EXAMO Pek Kembar

RM84.00

EXAMO PEK KEMBAR:
1 x Examo-CKM500
1 x Examo-CKM500 Plus
Kombinasi asas suplemen khas Examo untuk minda (pek biru) untuk mencerdaskan akal, menguatkan ingatan, menambahkan konsentrasi bersama ‘booster’ (pek hijau) untuk mempercepatkan tindakan pek biru.

Compare

Description

1 APRIL 2018, EXAMO Berusia 40 Tahun (1978~2018)

.

Kandungan Pakej:

 

1 x Examo-CKM500

1 x Examo-CKM500 Plus &

.

Kesesuaian Pakej:

 

  • Pelajar pertama kali guna, atau
  • Pelajar lemah dalam kebanyakan subjek pelajaran
  • Mereka yang sedang berusaha menghafal (Al-Quran dan lain-lain)

.

Kombinasi kebaikan produk Biokimia & Homeopati:

 

▶ EXAMO-CKM500 (450 Tablet, kotak Biru) :

 

Berkesan untuk meningkatkan daya minat untuk belajar, menguatkan daya ingatan serta daya tumpuan ketika belajar. Pengambilanannya disarankan pada setiap hari.

 

▶ EXAMO-CKM500 PLUS (28 Tablet, kotak Hijau):

 

Berperanan sebagai Booster untuk menguat & mempercepatkan tindakbalas Examo-CKM500. Pengambilanannya disarankan seminggu sekali.

.

* Perincian cara makan, rujuk jadual di bawah

 

 

 

Bagaimana terbinanya EXAMO-CKM500?

examo-ckm500-30-tahunAllahyarham Prof. Dr. Azizan Ismail, berdasarkan pengalaman beliau sebagai pembina soalan, pemeriksa skrip jawapan hinggalah kepada pemarkahan, beliau menyedari bahawa pencapaian anak bangsa agak jauh ketinggalan di dalam setiap peperiksaan berbanding dengan pelajar bukan Melayu. Dari situlah beliau memecut obsesi untuk engkaji bidang ingatan dan lupa serta kecerdasan. Sekiranya pokok boleh subur jika diberi baja yang sesuai, otak manusia pun begitu juga. Beliau mula mencium kejayaan mencungkil rahsia kelemahan pelajar Melayu apabila mempelajari ilmu perubatan Biokimia Schuessler pada tahun 1978. Kebodohan, lupa, putus asa, hilang semangat, malas, takut gagal, lemah daya saing, misalnya adalah simptom kesihatan mental terganggu adalah akibat ketidak seimbangan garam mineral (garam tisu).

Mengenangkan ia produk yang baru lagi (pada ketika itu), kajian berterusan telah dilakukan, semata-mata untuk mengetahui juzuk garam tisu yang paling sesuai dan tepat. Dalam tempoh inilah berlakunya beberapa perubahan di sana dan sini hanyalah semata-mata untuk mencari formula paling tepat yang boleh dimanfaat oleh masyarakat. Pencarian dan kajian ini terhenti pada tahun 1986, setelah Prof. Dr. Azizan Ismail berpuashati dengan keberhasilan kajian dan testimoni pengguna produk EXAMO-CKM500. Jadi EXAMO-CKM500 telah memenuhi standardnya yang tersendiri. Bertitik tolak dari itulah formulasi EXAMO-CKM500 terus kekal sehinggalah ke hari ini. Lebih 30 tahun telah berlalu, kerahsiaan formulasi produk itu tetap dijaga sehingga kini.

Bukan itu sahaja, dalam mengukuhkan usaha untuk membantu golongan pelajar terutamanya, tambahan lagi produk ini boleh dimanfaatkan oleh pelbagai golongan masyarakat, perancangan menubuhkan kilang sudah lahir di benak beliau pada ketika itu. Realisasinya Darulaman Homeophatic Laboratories (M) Sdn Bhad yang ditubuhkan pada tahun 2000 membuktikan betapa seriusnya iltizam beliau dalam memartabatkan produk ini. Sementelah lagi beliau merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang dihantar oleh Jabatan Perdana Menteri untuk mempelajari teknik pembuatan ubatan homeopati secara industri di Jerman Barat. Tertubuhnya kilang itu juga sebagai membalas budi kerajaan di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada beliau kerana membiayai kursus tersebut. Selepas beliau, kerajaan Jerman telah menutup peluang itu kepada warganegara asing.

EXAMO-CKM500 menang produk kesihatan peringkat kebangsaan

EXAMO-CKM500 telah mengukir sat kejayaan apabila dipilih memenangi tempat pertama peringkat kebangsaan kategori produk kesihatan dalam pertndingan produk-produk Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2008 yang telah berlangsung di Melaka International Trade Centre pada 7~9 November 2008.

 Produk Minda Examo Calon UPSR SPM PT3 Pelajar IPT

EXAMO-CKM500 Sesuai Untuk Semua Peringkat Usia

FASA 1: Dalam Kandungan

Otak dan saraf tunjang ialah salah satu bahagian yang terbentuk dengan sempurna sewaktu di peringkat janin lagi. Pembentukan otak adalah aktif terutama di peringkat minggu ke 15 hingga ke 20 kehamilan. Ibu mengandung memerlukan nutrien yang mencukupi terutamanya kalsium supaya bayi di dalam kandungan tidak terjejas. EXAMO-CKM500 mampu membekalkan kalsium yang diperlukan oleh tubuh, menambah darah untuk mengelak berlakunya anemia serta keletihan. Jauhi penggunaan dadah ( termasuk ubat-ubatan tertentu ), kafein, pemanis tiruan, asap rokok atau alkohol yang boleh merencat perkembangan otak dan janin tersebut.

FASA 2: Baru Lahir

Apabila bayi dilahirkan berlaku pertumbuhan otak yang paling aktif sehingga berusia setahun. Pada peringkat ini berlaku perubahan fizikal di dalam otak. Dianggarkan 100 juta sinaps di neuron terbentuk dan bersedia untuk digunakan. Ibubapa perlu prihatin dengan beberapa keupayaan kanak-kanak di tahap ini. Garam tisu Biokimia yang terdapat dalam EXAMO-CKM500 membantu menyuburkan neuron.

FASA 3:Umur 1 -3 Tahun

Menjelang umur kanak-kanak 3 tahun, otak menjadi lebih aktif dan fleksibel. Terdapat lebih 15000 sinaps untuk setiap neuron dan jumlah ini adakalanya lebih banyak serta 2 kali ganda aktif dari otak orang dewasa. Rangsangan deria ( seperti mendengar, melihat, merasa bau, dan sentuh ) sebenarnya melatih sel otak untuk berfungsi. Kekurangan rangsangan tersebut boleh melemahkan serta mematikan sel otak. Pada fasa ini juga, ibu bapa boleh mengesan sekiranya ada keabnormalan yang berlaku pada anak-anak mereka yang melibatkan saraf seperti masalah lambat bercakap, gagap , sindrom down, sawan, meningitis dan sbgnya. EXAMO-CKM500 sesuai diberikan pada usia ini, untuk menambahkan lagi kecerdasan akal mereka. Penyelidik berpendapat, pada fasa ini juga sesuai untuk kita “ membentuk” mereka seperti yang dikehendaki.

FASA 4: Persekolahan

Masalah yang paling kerap dialami oleh para pelajar ialah LUPA, kurang tumpuan, lembam, malas, jemu dan bosan, letih, murung, hiperaktif dan sebagainya. Bebanan pelajaran boleh menyebabkan berlakunya stress dan migrain di kalangan pelajar. Persekitaran seperti sekolah, guru, rakan, keluarga dan tanggungjawab sebagai pelajar memberi kesan terhadap psikologi mereka. Pada fasa ini juga, para pelajar kerap berhadapan dengan ujian dan peperiksaan formal seperti UPSR, PMR, SPM, atau tahap pengajian yang lebih tinggi lagi seperti DIPLOMA atau IJAZAH. Para pelajar disarankan menggunakan EXAMO-CKM500 yang berfungsi untuk menguatkan ingatan, menambah tenaga mental, mencerdaskan serta mendatangkan ketenangan.

FASA 5: Berkerjaya

Kuat bekerja, tidak sabar, memilih kerja, kelam kabut, takut, banyak kerja, serta suasana kerja yang tidak memberangsangkan boleh memberi tekanan serta mempengaruh prestasi kerja. Pekerja yang dedikasi selalunya berada pada tahap seimbang dari aspek fizikal, mental, emosi dan spiritual. Jadikan EXAMO-CKM500 sebagai satu makanan tambahan ( food suplement ) harian untuk membantu mengurangkan stress dan kelesuan serta meningkatkan keupayaan tenaga mental.

FASA 6: Veteran

Sejajar dengan peningkatan usia, pelbagai komplikasi akan timbul termasuklah berkaitan minda seperti nyanyuk, Alzheimer, dimentia, Syndrom Parkinson, Menopaus, Lumpuh, Hipertensi yang paling kerap menyerang golongan tua. Penggunaan EXAMO-CKM500 akan membantu mengurangkan risiko masalah-masalah tersebut.

testimoni-examo

.

#hariexamo40

Additional information

Weight 200 g