelum jangkaan bersalin.

Salindah Ceraian B5
Boleh diambil bermula 2 minggu sebelum jangkaan bersalin.

Salindah Ceraian B6
Boleh diambil bermula 1 minggu sebelum jangkaan bersalin atau ketika mengalami tanda-tanda bersalin (labour pain).

Nota: Penggunaan Salindah Ceraian B4, B5 dan B6 adalah secara berperingkat mengikut tempoh kehamilan dan jangkaan tarikh bersalin.

Kandungan Set

Set Ceraian Salindah Part 2 mengandungi:

  • 1 x Salindah Ceraian B4
  • 1 x Salindah Ceraian B5
  • 1 x Salindah Ceraian B6

Salindah telah dikenali dan digunakan sejak tahun 1980 sebagai rangkaian penjagaan ibu sepanjang tempoh kehamilan dan selepas bersalin.

Tahniah kerana bakal menimang cahaya mata! Semoga dipermudahkan segala urusan kehamilan dan proses kelahiran, serta dikurniakan kesihatan yang baik buat ibu dan bayi.

 

Additional information

Weight 300 g