Anak-Anak Salindah (Koleksi 2)

Ibu & Anak-anak Salindah dicari !

Kami memerlukan cerita & pengalaman anda sebagai seorang ibu yang pernah mengandung & bersalin atau apa-apa saja foto menarik bersama bayi atau anak anda serta tulisan ringkas disebalik foto tersebut untuk diletakkan di ruangan ini.

E-mailkannya kepada kami bersama gambar digital anda. Sertakan juga maklumat berikut:
1. Nama anda & pasangan
2. Nama anak
3. Coretan ringkas

Anak Ibu & Ayah

Pasangan : En. Mohd Syarwani B. Saidin & Pn. Norzila Bt Zainal Abidin
Anak : Nur Qisya Sumayyah Bt Mohd Syarwani

Saya telah diperkenalkan dengan produk Salindah ini oleh kakak ipar saya yg melahirkan Nur Ameera Yasmin yang comel dan aktif. Setelah hamil saya turut mencuba salindah semasa 4 bln usia kehamilan.

Dengan produk Salindah ini saya tidak mempunyai alahan dan sentiasa aktif semasa usia kehamilan. Kini Qisya telah berusia 5 bulan dan pergerakannya sangat aktif.

Qisya mampu meniarap di usia 3 bulan. Hasil menggunakan produk Salindah juga memberi kesan yang baik untuk kulitnya. Tidak ada masalah ruam dan kulit sensitif. Saya berhasrat untuk memberi Examo selepas ini. Terima kasih Salindah.

Tarikh Kiriman: 26/05/2011
Nota: Ayat asal telah diedit pada tahap paling minima.

Anak Yang Aktif

Nama Pasangan:
Pn.Nur Eza Edayu bt.Rahmat
En.Azizul b. Abd Rahman

Nama Anak:
Nurhana Damia bt. Azizul (5bulan)

Saya mengambil produk Salindah ketika usia kandungan mencecah 3bulan. Alhamdulillah bayi dilahirkan tanpa masalah penyakit kuning.Dia boleh meniarap ketiak usianya 3bulan… malah sudah pandai melonjak lonjak ketika usianya 1bulan.Kini usianya sudah mencecah 5bulan,dia sangat aktif, boleh meniarap ke mana sahaja dan sudah pandai menggunakan walker. Dia juga sudah pandai memegang botol susunya sendiri.

Alhamdulillah Damia sehingga kini tiada mengalami masalah demam atau lain-lain.Dia juga tidak menangis selepas injection sebaliknye senyum sahaja jika di tegur. Damia kini semakin cerdik dan cepat belajar sesuatu. Dengan berkat doa kepada Allah S.W.T, saya dapat melalui tempoh kehamilan dengan seronok disamping menggunakan produk Salindah … Saya kini mengesyorkan produk Salindah kepada rakan-rakan. Terima kasih salindah.

Tarikh Kiriman: 07/04/2010

Nota: Ayat asal telah diedit pada tahap paling minima.

 

Alahan Teruk

Nama Pasangan:
Pn. Muziani Azrina Binti Musa
En. Ahmad Kamal Bin Muhamad

Nama Anak:
Afrina Batrisyia Binti Ahmad Kamal

Assalamu’alaikum.
Saya mula menggunakan set bersalin Salindah bermula dari kandungan saya berusia 2 bulan. Sebelum menggunakannya saya mengalami alahan yang teruk sehingga berat badan saya turun mendadak.

Saya tidak boleh makan seperti kebiasaannya. Kawan saya yang mula memperkenalkan Salindah kepada saya untuk dicuba. Alhamdulillah selepas menggunakan produk Salindah bermula dari awal kandungan sehingga melahirkan saya tidak mengalami sebarang masalah.

Hasilnya, anak saya Afrina Batrisyia sangat cerdik dan jarang terkena penyakit seperti selsema atau demam. Batrisyia juga cepat berjalan dan mula mahu bercakap. Tulang Batrisyia sangat kuat. Giginya tumbuh dengan cantik. Kulitnya juga licin tidak mudah meninggalkan kesan parut. InsyaAllah saya akan tetap menggunakan produk ini sehingga kelahiran yang akan datang. Terima kasih Salindah .

Tarikh Kiriman: 06/04/2010

Nota: Ayat asal telah diedit pada tahap paling minima.

 

Salindah,Examo,Bio -Lac memang hebat!

Nama Pasangan:
En. Sazali Saad
Pn. Dang Anum Nazam

Nama Anak:
1. Muhammad Adam Mukhlis (31.10.04)
2. Dang Alia Nakhlis (09.06.06)
3. Muhammad Adib Mukhlis (24.09.07)
4. Muhammad Aidid Mukhlis (20.10..09)

Assalamualaikum dan Ribuan Terima Kasih kepada Era Edar Marketing.

Saya diperkenalkan produk ini oleh suami saya setelah selepas sebulan kami berkahwin dan saya disahkan mengandung. Saya mengunakan produk Salindah ini sejak dari anak pertama hingga ke empat.

Alhamdulilah sepanjang mengandung diri saya dah anak dalam kandungan sihat.. saya amat cergas sehingga hari kelahiran ke empat-empat anak… Dan sepanjang mengandung Alhamdulilah segala rekod bulanan saya ke klinik semuanya baik. Selera makan amat baik memandangkan saya tidak mengalami sebarang alah mengandung ke empat-empat anak. Keempat-empat anak dilahir dengan begitu mudah berkat menggunakan Salindah  dan doa pada ALLAH..

Anak pertama sakit besalin hanya 1 jam dah terus buka 8cm, anak kedua sakit-sakit pinggang pergi hospital terus dah terbuka 10cm, anak ketiga sakit pinggang juga pergi hospital dah buka 8cm dan yang keempat ni tiada tanda sakit langsung cuma dah cukup 39minggu saja pergi hospital check dah buka 8cm tetapi masih tidak ada contraction hingga diberi ubat sakit barula besalin…

Saya amat bersyukur kesemua anak lahir dengan begitu mudah tanpa menunggu lama di dalam labour room. Semua anak dilahirkan secara normal… Sepanjang mengandung juga saya mengamal memakan Examo.. Saya juga memberikan anak-anak saya memakan Examo sejak umur mereka 2hari hinggala ke saat ini… Alhamdulilah mereka jarang diserang penyakit,mudah dijaga, tiada meragam pada waktu malam..demam pun Alhamdulilah 2 kali setahun… dan mereka sangat aktif dan cergas..

Setelah putus susu badan saya memberi mereka minum susu  Bio-Lac … Susu  Bio-Lac sgt baik utk penghadaman… Anak Salindah memang lain dari yg lain.. Examo memang berkesan setelah saya melihat perkembangan pelajaran, mudah memahami perkara baru dan daya ingatan anak sulung yg kini berusia 6tahun amat memberansangkan..Terima kasih kepada produk Era Edar Marketing yang mengeluarkan produk-produk sebegini. Mmg Bangus!!!…saya tidak ragu-ragu untuk terus mengguna Salindah sekiranya saya mengandung lagi… Wassalam.

Tarikh Kiriman: 10/02/2010

Nota: Ayat asal telah diedit pada tahap paling minima.

 

Setelah dua tahun…

Nama Pasangan:  Pn. Siti Zubaidah Dolmuin & En. Norhanazid bin Musa
Nama Anak: Siti Nuralya Alysa binti Norhanazid

Setelah dua tahun menggunakan Salindah , kami dapati Alya membesar dengan penuh ceria dan aktif. Walaupun baru berusia setahun sudah boleh melakukan ‘tugasan’ kanak-kanak berumur 2 tahun hingga 3 tahun… Sudah petah bercakap dan mempunyai tulang yang kuat dna gigi yang sihat. Tarikh Kiriman: 09/02/2010
Nota: Ayat asal telah diedit pada tahap paling minima.

 

Kulitnya putih kemerahan dan tulangnya sangat KUAT

Pasangan: En. Meor Shamsul Anuar & Pn. Mazura Binti Mohd Napis
Nama Anak: Afiq Safwan B. Meor Shamsul Anuar

Alhamdulillah, Saya mula makan Salindah sejak mengetahui saya mengandung hingga kelahiran bayi saya. Sepanjang tempoh kehamilan dan kelahiran bayi saya yang ke-empat adalah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan, sangat mudah berbanding ketiga-tiga anak saya yang terdahulu. Kulitnya putih kemerahan dan tulangnya sangat KUAT, cerdas dan bijak dan kurang merenget macam sesetengah bayi yang lain. Kerusi meja makan selalu menjadi mainannya diseret sekeliling rumah. Sudah pasti saya akan rekomenkan kepada saudara-mara dan rakan-rakan.

Terima kasih tak terhingga kepada pengasasnya Allahyarham Prof. Dr Azizan Ismail yang melahirkan formula ini.

Tarikh Kiriman: 04/02/2010
Nota: Ayat asal tidak diedit.

 

Pengalaman Terindah menggunakan SALINDAH

Nama Ibu: Puan Nor An Binti Ibrahim
Nama Bapa: Encik Mohd Rody Bin Mohamad Zin
Nama Anak: Dyan Nur Qistina Binti Mohd Rody
Tarikh Lahir: 30 Mei 2008 (1 Tahun 7 bulan)

Salindah produk yang bagus untuk ibu-ibu hamil. Pengalaman saya menggunakan produk ini adalah saya sangat cergas dan bersemangat tidak terasa sangat kelelahan semasa mengandung dan sehingga di saat-saat dalam wad bersalin pun tidak merasa kesakitan. Tetapi kerana saya diinduce barulah terasa sakit untuk melahirkan.
Hasil daripada saya yang hyper aktif bekerja semasa mengandung menjadikan anak dalam kandungan iaitu puteriku Dyan Nur Qistina semasa dalam perut dan apabila membesar sekarang ini menjadi anak yang aktif, sihat, cerdik. Perkembangan anak saya sangat cepat dari bulan ke bulan. Anak saya mampu berdikari, cepat belajar dan yang penting boleh menjadi macam ayahnya (rajin menolong).
Saya mengambil Set Lengkap Salindah kerana percaya bahawa produk berasakan homeopati adalah bebas daripada kesan sampingan. Suami juga menggalakkan saya mengamalkan pengambilan produk Salindah ini apabila saya mengandung lagi di masa akan datang. Pengalaman indah saya juga dikongsi bersama adik saya. Dia disahkan hamil dan telah meminta saya memesan Set Lengkap Salindah . Moga kebaikan produk Salindah ini juga dirasai oleh adik saya.

Tarikh Kiriman: 29/12/2009
Nota: Ayat asal tidak diedit.

 

Dhiya Damia Binti Ainul Mohammmadzan

Nama Ibu : Siti Zubaidah Binti Alias
Nama Bapa: Ainul Mohammmadzan Bin Ahmad
Nama Anak : Dhiya Damia Binti Ainul Mohammmadzan

Saya pengguna Salindah . Saya menggunakan Salindah ketika 3 bulan pregnant. Ibu mertua saya yang memperkenalkan Salindah ini. Kakak ipar saya juga turut mengambil Salindah ini dari anak pertama dan second. Hasilnya, saya senang bersalin. tidak lama menunggu proses bersalin. Kata orang anak sulung lama tapi Alhamdullilah saya tak lama sangat. Saya start sakit pukul 3.30am.
.
Tiba di hospital pukul 5am saya dah buka 4cm. Pada pukul 10:12am saya selamat bersalinkan Dhiya Damia. Berat 2.8kg..tapi sakit bersalin tu memang setiap orang akan rasa. Sekarang anak saya dah 5bln..Alhamdullilah tak pernah deman. Kata doktor jika inject yang setiap bulan 2 mesti anak akan deman.tapi anak saya tidak deman. Sehingga sekarang tak pernah deman, batuk dan selsema poun..Alhamdulllilah.. Anak kakak ipar saya pun begitu juga.
.
Anak saya sekarang dah 5bln berat 8.3kg. Hampir-hampir obesiti lah kawan2 saya pun terperanjat. kerana anak dia lelaki 9 bulan sama berat dengan anak saya. Saya mensyorkan kawan saya menggunakan Salindah …InsyaAllah bulan 2 tahun depan kawan saya ni selamat bersalin. Apa pun terima kasih Salindah ..selain itu kita kena selalu berdoa kepada Allah supaya memudahkan segala-galanya…kerana kita mampu berusaha Allah yg menentukan segalanya. Amiin.
.
Tarikh Kiriman: 25/12/2009
Nota:
Struktur ayat asal tidak diedit. Hanya beberapa perkataan diubah terutamanya yang menggunakan perkataan ringkas seperti ‘sy’ (saya), ‘xlama’ (tak lama) dan lain-lain.

 

 ***
Jangan lupa kongsikan pengalaman anda pula dengan menghantar foto & coretan ke alamat email rasmi kami.

Koleksi Lain:

 

X