Banner Hari Kebangsaan 2026 - Examo Set Kombo

Salindah – Ceraian B2~B6

RM213.00

Terdiri dari 5 item Salindah – Ceraian B2~B6 (loose items) untuk kegunaan dari  minggu kehamilan yang ke-24.

Description

Tahniah atas kehamilan anda!
Semoga dipermudahkan segala urusan sehingga selamat melahirkan cahaya mata.

Tidak pasti nak pilih Ceraian atau Set Salindah yang sesuai?
Keliru bila masa yang sesuai untuk mula mengambilnya?

Semak panduan lengkap melalui KALKULATOR SALINDAH.

Salindah – Ceraian B2~B6 merupakan set yang mengandungi lima ceraian Salindah, iaitu Salindah Ceraian B2, B3, B4, B5 dan B6. Set ini diformulasikan khas untuk ibu hamil dan digunakan secara berperingkat, bermula dari minggu ke-24 kehamilan sehingga menjelang dan semasa proses bersalin.

Set ini sesuai untuk ibu hamil yang ingin mendapatkan rangkaian Ceraian Salindah bagi membantu menjaga keperluan ibu dan bayi pada peringkat akhir kehamilan serta membuat persediaan menghadapi proses kelahiran.

Kandungan Set

  • Salindah Ceraian B2 – 112 biji
  • Salindah Ceraian B3 – 336 biji
  • Salindah Ceraian B4 – 30 biji
  • Salindah Ceraian B5 – 84 biji
  • Salindah Ceraian B6 – 30 biji

Khasiat & Kegunaan

Salindah Ceraian B2

Masa penggunaan:
Bermula minggu ke-24 kehamilan.

Khasiat:

  • Membekalkan zat penting untuk menyokong tumbesaran janin, menguatkan tulang serta membantu perkembangan otak janin.
  • Membantu menambah darah bagi keperluan ibu hamil.
  • Membantu meningkatkan selera makan.
  • Membantu mengurangkan sengal tulang serta rasa kebas pada kaki dan tangan.
  • Membantu mencegah serangan sejuk dan sakit gigi.
  • Membantu mencegah risiko osteoporosis, terutamanya dalam kalangan ibu mengandung.

Salindah Ceraian B3

Masa penggunaan:
Bermula minggu ke-28 kehamilan.

Khasiat:

  • Membekalkan zat penting untuk pembinaan saraf dan perkembangan otak bayi.
  • Membantu mengurangkan rasa takut, cemas dan bimbang.
  • Membantu mencegah kekejangan otot atau krem betis.
  • Membantu memberikan ketenangan emosi dalam menghadapi saat bersalin.

Salindah Ceraian B4

Masa penggunaan:
Bermula 4 minggu sebelum bersalin.

Khasiat:

  • Membantu mengawal tanda-tanda awal sebelum berlakunya kontraksi palsu.
  • Membantu mengurangkan kesakitan ketika bersalin, termasuk sakit urat dan otot.
  • Membantu menyediakan saluran peranakan dengan mengendur dan menganjalkan otot-otot pencerut.
  • Membantu memudahkan proses kelahiran bayi secara semula jadi.
  • Membantu mengurangkan perasaan takut dan cemas menjelang kelahiran.

Salindah Ceraian B5

Masa penggunaan:
Bermula 2 minggu sebelum bersalin.

Khasiat:

  • Menyokong dan menguatkan kesan remedi B4.
  • Membantu mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan.
  • Membantu memberikan daya teranan (kontraksi) yang lebih berkesan semasa proses bersalin.

Salindah Ceraian B6

Masa penggunaan:
Bermula 1 minggu sebelum bersalin atau semasa mengalami labour pain.

Khasiat:

  • Membantu menguatkan daya teranan semasa proses bersalin.
  • Membantu mengurangkan kesakitan ketika bersalin.
  • Membantu memudahkan proses kelahiran bayi.
  • Membantu membuka saluran peranakan dengan lebih luas.
  • Membantu mengurangkan kesakitan selepas bersalin.

Cara Penggunaan Mengikut Peringkat Kehamilan

Minggu ke-24 kehamilan
→ Mulakan Salindah Ceraian B2

Minggu ke-28 kehamilan
→ Mulakan Salindah Ceraian B3

4 minggu sebelum bersalin
→ Mulakan Salindah Ceraian B4

2 minggu sebelum bersalin
→ Mulakan Salindah Ceraian B5

1 minggu sebelum bersalin / semasa labour pain
→ Mulakan Salindah Ceraian B6

Kelebihan Set Ceraian B2~B6

Set ini menyediakan rangkaian Ceraian Salindah secara berperingkat, bermula dari minggu ke-24 kehamilan sehingga proses bersalin. Ia merangkumi penjagaan pada peringkat akhir kehamilan, persediaan menghadapi kelahiran dan sokongan ketika proses bersalin.

Tahniah kerana bakal mendapat cahaya mata! Semoga dipermudahkan segala urusan kehamilan dan proses kelahiran, serta dikurniakan kesihatan yang baik buat ibu dan bayi.

 

Additional information

Weight 500 g