Panduan Order Online

Cara Maklumkan Bayaran Order

PENTING!!!
Maklumkan Bayaran Anda BERSAMA Bukti Bayaran!

 

CARANYA:

1. Melalui E-Mail:

E-mailkan slip bayaran bank in (resit ATM atau  resit perbankan internet) 

.

2. Melalui SMS:

CONTOH SMS MAKLUMAN BAYARAN ORDER

 Nyatakan info berikut semasa membuat makluman bayaran melalui SMS:
1. Nama penuh penerima order
2. Nama akaun pembayar (jika perbankan internet) ***
3. NO. RUJUKAN ORDER / ORDER NUMBER (jika ada)
4. Nama bank
5. Jumlah bayaran
6. Tarikh & masa bayaran dibuat

 

Nota:

Anda mungkin membuat order atas nama anda sebagai PENERIMA tetapi dibayar dari akaun perbankan internet  oleh pasangan atau rakan sekerja. Maklumkan kepada kami dengan jelas SIAPA yang membuat bayaran dan untuk SIAPA.

Contoh:

“Saya En. Abdul Razak telah buat bayaran ke akaun MAYBANK jumlah RM370 untuk Pn Khairulnisa binti Nawawi, ORDER NUMBER: 100008888 pada 23/02/2017  jam 12thari.”

Mengapa kami perlukan Nama Akaun Pembayar? *** 

Mari lihat situasi ini:

Katakan nama anda yang membuat order adalah SITI.
Kemudian anda maklumkan kepada kami anda telah transfer jumlah RM50 ke AKAUN CIMB.
Kami semak AKAUN CIMB & nampak jumlah RM50 tetapi dengan remarks AHMAD.

Dalam contoh di atas kami tak dapat sahkan (matching) bayaran anda, kecuali anda maklumkan begini:
“Saya SITI telah transfer RM50 dalam cimb dari akaun AHMAD”!

.

3. Melalui Whatsapp:

Gunakan kamera telefon bimbit anda dan hantar makluman melalui whatsapp. Sertakan bersama info bayaran seperti kaedah Melalui SMS di atas.

X