Berkenaan

slide-myorder-edaran-salindah-2

Sinopsis

  • Web ini adalah milik peribadi menggunakan konsep blogshop (Blog & Shop) & bukan mewakili mana-mana syarikat secara rasmi
  • Penggunaan nama domain .COM.MY adalah untuk menggambarkan servis kami di dalam Malaysia sahaja
  • Produk yang kami senaraikan di dalam Shop adalah produk pihak ke 3 yang kami wakili untuk menjualnya secara dalam talian

.

Latarbelakang

  • Kami jual produk bumiputera Halal & Toyyiba secara online
  • Pendaftaraan perniagaan di atas nama EDARAN SALINDAH (SSM : 001768786-H)
  • Penghantaran melalui servis pos 
  • Pilihan Bayaran Secara Direct Bank Transfer (Maybank, Cimb, Bank Islam), PayPal , Visa & Mastercard, SenangPay*, MolPay*

.

Sejarah Sistem Kedai Online

  • 2006 – OrderSaja 
  • 2010 – MyOrder (Live @ Wednesday, 07.07.2010)
  • 2017 – BlogShop 
    • Fasa 1: Jumaat 03.03.2017 – Web baru secara rasmi dilancarkan di alamat www.edarasalindah.com.my dengan kandungan sebahagian koleksi blog & senarai produk
    • Fase 2: (Tarikh Jangkaan 17~19.03.2017) – Migrasi ke server baru  
    • Fasa 3: (Tarikh Jangkaan 01.05.2017) – Migrasi kandungan blog

Mai Order – Anda Order Kami Hantar!

 

Pentauliahan Salindah

  • Kami adalah outlet sah yang menjual produk keluaran syarikat Era Edar Marketing Sdn Bhd (EEM) secara online.

sijil-pentauliahan-outlet_salindah_480

 

Anugerah Outlet Harapan 2013

  • Perniagaan EDARAN SALINDAH melalui  En Abdullah bin Ismail telah menerima “Anugerah Outlet Harapan 2013″ dari syarikat Era Edar Marketing Sdn Bhd (EEM) di majlis MALAM ANUGERAH KUSDA HOLDINGS (KUSDA). Anugerah disampaikan oleh Haji Arifuddin bin Habib, Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada 17 Mei 2014 di TH Hotel and Convention Centre, Alor Setar, Kedah.

sijil-malam-anugerah-kusda-outlet-harapan-2013s1

 

Ahli PUIM (Trusted Seller)

Latarbelakang PUIM:
Sumber http://puim.my/

logo-puimPersatuan Usahawan Internet Malaysia atau PUIM dan juga dikenali sebagaiMalaysia Internet Entrepreneur Association (MIEA)merupakan badan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan dijalankan bawah Akta Pertubuhan 1965 pada 15 Oktober 2011 yang didaftarkan dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan bernombor pendaftaran 4405-11-WKL.

Objektif penubuhan adalah untuk membina, membentuk, dan menjalankan aktiviti yang boleh mengembangkan perniagaan offline ke online, serta menggalakkan perkembangan perniagaan online kepada masyarakat Malaysia khususnya.

Objektif untuk jangkamasa panjang ialah mendukung perniagaan yang dikenalpasti untuk lebih maju dan berdaya saing.Jadi boleh disimpulkan iaitu PUIM juga melakukan kempen kesedaran teknologi dan panduan yang betul supaya tidak menyalahgunakan teknologi ini.

Selama beberapa tahun lepas, banyak kekeliruan timbul mengenai perniagaan Internet. Terdapat pelaburan haram, program skim cepat kaya, penyalahgunaan fakta, manipulasi gambar dan sebagainya mendorong PUIM untuk turut serta memberi pendidikan sebenar bagaimana perniagaan Internet dilakukan.

 

Rujukan Media:

berita_Persatuan Usahawan Internet Malaysia

 

 

Anugerah Outlet Bintang Harapan 2011

  • En Abdullah bin Ismail & En Mohd Nizam bin Ibrahim mewakili perniagaan Edaran Salindah untuk menerima “Anugerah Outlet Bintang Harapan 2011, Era Edar Marketing Sdn Bhd” yang disampaikan oleh Pn Zamzarina Zambri, Pengacara Program Apa Kata Wanita (AKW), TV1 pada 18/05/2012 di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur

Anugerah Outlet Bintang Harapan 2011, Era Edar Marketing Sdn Bhd

 

Tokoh Outlet (Majalah EEMEJ)

  • ERA EDAR MARKETING EDUCATIONAL JOURNAL (EEMEJ):
    MAC 2010

    Perniagaan Edaran Salindah yang diterajui oleh En. Abdullah bin Ismail telah menerima penghormatan dengan menyiarkan kisah perniagaan online beliau (beralamat di www.EdaranSalindah.com) dalam ruangan Tokoh Outlet majalahEEMEJ keluaran Mac 2010.

    Majalah EEMEJ diterbitkan oleh syarikat Era Edar Marketing Sdn Bhd (Era Edar). Era Edar merupakan satu daripada kumpulan syarikat perniagaan keluarga Allahyarham Prof. Dr Azizan bin Hj Ismail (Dr. Azizan) iaitu pengasas kepada produk popular Salindah, Pemakanan Minda Examo, Susu Bayi Bio-Lac, Makanan Bayi Growell serta rangkaian produk berkaitan.

eemej_tokohoutlet

 

X