Makluman Semasa

Order hari ini sampai esok?

 

makanan-bayi-growell-susu-bio-lac

.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, kami banyak menerima maklumbalas dari pelanggan dengan mesej “URGENT” meminta agar tempahan mereka sampai pada keesokan harinya.

.

notis-order-kedai-online-myorder-edaran-salindah-2016-2017

Walaupun kami sebenarnya ingin ia berlaku seperti itu, namun agak mustahil kerana kekangan masa disebabkan servis penghantaran tempahan dibuat oleh pihak ke tiga iaitu sama ada CITYLINK* (untuk berat parcel melebihi 1kg) atau POSLAJU* (berat parcel kurang dari 1kg).

Jika anda ingin mendapatkan maklumat bagaimana kami memproses tempahan yang dibuat, silalah rujuk seksyen maklumat Kelompok Pos di pautan  ini:

Kelompok Pos

 

Kami tidak menafikan memang ada antara produk yang diperlukan secara “URGENT” seperti suau bayi Bio-Lac. Namun ia sebenarnya boleh dirancang untuk memenuhi kekangan masa tersebut seperti membuat order bila stok anda berbaki 2 pek atau memastikan baki akhir susu Bio-Lac sekurang-kurangnya boleh bertahan untuk tempoh 4~5 hari.

 

Kami mohon jutaan maaf kepada anda seandainya tidak dapat memenuhi hasrat anda ‘order hari ini sampai esok’. Dalam keadaan biasa, order biasanya sampai dalam tempoh 1~3 hari bekerja selepas dari tarikh Kelompok Pos diproses. Jangkamasa sebenar penghantaran biasanya akan lebih panjang pada musim cuti panjang seperti cuti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Raya Cina & Krismas pada akhir tahun.

 

Ini bermakna, anda sekurang-kurangnya terpaksa menunggu untuk tempoh 4~5 hari termasuk hari Kelompok Pos untuk menerima pesanan anda.

Untuk memahami lanjut bagaimana kami memproses order anda, rujuk seksyen maklumat Kelompok Pos di pautan  ini:

Kelompok Pos

 

Nota:
* Servis kurier mungkin berubah dari masa ke masa mengikut kesesuaian.

Biasanya kami akan kemaskini status penghantaran order melalui makluman e-mail / SMS & ia juga boleh disemak secara online melalui Track Shipment kami di sini:

Track Shipment

 

X