Artikel

Cabaran Pembentukan Keluarga Bahagia

 

Pembentuan keluarga bahagia merupakan salah satu isu yang berbangkit dalam cabaran Wawasan 2020. Sebenarnya, terdapat beberapa langkah yang perlu di mainkan oleh ibu bapa dalam penbentukan keluarga bahagia.

 

 

Antara langkah yang perlu di mainkan oleh ibu bapa dalam pembentukan keluarga bahagia ialah dengan memberikan didikan agama kepada anak-anak. Agama merupakan benteng yang paling utuh dalam memastikan anak-anak terhindar daripada perkara yang tidak baik. Ajaran agama yang diberikan oleh ibu bapa juga mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak secara tidak langsung. Misalnya, agama akan mendidik anak-anak supaya menghormati golongan tua, bercakap dengan sopan, dan penerapan nilai kasih sayang yang penting dalam pembentukan keluarga bahagia.

 

 

Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab menyediakan keperluan asas kepada anak-anak agar pembentukan keluarga bahagia dapat dicapai. Ibu bapa wajar menyediakan tempat tinggal yang kondusif kepada anak-anak bagi mewujudkan suasana yang harmonis. Ibu bapa juga harus menghidangkan anak-anak mereka dengan makanan yang berkhasiat dan halal bagi keluarga beragama Islam. Keperluan asas yang di sediakan oleh ibu bapa kepada anak-anak mampu mengembangkan pemikiran anak-anak ke arah yang lebih positif.

 

 

Di samping itu, ibu bapa perlu menjadi suri teladan yang baik untuk anak-anak. Hal ini penting kerana pada usia muda dan remaja, anak-anak lebih cenderung mengikut perwatakan ibu bapa mereka. Seandainya ibu bapa menunjukkan sikap-sikap yang positif maka tidak hairanlah jika anak-anak yang di asuh akan menjadi baik ketika mereka dewasa kelak. Ibu bapa boleh menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak dengan cara melaksanakan segala perintah dan seruan agama, menjaga percakapan, perbuatan, dan tingkah laku mereka.

Seterusnya, keluarga yang bahagia juga boleh dibentuk melalui peranan ibu bapa dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak. Ibu bapa wajar memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak agar mereka tidak berasa tersisih dan diabaikan. Bagi ibu bapa yang sibuk bekerja, ambillah sedikit kesempatan untuk meluangkan masa bersama anak-anak di rumah ataupun membawa mereka melancong. Ibu bapa seharusnya bersikap adil dalam memberikan kasih sayang kepada setiap anak-anaknya agar sesebuah keluarga yang bahagia dapat dibentuk.

Langkah berikutnya, ibu bapa perlu mempunyai ilmu keibubapaan dalam mewujudkan sesebuah keluarga yang bahagia. Ilmu keibubapaan ini boleh diperolehi melalui program-program motivasi, buku-buku, dan ceramah agama. Ilmu keibubapaan wajar dipelajari oleh semua ibu bapa agar mereka faham akan cara mendidik anak-anak dengan cara yang sesuai. Ilmu keibubapaan ini juga perlu diberikan dan dipelajari oleh golongan berstatus bujang yang ingin mendirikan rumah tangga agar masalah dalam rumah tangga seperti penderaan anak-anak dan penceraian tidak berlaku di kemudian hari.

Kesimpulannya, ibu bapa perlulah memainkan peranan yang sewajarnya bagi membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini kerana, Wawasan 2020 yang menggariskan cabaran dalam pembentukan keluarga bahagia dapat dicapai dengan jayanya.

Sumber Rujukan: tingkatanenam.blogspot.com

X