Info Produk

Kenapa susu Bio-Lac tak ada DHA ?

makanan-bayi-growell-susu-bio-lac
.

“Kenapa susu Bio-Lac tak ada DHA ?”

Itu antara soalan yang sering ditanya kepada saya. Susah juga saya nak jawab bila ia hendak dibanding dengan produk susu lain dipasaran.

.

Sama juga dengan soalan berkaitan Growell:

“Kenapa Growell tak halus macam produk *** ?”

Dua soalan ini sebenarnya mempunyai jawaban yang sama, sepertimana yang dijelaskan oleh Prof. Dr. Hjh. Hamsiah Ismail (Penasihat/CEO KUSDA Holdings Berhad) dalam satu majlis.

Beliau adalah individu penting dalam barisan pengurusan syarikat yang mengeluarkan produk susu Bio-Lac, Growell & rangkaian produk lain:

“Kita bukan keluarkan produk sebab ada orang lain mengeluarkannya; produk susu lain ada DHA tapi kita ada BTS kerana mereka ada kajian mereka sendiri tentang kebaikan DHA manakala kita dengan kajian BTS”.

.

Begitu juga halnya dengan Growell:

“Teksturnya agak kasar sedikit berbanding produk lain sebab kajian kita, dengan tekstur begitu ia membuatkan bayi sedar ada sesuatu dalam mulutnya & tidak mudah tertidur semasa makan yang boleh mengakibatkan bayi tercekik. Tekstur sebegitu memang sesuai dan serasi dengan bayi.”

.

Lagipun jika susu Bio-Lac ikut-ikut apa yang ada di pasaran, maka tidaklah ia jadi BIO-LAC !

X